TRANFER KE WWW.E-PANDUAN.COM

KAMI DAH BERPINDAH KE www.e-panduan.com

klik sini klik sini klik sini

Bagaimana Nak Buat Pelaburan PERAK / SILVER

Askm. Kali saya nak kongsi satu peluang pelaburan yang sangat berpotensi mengatasi pelaburan emas dan ASB iaitu pelaburan Bullin Perak. Bila saya berbual dengan kawan-kawan semuanya berminat… tapi timbul banyak persoalan tentang pelaburan ni. So berikut adalah 10 soalan lazim yang biasa timbul… Semoga anda yang membaca dapat ambil manfaat dan buat TINDAKAN… bangunkan ekonomi UMMAH…

10 Soalan lazim dan jawapan…

1. Nak beli kat mana?
Dengan kuantiti yang kecil, bullion perak boleh dibeli di Group Facebook “Silver Lot Shop”
Ia juga boleh dibeli di authorised dealer Pamp dan agen Public Silver

2. Nak jual balik kat mana?
Jika anda membeli pada agen Public Silver, anda boleh menjualkan silver bar kembali kepada agen tersebut.
Secara alternatif, anda boleh jual balik kepada kenalan anda atau iklankan di Group Facebook “Silver Lot Shop” kerana ramai peminat silver berurusniaga di situ

3. Untung ke simpan silver?
Harga Silver telah meningkat 8x ganda sejak 2002 dan lebih 120% dalam tempoh satu tahun (2010-2011)

4. Berapa harga silver sekarang?
Harga silver berubah dari masa ke semasa. Anda boleh periksa harga silver di nubex.com.my atau http://www.kitcosilver.com/

5. Brand/jenis keluaran mana yang bagus??
Jenama premium rendah : Morgan, Silvertowne, Sunshine, Pamp Suisse 1 kg (amat bagus untuk permulaan)
Jenama premium tinggi : Silver Eagle, Maple Leaf, Philharmonics (amat bagus untuk long term)

6. Apa itu bullion?
Bullion ialah terma yang bermaksud silver bar atau silver syiling

7. Kenapa harga silver bar atau coin bukan pada spot price?
Ini kerana kos tempaan yang perlu diambil kira untuk mendapat produk bullion itu sendiri. Perbezaan harga bullion dan harga spot dinamakan premium

8. Betul ke silver boleh naik sampai USD200/oz?
Pada bull market 1960-1980, silver meningkat 50x ganda
Pada 2002 – 2011, harga silver telah meningkat kepada 8x ganda (harga semasa dalam lingkungan $42)
Harga silver ada 5x ganda ruang untuk naik. Jadi 42 x 5 adalah lebih kurang $220

9. Kenapa % kenaikan harga silver lagi tinggi berbanding emas?
Oleh kerana permintaan pelaburan DAN perindustrian sangat tinggi untuk silver, kenaikannya memang melambangkan permintaan
Emas hanya bergantung kepada permintaan pelaburan dan barang kemas sahaja. Ia akan naik ‘slow & steady’ tetapi kemungkinan besar
akan naik lebih rendah peratusan berbanding silver

10. Berapa lama saya patut pegang silver sebelum dijual semula?
Silver adalah pelaburan jangka panjang. Pastikan anda menyimpan SEKURANG-KURANGNYA 6 bulan sebelum menjual semula untuk mendapat keuntungan yang memuaskan. Kalau nak lebih maklumat yang lebih detail dan tepat tentang pelaburan ini sila klik link di bawah anda pasti tak menyesal….

klik sini klik sini
Pelaburan Perak

Panduan Solat Terawih

Assalamualaikum. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini beroleh pahala berganda dan dapat menigkatkan ketaqwaan. Namun sebelum melangkah masuk ke bulan Ramadhan kita perlulah bersedia dari segenap sudut. Dari sudut ilmu dah buat ulangkaji ka belum? Dari sudut perasaan, ada ke takda rasa gembira semacam dan rindu? Kalau masih rasa biasa saja ini menunjukkan Ramadhan yang lalu tidak meninggalkan kesan cinta dan rindu terhadapnya. Dari sudut mental juga perlu ada persedaian. Kena kuat semangat hendak beribadat. Kalau tidak di hujung2 bulan tumbang… bukan ibadah yang ditumpukan sebaliknya raya sampai tak sempat nak pi terawih apa lagi Iktikaf. Dari sudut fizikal kesihatan perlu dijaga. Rasulullah SAW melakukan puasa sunat sejak dari Rejab dan Syaaban sebagai persediaan fizikal. Akhir sekali persediaan material dah menabung ke belum? Bukankah bulan Ramadhan amalan sunat di beri pahala wajib, amalan wajib diberi pahala 70 kali ganda (maksud hadis). Simpan la wang zang harta tu bayar dalam bulan ni…. sedekah juga kita buat dalam bulan ini. Walaupun sedikit tapi kita kerapkan di bulan penuh dengan rahmat ini. Mudah-mudahan beroleh Taqwa. Syukran. Jumpa lagi.

Download PANDUAN SOLAT TERAWIH DI SINI!!! SEBAR-SEBARKAN LINK INI. TQ!

Doa hindari Sihir

Askm. Untuk rakan-rakan yang selalu menghadapi masalah sihir, tak sembuh-sembuh atau rasa-rasa ada masalah sihir amalkan amalan ini. Saya kongsi amalan ini Insya Allah mujarrab. Santau pun sama Sila download.

Amalan Atasi Saka

Askm. Saya nak kongsi satu amalan yang mustajab Insya Allah untuk sesiapa yang menghadapi masalah saka. Sila download di link ini. Mudah-mudahan diqabulkan Allah.

Panduan Memilih Kereta Terpakai

BADAN kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin.

Langkah pertama buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat.

Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.

Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.

SELEPAS itu hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai.

Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.

Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar.

JURUJUAL mungkin cuba meyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti di sekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta di tempat lain.

Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan tidak rata dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu.

Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 kmj, tranmision automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak.

Perlahankan kereta itu hingga 10 kmj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri.

TINGKATKAN kelajuan hingga 25 – 30 kmj kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Di dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti.

Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 6 kmj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini empat atau lima kali untuk menguji transmision. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.

Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.

Masih di dalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 30kmj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini ada masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.

KEMUDIAN pandu kereta itu di jalan tidak rata yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.

Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60 kmj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek.

Setelah itu balik ke jalan raya biasa, hentikan kereta anda perhatikan ke belakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 80kmj. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan pembaikan dengan perbelanjaan yang mahal.

KEMBALI semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik ke arah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, sama ada bunyinya atau kawalannya.

Ada baiknya anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke stesen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak.

Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap. Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.

Sumber : http://www.mesra.net/forum/index.php?act=ST&f=12&t=35543&st=

Cara Sediakan Selusuh

BEBERAPA KAIFIAT MENYEDIAKAN MINYAK & AIR SELUSUH
Selusuh adalah salah satu ikhtiar dengan mengamalkan kaifiat tertentu untuk memudahkan kelahiran. Hukum mengamalkannya adalah harus selagi mana kaifiat-kaifiat yang digunakan tidak mempunyai bacaan atau amalan yang bercanggah dengan syariat seperti menyeru kepada selain Allah, jampi-jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik atau tidak difahami. Amalan selusuh yang diharuskan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa memohon kepada Allah SWT agar dipermudahkan proses kelahiran. Ayat-ayat atau jampi-jampi dibacakan samada pada air, minyak, buah kurma atau pada ibu yang akan bersalin. Amalan-amalan telah dilakukan secara turun-temurun oleh orang-orang kampong. Testemoninya sudah lama dan banyak terbukti. Amalan ini ada disebut di dalam kitab-kitab rawatan Islam.
Kadang-kadang kita terdengar, ada orang mendakwa isterinya bersalin anak pertama dengan kepayahan atau ada masalah tertentu walaupun melakukan selusuh dan mudah pula bagi anak kedua walaupun tanpa amalan selusuh. Sebenarnya, kita hanya berdoa Allah yang menentukan. Jangan kita lupa masih ada beberapa perkara perlu difahami dan diimani. Pertama, proses kelahiran amat menyakitkan dan ibu yang bersalin umpama sedang berjihad. Jadi tidak hairan jika meninggal kerana bersalin seseorang ibu itu diberi pahala syahid. Jika berjaya proses itu menjadi kifarat kepada dosa-dosanya yang telah lalu. Besarnya rahmat Allah. Kedua, selusuh hanyalah semata-mata ikhtiar dan doa dari makhluk. Makbul atau tidak doa makhluk tetap tertakluk kepada rahmat Allah. Kadang-kadang penderitaan dan kesakitan itu merupakan nikmat yang besar kerana banyak dosa-dosa terampun sekiranya kita sabar dan redha menerimanya sebagai ujian Allah SWT. Ketiga, doa yang merupakan senjata mukmin juga merupakan pengikat dan penghubung dengan Allah Rabbul Jalil. Maksud firman Allah : “Orang-orang yang beriman apabila menghadapi kesusahan mereka akan berserah dan berkata sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali”.
Terserah kepada anda untuk mengamalkannya atau tidak.
Di sini disediakan beberapa kaifiat untuk amalan selusuh pada air, minyak, kurma dan sebagainya.

SILA DOWNLOAD FREE

Hukum Zakat Gaji

Hukum Zakat Gaji Bulanan

Oleh: DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR (Akademi Pengajian Islam)

SOALAN: Saya seorang pegawai kerajaan yang membayar zakat gaji secara bulanan
kepada pihak-pihak yang berhak menerimanya. Saya tunaikannya sebaik sahaja gaji
diterima. Saya tidak mempunyai masalah pada zakat itu, kerana kadar 2.5 peratus
tidak membebankan sara hidup saya dan keluarga. Kalaupun tidak dikeluarkan
zakat, gaji saya dipotong juga atas nama cukai pendapatan. Saya difahamkan,
ulama tidak sepakat menyatakan sama ada gaji wajib dizakatkan atau sebaliknya.

Soalan saya, apa pendapat ulama dalam mazhab Shafie mengenai zakat gaji? Apa
kesannya terhadap zakat dan ibadat saya jika saya tidak mengambil berat tentang
mazhab yang saya ikuti? Bagaimanapun, saya tidak berminat menukar mazhab Shafie
yang saya ikuti ini kepada lain-lain mazhab. – ABDULLAH, Kota Bharu, Kelantan.

JAWAPAN:

Saya tidak ingin membuat sebarang ulasan atas sikap saudara yang tidak berminat
dengan mazhab-mazhab selain Shafie kerana mazhab ini juga termasuk antara
mazhab yang diterima pakai oleh sebahagian besar umat Islam di rantau ini,
bahkan di seluruh dunia. Ulama Islam mempercayai Imam Shafie tidak memfatwakan
sesuatu masalah, kecuali beliau mempunyai hujah sama ada daripada al-Quran,
al-sunah, sebagaimana yang diputuskan dalam usul bagi mazhabnya.

Mazhab-mazhab lain juga boleh dipakai khususnya Hanafi, Maliki dan Hanbali,
kerana mereka semua sepakat menjadikan al-Quran dan hadis sebagai teras bagi
mazhab masing-masing. Kalaupun ada perbezaan pendapat, maka perbezaan itu hanya
pada furu’ (cabang-cabang) masalah. Kata sesetengah ulama, perbezaan pendapat
antara imam-imam mazhab itu, bukannya perbezaan antara benar dan salah, tetapi
antara benar dan yang lebih benar, antara afdal dan yang lebih afdal.

Gaji yang dimaksudkan di sini ialah bayaran yang diterima seseorang sebagai
upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu, termasuk
juga dalam istilah gaji, wang elaun, imbuhan atau bonus hasil sewa bangunan
atau keuntungan pelaburan daripada apa-apa pekerjaan, perkhidmatan dan
perolehan lain. Ulama Islam tidak sepakat dalam menentukan sama ada pendapatan
gaji diwajibkan zakat atau tidak.

Perselisihan pendapat berpunca daripada wujudnya keterangan al-Quran dan hadis
yang dengan jelas menyebutkan harta yang diwajibkan zakat ialah emas, harta
perniagaan, nilai tanaman dan ternakan. Zakat pertanian diperintah supaya
dikeluarkan pada hari ia dituai atau dipetik (lihat surah al-An’am: ayat 141).
Zakat emas dan perak pula dinyatakan, sesiapa yang menyimpannya, tanpa
dikeluarkan zakatnya, nanti akan dibakar dahi dan rusuknya dengan api neraka
(surah al-Taubah: ayat 34 dan 35).

Zakat ternakan pula dinyatakan dalam hadis. Secara umumnya meliputi ternakan
lembu, kambing dan kerbau. Zakat dikira mengikut bilangan binatang yang
dipelihara setelah cukup nisabnya. Keterangan boleh diikuti dalam kitab-kitab
fiqh dan hadis (sebagai contoh, lihat Nail al-Awtar, 4/132).

Gaji atau upah kerja tidak disebut dengan jelas, sama ada di dalam al-Quran
atau hadis sebagai pendapatan yang dikenakan zakat. Bagaimanapun, Dr. Yusuf
al-Qaradawi memasukkan wang gaji dalam kategori al-mal al-mustafad (harta
perolehan/pendapatan) yang dikeluarkan juga zakatnya pada zaman pemerintahan
Muawiyah dan Umar ibn Abdul Aziz.

Justeru tiada nas yang jelas daripada al-Quran dan hadis memperkatakan hukum
zakat gaji atau upah kerja, imam-imam Shafie, Malik dan Ahmad mengambil
kesimpulan tidak wajib zakat pada gaji.

Zakat hanya diwajibkan pada harta-harta hasil pertanian, perniagaan,
penternakan dan nilai-nilai emas perak dan wang iaitu sebaik sahaja cukup
syarat nisab (sukatan nilai) dan haul (tempoh masanya). Imam Abu Hanifah
berpendapat, ayat 267 surah al-Baqarah menunjukkan pendapatan melalui gaji dan
lain-lain juga diwajibkan zakat. Ayat itu membawa terjemahan berikut:

Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang
baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.
Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya untuk diderma atau
dijadikan zakat.

Kebanyakan ulama termasuk Shafie dan lain-lain, menafsirkan ayat ini dengan
infaq (perbelanjaan) am dan sedekah sunat. Suruhan atau perintah di dalam ayat
267 al-Baqarah itu hanya membawa erti sedekah atau merangsang golongan berada
supaya turut membantu golongan miskin atas dasar ihsan dan belas kasihan. Dr.
Mustafa al-zarqa cenderung kepada pendapat ini kerana gaji, menurutnya,
kalaupun besar kadarnya ia adalah bayaran yang mencukupi sesuai dengan taraf
dan gaya hidup seseorang pekerja.

Tambahan pula, zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam. Keislaman
seseorang akan terjejas dengan terabainya zakat pada harta yang tidak
ditunaikan zakat. Oleh itu, wajar sekali al-Quran atau hadis membutirkan dengan
jelas semua harta yang wajib zakat termasuklah gaji dan upah kerja. Dalam
keadaan harta itu tidak dinyatakan dengan jelas, maka secara mudahnya difahami
sebagai tidak wajib, sedangkan pada zaman nabi juga ada pekerja-pekerja yang
mengambil upah atau makan gaji menurut istilah sekarang.

Imam Abu Hanifah pula berpendapat, ayat 267 al-Baqarah itu berkenaan zakat
wajib. Oleh itu beliau berpendapat, semua harta yang diusahakan melalui
jalan-jalan yang halal dan hasil yang dikeluarkan dari bumi hendaklah
dizakatkan.

Ini bermakna gaji, upah kerja, hadiah, bonus dan apa juga hasil yang
dikeluarkan dari bumi termasuk ubi kayu, sayur-sayuran dan buah-buahan
hendaklah dizakatkan semuanya.

Kebanyakan ulama mutakhir, termasuk Dr. Yusuf al-Qaradawi cenderung kepada
pendapat ini. Majlis Fatwa Kebangsaan dan jawatankuasa perunding hukum syarak
negeri-negeri di Malaysia juga setuju dengan pendapat ini memandangkan
banyaknya faedah dan muslihat kepada umat Islam terutama golongan miskin dan
kurang upaya.

Saya berpendapat, mazhab imam Abu Hanifah lebih sesuai diamalkan pada zaman ini
kerana dengan adanya zakat gaji yang diberi kepada fakir miskin, hubungan kasih
sayang dan perpaduan menjadi erat.

Dari aspek yang lain pula, jika zakat gaji itu ditadbir dengan baik oleh satu
badan seperti Pejabat Pungutan Zakat (PPZ), tentu ia akan mengukuhkan lagi
institusi kewangan bagi membantu masyarakat Islam. Pengalaman Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan membuktikan kebaikan zakat ini dikuatkuasakan melalui
sistem dan peraturan.

Setelah keputusan diambil bahawa gaji juga wajib dizakatkan, persoalan
selanjutnya berbangkit, bagaimana dengan syarat nisab dan haulnya? Paling dekat
dengannya ialah nisab dan haul pada zakat harta simpanan, nilai nisabnya ialah
85 gram (lebih kurang RM3,000 mengikut kadar turun naik nilai harga emas).
Tempoh haulnya ialah 354 hari, menurut kiraan tahun hijrah. Kadar zakat yang
dikenakan ialah 2.5 peratus daripada keseluruhan harta simpanan, setelah
ditolak perbelanjaan asasi untuk diri sendiri, isteri, anak-anak dan ibu bapa
bagi tempoh setahun.

Sesetengah pendapat pula menyatakan, gaji diwajibkan zakat sebaik sahaja
diterima, sekalipun belum cukup haulnya. Pendapat ini dihubungkan kepada
beberapa mazhab seperti Muawiyah, Ibn Hazm, Umar ibn Abdul Aziz dan lain-lain.
Ini bermakna apabila seseorang menzakatkan hartanya sebaik sahaja gajinya
diterima, maka tidak dikenakan zakat lagi pada akhir tahun (setelah genap
haul). Amalan ini dikira lebih adil, terutama jika dibandingkan dengan petani
yang mengeluarkan zakat padinya sebaik sahaja dituai.

Justeru di Malaysia ini kuasa-kuasa agama berada di negeri, maka difahamkan
juga masih ada beberapa negeri yang belum memfatwakan zakat gaji sebagai wajib.
Ini pun menarik juga kerana kebebasan memilih pendapat dan mengamalkan
mana-mana yang difikir lebih menguntungkan pengetahuan agama, masyarakat dan
negara, maka perbezaan pendapat harus dimanfaatkan semaksimum yang mungkin.

Sebagai kesimpulan kepada zakat gaji, tuan-tuan punya gaji boleh dikategorikan
kepada tiga bahagian:

1. Tuan-tuan punya gaji yang tidak atau hanya mencukupi keperluan asasi diri
dan keluarganya sahaja. Gaji ini tidak wajib dizakatkan menurut ijma ulama,
kecuali jika gaji disimpan hingga mencukupi kadar nilai 85 gram emas yang
bersamaan RM3,000 dan genap haulnya 354 hari. Pada ketika itu wang gaji yang
disimpan wajib dizakatkan sebanyak 1/40 atau 2.5 peratus.

2. Tuan-tuan punya gaji yang melebihi keperluan asasi iaitu makan, minum,
pakai, kenderaan dan perubatan. Gaji yang lebih itu disimpan hingga cukup nisab
dan haul, maka wajib ke atasnya zakat.

Mereka menyimpan gaji yang lebih daripada keperluan itu. Wang simpanan ini
diwajibkan zakat pada kadar 2.5 peratus.

3. Tuan-tuan punya gaji yang lebih daripada keperluan asasi tetapi habis
dibelanjakan untuk bermewah tanpa tujuan sebenar. Harta yang lebih daripada
keperluan asasi ini wajib dizakatkan. Sebagai contoh, seorang itu mempunyai
pendapatan gaji sebanyak RM10,000 sebulan, sedangkan keperluan asasinya hanya
RM5,000. Dalam setahun akan terkumpul kira-kira RM60,000. Wang ini wajib
dizakatkan, sekalipun tiada lagi dalam simpanannya. Kadar zakatnya ialah
RM1,500 atau RM125 sebulan.

Untuk makluman saudara, saya difahamkan pihak pentadbiran PPZ Wilayah
Persekutuan telah menyelaraskan kutipan cukai pendapatan dengan zakat gaji bagi
pihak orang Islam yang mempunyai gaji yang cukup nisab. Mereka secara automatik
telah mengambil sebanyak 2.5 peratus atas nama zakat, manakala selebihnya
dikekalkan atas nama cukai pendapatan.

Jika maklumat ini benar, maka saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
pihak pentadbiran zakat atas daya usahanya untuk membersihkan gaji yang
diterima umat Islam, sekalipun hukum zakat gaji masih dipertikaikan. Saya
berpendapat, pihak pembayar cukai perlu mewakilkan kepada PPZ sebagai wakil
penerima zakat untuk dimasukkan ke dalam tabung zakat yang nanti akan
diagih-agih kepada pihak-pihak yang berhak mendapat bantuannya.

Sumber: Utusan, Bicara Agama (05/06/2001)

ADAB MENYAMBUT AIDUL FITRI

ADAB MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta’ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan ‘Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta’ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara’ dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan.

Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta’ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.

Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?

Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara’ untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.

1. Berdoa di malam raya

Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta’ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: “Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya’ban.

Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.

2. Bertakbir Sepanjang Malam sehingga sebelum Solat Sunat Aidilfitri

Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.

Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan ‘Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta’ala:

Tafsirnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”

(Surah Al-Baqarah : 185)

3. Mandi Sunat Aidilfitri

Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa’d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

4. Memakai Pakaian yang Terbaik, menghilangkan bau yang tidak elok

Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:

Maksudnya: “Bahawasanya Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya.”

(Hadits riwayat Al-Syafi’e dan Al-Baghawi)

5. Makan terlebih dahulu (seeolk-eloknya makan kurma dalam bilangan ganjil)

Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil.”

(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

6. Mengucapkan tahniah

Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan:

Ertinya: “Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak.”

Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi’en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): “Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:

Ertinya: “Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak.”

Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari’atkan di dalam Islam.

Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang dii’timadkan.(Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)

7. Ziarah menziarahi

Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.

Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:

Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu’ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: “Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam!” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: “Biarkan mereka berdua itu.” Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: “Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita.”

(Hadits riwayat Al-Bukhari)

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-’Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda.

(Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)

Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.

8. Tetap menjaga disiplin sebagai seorang Islam yang beriman

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta’ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.

Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri.

sumber : http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/ic2_1999.htm

Webmaster, Earn Money Here!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.