CARA PASANG MENU HALAMAN DI WORDPRESS

CARA UNTUK WORDPRESS 2.6 KE BAWAH (2.5, 2.3, dsb)

1. Setelah login, klik “Tulis” atau “Write”
2. Klik “Halaman” atau “Page”
3. Di “Judul laman” -> tulis nama halaman. Contoh, “Refleksi” atau “Daftar Tetamu”
5. Klik menu “Terbitkan” atau “Publish”
6. Selesai. Anda sudah berjaya menambah menu halaman di blog Anda.

Cara Mengedit Pages/Laman

1. Klik “Kelola” / “Manages” -> klik Laman / Pages
2. Klik Pages/Laman yang baru Anda buat tadi. Contoh, download.
3. Isi kotak posting seperti yang anda kehendaki.

TUTORIAL UNTUK WORDPRESS.COM & 2.7 (Mulai 4 Disember 2008)

1. Setelah login, klik “Kiriman Baru”
2. Klik “laman baru” yang terletak di bawah “kiriman baru”
3. Namakan page yang anda kehendaki  di kotak bawahnya menu “Add New Page”. Contoh: contact
4. Klik “Terbitkan”. Selesai.

Catatan: Untuk mengisi atau mengedit  “laman baru” yang baru dibuat, klik “kiriman baru” -> “Draf” -> Arahkan mouse pada Halaman / Page yang akan disunting dan pilih menu “Quick Edit” atau “Draf”

15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar

* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)

* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)

* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah

* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)

* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)

* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib

(menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :

* menakutkan anak-anak dengan sekolah

* menakutkan dengan tempat gelap

* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau

* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak

* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif

* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).

* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)

* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka

.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :

Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.

Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.

Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.

Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak

.

Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar

.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.

Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.

Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Sumber : http://tumarawatimanshor.wordpress.com

Bagaimana Nak Jadi Isteri Yang Solehah?

10 Ciri-Ciri Isteri Solehah

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

  • Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
  • Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
  • Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

Saya sering mengingatkan diri sendiri dan semua bahawa kitai dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa: “Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.

Lagi…

8 Ciri-Ciri Isteri Solehah

1. Mencintai Allah dan Rasul

Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.

Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.

Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31

2. Mentaati Ibu Bapa

Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.

Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf

Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.-

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

4. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.

Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halalbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.

5. Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.-Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

6. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)

Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.

7. Menjaga batas pergaulan

Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.

8. Bersahabat dengan wanita solehah

Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.

Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.

Lagi…

6 Ciri-Ciri Utama Isteri Solehah

Sifat-sifat isteri yang baik adalah:

1 ) Ada ciri-ciri keselarian dengan suami.
Sebagai isteri hendaklah dia melahirkan ciri-ciri keselarian dengan suami.Isteri hendaklah menjadikan dirinya sumber kekuatan jiwa dan menjadi pendorong serta pembantu perjuangan suami,bukannya penghalang.

2 ) Menjadi teman atau penghibur suami
Isteri hendaklah menjadi teman bercakap dengan melayan fikiran suami.Iaitu dengan menumpukan sepenuh perhatian apabila suami bercerita.Sikap acuh takk acuh akan mengakibatkan perasaan suami tersinggung dan hilang minat untuk bercakap-cakap lagi.Sekiranya berterusan si suami akan dihinggapi penyakit suka mengelamun sendirian di rumah.Akibatnya bukan suami saja yang menderita malahan isteri juga akan menanggung seksa batin.

3 ) Pandai mengambil hati suami
Isteri hendaklah mengucapkan perkataan-perkataan yang menyenangkan suami.Elakkan dari berkata-kata hal yang tidak di sukai suami.Elakkan dari merungut-rungut tentang kesusahan dan keperluan hidup.Lelaki akan menderita sekali kalau orang dibawah tanggungjawabnya menderita.Jangan diapi-apikan apabila suami dalam keadaan marah.Banyakkan sebut kalimah Allah kerana kata-kata itu akan melunakkan hati suami.

4 ) Menjadi pelayan kepada suami
Kalau suami dilayan dengan baik,jiwanya akan hidup dan akan menjadi pejuang yang hebat.Kalau tidak dilayan,suami akan merasa hampa dan mati jiwanya.Isteri -isteri yang cerdik akan memahami seni melayan suami.

5 ) Memahami selera suami
Pelajarilah dan fahamilah selera suami.Walaupun bukan hukum fardu ke atas isteri ,tetapi kerelaanya menjalankan tugas itu menjadi lambang keluhuran jiwa.Suami akan merasa senang dan gembira sekiranya dilayan makan minum mengikut selera yang digemarinya.

6 ) Sedia berkhidmat untuk suami
Isteri yang solehah sedia berbuat apa sahaja untuk suami.Iaitu melayan tabi’i dan tuntutan semulajadi suami.Jimak hanya sebahagian dari sudut tuntutan tabi’i.Isteri hendaklah sentiasa berhias diri,sesuai cara bersolek dan pakaiannya,dan berwangi-wangian di samping suami

Sumber : http://akanmati.wordpress.com

Bagaimana Nak Jadi Suami Yang Soleh?

18  Ciri-Ciri Suami Yang Soleh
  1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya
  2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
  3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
  4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
  5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
  6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
  7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
  8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
  9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
  10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
  11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
  12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
  13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
  14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
  15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
  16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
  17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
  18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

Sumber : http://akanmati.wordpress.com

Cara Menghadapi Jin

Dalam Islam dikenal ‘RUQIYAH’, yaitu upaya untuk mengusir jin dan segala macam gangguannya dengan membacakan ayat-ayat Al-Quran Al-Kariem. Bagi jin yang mengganggu dan jahat, bacaan Al-Quran terutama pada ayat tertentu- yang dibaca dengan baik dan benar oleh orang yang shalih dan bersih imannya, akan sangat ditakuti. Mereka akan merasakan panas yang membakar dan pergi.

Karena itu bila orang yang mengerti tentang jin itu benar-benar menggunakan Ruqyah seperti yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW secara benar, maka memang seharusnya dilakukan.

Tetapi bila orang itu menggunakan cara-cara yang menyimpang, apalagi dengan melanggar syariat dan aqidah, tidak boleh dilakukan. Karena tujuan jin ketika mengganggu manusia tidak lain adalah untuk menyeret manusia kepada pelanggaran dan syirik kepada Allah.

Misalnya, bila orang itu bilang bahwa jin itu minta sesajen, minta kembang, atau dikorbankan hewan sembelihan sebagai tumbal, itulah syirik yang sejati. Atau apapun yang secara syariah bertentang dengan hukum-hukum Allah.

Pada dasarnya bila dibacakan Ruqiyah, jin itu sangat takut dan tidak berani menawar-nawar dengan minta ini itu. Karena pembacaan ayat-aayt Al-quran itu membuatnya kesakitan yang sangat, sehingga dalam proses Ruqyah, tidak ada permintaan dari jin kecuali harus pergi dan berhenti dari menganggu manusia.

Karena itu pastikan bahwa orang yang anda minta bantuannya adalah seorang muslim yang shaleh, mengerti ajaran syariah dengan benar, kuat aqidahnya, benar ibadahnya, lurus fikrahnnya dan yang penting diperhatikan, dia hendaknya punya pengalaman sebelumnya dalam menghadapi jin, agar mengenal tipu daya dan trik-trik yang digunakan jin untuk berpura-pura pergi padahal tidak dan sebagainya.

Nabi saw. Bersabda: Artinya: ” Tidak apa-apa ruqyah itu selama tidak mengandung syirik” (HR Muslim).

Artinya:” Barangsiapa menggantungkan sesuatu, maka dirinya akan diserahkan kepadanya” (HR Ahmad, Tirmidzi, Abu Dawud dan Al-Hakim).

Agar pelaksanaan ruqyah tersebut sesuai dengan sar?i perlu diperhatikan hal-hal sebagai berikut:

A. Bacaan rukyah berupa ayat-ayat Alqur‘an dan Hadits dari Rasulullah saw.

B. Do‘a yang dibacakan jelas dan diketahui maknanya.

C.
Berkeyakinan bahwa ruqyah tidak berpengaruh dengan sendirinya, tetapi dengan
takdir Allah SWT.

D. Tidak isti‘anah dengan jin ( atau yang lainnya
selain Allah).

E. Tidak menggunakan benda-benda yang menimbulkan syubhat
dan syirik.

F. Cara pengobatan harus sesuai dengan nilai-nilai Syari‘ah.

G. Orang yang melakukan terapi harus memiliki kebersihan aqidah, akhlak
yang terpuji dan istiqomah dalam ibadah.

Ruqyah : Cara Dan Bacaannya

‘RUQIYAH’, dalam praktiknya adalah upaya untuk mengusir jin dan segala macam gangguannya dengan membacakan ayat-ayat Al-Quran Al-Karim. Bagi jin yang mengganggu dan jahat, bacaan Al-Quran ?terutama pada ayat tertentu- yang dibaca dengan baik dan benar oleh orang yang shalih dan bersih imannya, akan sangat ditakuti. Mereka akan merasakan panas yang membakar dan pergi.

Diantaranya yang paling sering digunakan adalah ayat kursi, beberapa penggalan ayat dalaÉ nsurat Al-Baqarah (tiga ayat terakhir), Surat Ali Imron, Surat Yasin, Surat Al-Jin, surat Al-Falaq dan Surat An-Naas. Selain itu masih banyak ayat dan doa-doa lainnya yang diriwayatkan kepada kita untuk dibacakan kepada orang yang kesurupan.

Tetapi bila orang itu menggunakan cara-cara yang menyimpang, apalagi dengan melanggar syariat dan aqidah, tidak boleh dilakukan. Karena tujuan jin ketika mengganggu manusia tidak lain adalah untuk menyeret manusia kepada pelanggaran dan syirik kepada Allah.

Misalnya, bila orang itu bilang bahwa jin itu minta sesajen, minta kembang, atau dikorbankan hewan sembelihan sebagai tumbal, itulah syirik yang sejati. Atau apapun yang secara syariah bertentang dengan hukum-hukum Allah.

Pada dasarnya bila dibacakan Ruqiyah, jin itu sangat takut dan tidak berani menawar-nawar dengan minta ini itu. Karena pembacaan ayat-aayt Al-quran itu membuatnya kesakitan yang sangat, sehingga dalam proses Ruqyah, tidak ada permintaan dari jin kecuali harus pergi dan berhenti dari menganggu manusia.

Ruqyah sendiri adalah salah satu cara dari banyak jalan untuk mengusir gangguan setan dan sihir. Abdul Khalik Al-Atthar dalam bukunya ?menolak dan membentengi diri dari sihir? menyebutkan bahwa untuk bisa terbebas dari pengaruh jahat itu, bisa dilakukan beberapa cara, antara lain:

1. Metode Istinthaq

Methode istinthaq adalah mengajak bicara setan yang ada di dalam tubuh orang
yang terkena sihir. Dan menanyakan kepadanya tentang namanya, nama tukang sihir yang memanfaatkan jasanya, nama orang yang membebani tukang sihir untuk
melakukan sihir, menanyakan tempat penyimpanan sihir serta barang-barang yang
digunakan untuk menyihir. Meskipun demikian, kita dituntut untuk tetap waspada
dan tidak mempercayai sepenuhnya akan apa yang diucapkan oleh setan yang ada di
dalam tubuh pasien, sebab bisa jadi setan berbohong dengan tujuan untuk
menimbulkan fitnah dan memecah belah hubungan baik diantara sesama manusia.

2. Metode Istilham

Melalui Istilham adalah memohon ilham dan petunjuk yang benar dari Allah swt)
agar Ia berkenan memberikan isyarat lewat mimpi, sehingga sihir yang menimpa
seseorang bisa terdeteksi dan kemudian dilenyapkan.

3. Metode Tahshin

Methode Tahsin adalah pembentengan, yaitu dengan membentengi dan melindungi korban sihir dengan menggunakan bacaan Al-Qur?an, zikir dan ibadah-ibadah tertentu.

Syaikh bin Baaz mengatakan bahwa cara yang paling efektif dalam mengobati pengaruh sihir adalah dengan mengerahkan kemampuan untuk mengetahui tempat sihir, misalnya di tanah, gunung dan lain-lain. Dan bisa diketahui lalu diambil, maka lenyaplah sihir itu.

Pengobatan sihir yang diharamkan adalah menyingkirkan sihir dengan sihir juga, ini sesuai dengan perkataan Rasul yang melarang keras seorang muslim pergi ke rumah dukun dan tukang sihir untuk meminta bantuan kepadanya.

Imam Ibnul Qayyim mengatakan bahwa mengeluarkan sihir dan memusnahkannya adalah pengobatan yang paling efektif, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Rasulullah saw bahwasanya beliau memohon kepada Allah untuk dapat melakukan hal itu. Allah memberi petunjuk kepada beliau, sehingga beliau pernah mengeluarkan sihir dari sebuah sumur.

4. Hijamah

Cara yang lainnya adalah dengan hijamah (berbekam) pada anggota tubuh yang terasa sakit akibat pengaruh sihir, karena sihir bisa berpengaruh pada tubuh, dan melemahkannya.

5. Obat-obatan

Pengobatan sihir dapat juga dilakukan dengan menggunakan obat-obatan yang mubah (dibolehkan) seperti dengan memberi kurma ?Ajwah kepada si penderita.

Diriwayatkan dari Amir bin Sa?ad dari bapaknya bahwasanya Rasulullah saw bersabda,?Barangsiapa setiap pagi hari memakan kurma ?Ajwah maka tidak akan membahayakan dirinya baik racun maupun sihir pada hari itu hingga malam hari.? (HR. Bukhari)

Tentang keistimewaan kurma ini Imam Al-Khattabi berkata: Kurma ?Ajwah memiliki hasiat dan manfaat yaitu bisa menjadi penangkal racun dan sihir karena berkat do?a Rasulullah saw terhadap kurma Madinah, dan bukan karena keistimewaan kurma itu sendiri.

6. Ruqyah

Cara yang lainnya yang dapat dilakukan untuk mengeluarkan sihir adalah dengan membacakan ruqyah syar?iyyah (pengobatan melaui bacaan Al-Qur?an, zikir dan do?a).

Imam Ibnu Qayyim mengatakan: Diantara obat yang paling mujarab untuk melawan sihir akibat pengaruh jahat setan adalah dengan pengobatan syar?i yaitu dengan zikir, do?a dan bacaan-bacaan yang bersumber dari Al-Qur?an. Jiwa seseorang apabila dipenuhi dengan zikir, wirid dan mensucikan nama Allah niscaya akan terhalangi dari pengaruh sihir. Orang yang terkena sihir bisa sembuh dengan membaca ruqyah sendiri atau dari orang lain dengan ditiupkan pada dada atau tubuh yang sakit sambil membaca zikir dan do?a.

Berikut ini adalah bacaan-bacaan yang diyakini mampu menolak dan menghilangkan bahaya sihir, diantaranya:

A. Surat Al-Fatihah.
B. Surat Al-Baqarah, khususnya ayat-ayat 1-5, 254-257
dan 284-286.
C. Surat Al-Imran khususnya ayat 1-9 dan 18-19
D. Surat
An-Nisa khususnya ayat 115-121
E. Surat Al-A?raf khususnya ayat 54-55.
F. Surat Al-Mu?minun khususnya ayat 115-118.
G. Surat Yasin khususnya
ayat 1-12.
H. Surat As-Shaffat khususnya ayat 1-10.
I. Surat Ghafir
khususnya ayat 1-3, dan masih banyak lagi ayat-ayat lainnya.

Sedangkan doa-doa yang dianjurkan diantaranya:

Ya Allah, Rabb bagi semua manusia, hilangkanlah rasa sakit, berila kesembuhan,
Engkau zat yang menyembuhkan tiada yang bisa menyembuhkan kecuali Engkau,
kesembuhan yang tiada menimbulkan sakit sedikitpun.?
??? ???? ????? ?? ??
??? ????? ??? ?? ?? ??? ?? ??? ???? ???? ????? ??? ???? ?????.

Dengan
nama Allah aku meruqyahmu dari kejahatan setiap jiwa atau pandangan orang yang
dengki, Allah yang memberi kesembuhan padamu, dengan nama Allah saya
meruqyahmu.?
????? ?????? ???? ?????? ?? ?? ?? ???.

Saya mohon untuk
kamu perlindungan kepada Allah dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari
kejahatan apa yang diciptakan?

Bin Baz mengatakan: Hendaklah seorang
muslim meminta kesembuhan hanya kepada Allah dari segala kejahatan dan bencana,
dengan membaca doa-doa berikut ini:
??? ???? ???? ?? ??? ?? ???? ??? ??
????? ??? ?? ?????? ??? ?????? ??????.

Dengan menyebut nama Allah yang dengan keagungan nama-Nya itu menjadikan sesuatu tidak berbahaya baik yang ada di langit atau di bumi, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui? (Dibaca 3x pada pagi dan sore hari)

Dan dianjurkan pula untuk membaca Ayat Kursy ketika hendak tidur dan sehabis salat fardhu, disamping membaca surat Al-Falaq, Al-Nas dan Al-Ikhlash setiap selesai melakukan salat subuh dan salat maghrib serta menjelang tidur.

Seluruh cara di atas hanyalah sekedar do?a dan usaha, sumber kesembuhan hanyalah dari Allah semata, Dialah yang Maha mampu atas segala sesuatu dan di tangan-Nya segala obat dan penyakit, dan segala sesuatu bisa terjadi berdasarkan ketentuan dan takdir Allah swt.

Nabi saw. Bersabda:
Dan berdasarkan penjelasan ulama, maka pengobatan Ruqyah Syar‘iyah diperbolehkan dengan kriteria sbb:

A. Bacaan rukyah berupa ayat-ayat Alqur‘an dan Hadits dari Rasulullah saw.
B. Do‘a yang dibacakan jelas dan diketahui maknanya.
C. Berkeyakinan
bahwa ruqyah tidak berpengaruh dengan sendirinya, tetapi dengan takdir Allah
SWT.
D. Tidak isti‘anah dengan jin ( atau yang lainnya selain Allah).
E.
Tidak menggunakan benda-benda yang menimbulkan syubhat dan syirik.
F. Cara
pengobatan harus sesuai dengan nilai-nilai Syari‘ah.
G.Orang yang melakukan
terapi harus memiliki kebersihan aqidah, akhlak yang terpuji dan istiqomah dalam
ibadah.

Pada dasarnya membantu pengobatan dengan ruqyah adalah amal tathowu‘i (sukarela) yang dibolehkan menerima hadiah dan bukan kasbul maisyah (mata pencarian rutin).

Sumber : http://akanmati.wordpress.com

Download Bacaan Mp3 Doa Ustaz Dr. Harun Din

Download Risalah Abu Dujjanah (Untuk Merawat Gangguan Semasa Tidur)

Tips Solat

Firman (الله تعالى) di dalam Al-Quran::

﴿ وأقيموا الصلاة ان الصلاة كانت على المؤمنين كتابا موقوتا ﴾

yakni

Dirikan oleh kamu akan sembahyang, bahawasanya sembahyang itu adalah ia atas segala orang yang beriman yang difardhukan berwaktu atas mereka itu.

Dan lagi firman (الله تعالى) di dalam Al-Quran::

﴿ فخلف من بعدهم خلف أضاعوا الصلاة واتبعوا الشهوات فسوف يلقون غيا الامن تاب ﴾

yakni

Maka telah mengganti-ganti kemudian daripada mereka itu oleh yang mengganti yakni ‘anbiya (iaitu para Nabi) awal-awal yang mengganti;amat mereka itu meninggalkan mereka itu akan sembahyang dan mengikut mereka itu akan syahwatnya yakni meninggalkan sembahyang; maka lalu dimasukkan ke dalam neraka melainkan orang yang taubat pada meninggalkan sembahyang serta diqadha sembahyang yang ditinggalkannya maka tiada disiksakan ke dalam neraka.

Dan lagi firman (الله تعالى) di dalam Al-Quran::

﴿ فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون ﴾

yakni

Maka dimasukkan (الله تعالى) ke dalam neraka yang adalah mereka itu lalai dan lupa yakni ditinggalkan akan sembahyang.

Telah berkata Ibnu Abbas (رضى الله عنهما):: ( Dan adapun ) yang dinamakanWail (ويل) itu satu wadi yakni tempat dalam antara dua gunung di dalam api neraka Jahannam minta’ tolong daripadanya kepada (الله تعالى) api neraka Jahannam daripada panasnya, dan wadi itu tempat kediaman orang yang menta’khirkan sembahyang daripada waktunya, istimewa pula (ya’ni apatah lagi akan) orang yang meninggalkan sembahyang selama-lamanya.

( Inilah ) siksanya orang yang meninggalkan sembahyang yang demikian disebutkan di dalam Al-Quran dan beberapa ayat Al-Quran.

Yang lain daripada itu lagi sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم)::

﴿ ما فرقوا بين المسلم والمنافق إلا بترك الصلاة فإن تركها جاحدا لوجوبها كان كافرا ﴾

yakni

Tiada berbeza antara orang yang Islam dan antara orang yang munafik melainkan orang yang meninggalkan sembahyang. Maka apabila ditinggalkan dia pada hal en(g)kar ia bagi wajibnya maka adalah ia kafir dengan nyata kerana munafik itu pada zahirnya Islam dan bathinnya kafir.

Dan lagi satu riwayat daripada Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bahawasanya(baginda menyatakan::) Barang siapa memudahkan dan meringankan akan sembahyang disiksa akan dia oleh (الله تعالى) dengan lima belas siksa-Nya (ya’ni lima belas siksaan daripada (الله تعالى))Enam siksa-Nya(ya’ni enam siksaan daripada (الله تعالى)) di dalam dunia, dan tiga siksa-Nya (ya’ni tiga siksaan daripada (الله تعالى)) pada waktu matinya, dan tiga siksa-Nya (ya’ni tiga siksaan daripada (الله تعالى)) pada waktu di dalam quburnya, dan tiga siksa-Nya (ya’ni tiga siksaan daripada (الله تعالى)) waktu bertemu dengan Tuhannya pada hari Qiamat.

Maka sembah seorang shahabat: Ya Rasulullah! Apa jua suatu baginyasiksa di dalam dunia ini(?) Maka sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)::

( yang pertamanya ) dihilangkan (الله تعالى) berkat umurnya( dan yangkeduanya ) dihilangkan oleh (الله تعالى) rezkinya( dan yang ketiganya ) dihilangkan (الله تعالى) tanda sekelian orang yang shaleh pada mukanya daripada cahayanya( dan yang keempatnya ) tiada baginya di dalam Islam( dan yang kelimanya ) segala amal yang diperbuatnya akan dia daripada segala kebajikan tiada diberi pahala atasnya( dan yangkeenamnya ) tiada diangkat baginya do’anya ke langit.

Maka sembah seorang shahabat: Ya Rasulullah! Apa jua suatu daripadanya rupa siksa pada ketika matinya(?) Maka sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)::

( yang pertama ) adalah pada mati ia di dalam kehinaan( dan yangkeduanya ) mati pada hal ia di dalam lapar( dan yang ketiganya ) mati pada hal ia di dalam dahaga dan jikalau diminumkan sekelian air di dalam dunia ini niscaya tiada puas dahaganya.

Maka sembah shahabat: Ya Rasulullah! Apa jua suatu siksa di dalam quburnya(?) Maka sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)::

( yang pertama ) disempitkan (الله تعالى) akan kuburnya( dan yangkeduanya ) digelapkan (الله تعالى) atasnya akan kuburnya( dan yangketiganya ) disuruhkan dengan dia akan suatu Malaikat mesiksa (iaitu menyiksa) akan dia di dalam quburnya hingga hari Qiamat.

Kata setengah ulama disuruhkan (الله تعالى) atasnya di dalam quburnyasatu ular yang besar,

¤ namanya (شجاع الاقراع), ¤ matanya daripada api neraka, dan ¤ kukunyadaripada besi, panjangnya tiap-tiap satu kukunya setengah daripada perjalanan satu hari dan adalah sertanya pemukul daripda besi(.)

Maka berkata ia akan mayat itu suaranya seperti petir yang amat keras pada hal berkata ia disuruhkan akan daku oleh Tuhan-ku bahawa aku pukul akan dikau sebab engkau meninggalkan sembahyang subuhhingga sampai kepada waktu dzuhur, dan aku pukul akan dikau sebab engkau meninggalkan sembahyang dzuhur hingga ‘asar, dan aku pukul akan dikau sebab engkau meninggalkan sembahyang ‘asarhingga maghrib, dan aku pukul akan dikau sebab engkau meninggalkan sembahyang maghrib hingga ke ‘isya’, dan aku pukul akan dikau sebab engkau meninggalkan sembahyang isya’ hingga kesubuh.

Maka tiap-tiap sekali pukul itu termasuk ke dalam bumi tujuh puluh hasta. Maka dimasukkan oleh malaikat itu akan kukunya ke bumi maka mengeluarkan ia akan dia kemudian dipukul akan dia. Maka sentiasalah di dalam pukul malaikat itu hingga hari Qiamat (نعوذ بالله من ذلك).

( Adapun ) siksanya pada ketika bertemu dengan Tuhan-nya::

( Yang pertamanya ) apabila pecahlah sekalian langit maka datanglah satu malaikat yang mensiksanya (iaitu menyiksanya). Dan adalah pada tangannya (iaitu tangan malaikat itu) rantai panjangnya tujuh puluh hasta. (M)aka menaruh ia akan dia pada tengkuknya kemudian memasukkan ia akan dia pada mulutnya dan mengeluarkan ia akan dia daripada duburnya. (K)emudian dihelanya sekali tertiaraplah atas mukanya dan sekali terlentang atas belakangnya padahal menyeru ia dan katanya: ”( inilah ) balasan orang yang meninggalkan segala yang difardhukan (الله تعالى)”.

Kemudian membawa ia dengan dia masuk ke dalam Neraka (ya’ni malaikat itu kemudiannya membawa orang yang disiksa itu ke Neraka).

( Dan lagi kata ) Sayyidina Abdullah bin ‘Abbas (رضى الله عنهما)::

Jikalau ada satu cincin daripada rantai yang tersebut itu jatuh atas bumi niscaya terbakarlah ia akan bumi dengan sekalian isinya.

( Dan yang keduanya ) tiada tilik (الله تعالى) kepadanya dengan tilik kesihanan dan rahmat.( Dan yang ketiganya ) tiada ampun (الله تعالى) atasnya dan baginya siksa yang amat pedis (iaitu amat pedih atau amat sakit sekali).

Hai sekalian saudara yang beriman di dalam hatinya setimbang semut yang kecil di dalam hatinya (ya’ni yang mempunyai iman yang sangat sedikit sekalipun di dalam hati), betapa hal berani meninggalkan sembahyang dengan u(m)pama siksa yang tersebut di dalam Al-Quran dan hadits ini. Tiada seorang yang berani meninggalkan sekalian yang difardhukan (الله تعالى(iaitu setelah mendengar atau mengetahui begitu berat sekali siksa yang akan diterima) melainkan orang yang tiada ampunya imannya (ya’ni jika masih lagi berani meninggalkan sembahyang, maka tidak lain tidak bukan orang itu mungkin tidak mempunyai iman lagi sama sekali). Maka orang yang tiada ampunya iman itu kafir, bukannya orang yang Islam, kerana tiada beza antara orang yang Islam dan kafir.

( Inilah nasihat ) yang hamba sebutkan dia pada sekalian saudara yang Islam jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang, dan zakat, dan puasa ramadhan, dan haji ke Baitullah jikalau kuasa berjalan kepadanya, kerana agama Islam diperbuat (الله تعالى) dengan lima perkara seperti yang tersebut di dalam hadits::

﴿ بُنِىَ اْلاِسْلاَمَ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أ َنْ لاَإِلـهَ إِلاَّ الله ُ وَأ َنَّ مُحَمَّدً ارَسُولُ اللهِ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَاِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَصَوْمَ رَمَضَانُ وَحَجَّ الْبَيْتِ مَن اْستَطَاعَ اِلَيْهِ سَبِيْلاً ﴾ yakni diperbuat Islam itu atas lima perkara::

pertama ) mengucap dua kalimah syahadah ( dan keduanya ) mendirikan sembahyang lima waktu ( dan ketiganya ) memberi zakat ( dan keempatnya ) puasa pada bulan Ramadhan ( dan kelimanya ) naik haji barang siapa kuasa berjalan kepadanya (iaitu ke Baitullah).

Dan lagi sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم):: ﴿ الصلاة عماد الدين ومن أقامها فقد أقام الدين ومن تركها فقد ترك الدين ﴾

Bermula sembahyang itu tiang agama; dan barang siapa mendirikan dia (ya’ni mendirikan atau mengerjakan sembahyang), maka(se)sungguhnya telah mendirikan ia akan agama; dan barang siapa meninggalkan dia (ya’ni meninggalkan sembahyang) maka(se)sungguhnya telah meruntuhkan ia akan agamanya(.)

Dan satu riwayat daripada Rasulullah (صلى الله عليه وسلم), bahawa sanya bersabda ia (ya’ni Nabi (صلى الله عليه وسلم) bersabda::)

Barang siapa sembahyang subuh pada hal ia berjemaah di dalam empat puluh hari, dan tiada lepas di dalam satu rakaat (ya’ni tiada satu raka’at pun yang ia lakukan yang tidak bersama jema’ah selama 40 hari) niscaya di suruh (الله تعالى) baginya dua kelepasan::( pertamanya )lepas ia daripada Neraka ( dan keduanya ) lepas ia daripada (tergolong kepada golongan) munafiq.

Dan satu riwayat daripada Rasulullah (صلى الله عليه وسلم), bahawasanya bersabda ia (ya’ni Nabi (صلى الله عليه وسلم) bersabda::)

Barang siapa sembahyang subuh pada hal ia berjemaah, kemudian duduk ia serta menyebut ia akan (الله تعالى) dengan suatu Zikrullah hingga terbit matahari dengan tiada berkata-kata dengan suatu perkataan dunia serta meng(h)adap ia akan Qiblat, maka disuratkan baginya pahala haji dan umrah yang sempurna tiga kali.

Dan tersebut pada suatu riwayat yang lain, diperbuatkan oleh (الله تعالى) baginya di dalam Syurga Firdaus tujuh puluh mahligai daripada emas dan perak.

Dan tersebut pada suatu satu riwayat yang lain diberi pahalanya seperti memerdekakan (hamba) sahaya (sebanyak) delapan puluh (orang).

Dan lagi sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)::

( Bermula ) u(m)pama sembahyang lima waktu adalah ia seperti sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu. Maka mandilah ia daripadanya pada tiap-tiap hari lima kali. Adakah tinggal lagi atasnya dakinya(?)

Maka sembah sekalian sahabat::

Tiada tinggal ya Rasulullah(.) Maka sabdanya (ya’ni sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم)::)

Demikianlah sembahyang lima waktu itu men(h)apuskan segala dosa(.)

Dan lagi sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)::

( Barang siapa ) memeliharakan akan wudhu’nya, dan segalawaktunya, ruku’nya, dan sujudnya, serta mengetahui bahawasanya yang tersebut itu (tadi) wajib atasnya, maka adalah ia diharamkan ia (الله تعالى) jasadnya masuk ke dalam api Neraka Jahannam.

Dan sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)::

( Barang siapa ) memeliharakan atas sembahyang, adalah dikurnia-i baginya cahaya dan kelepasan daripada api Neraka pada hari Qiamat.

Dan lagi satu riwayat daripada Saiyidina Anas (رضى الله عنه) dengan katanya::

Adalah roh Nabi (صلى الله عليه وسلم) pada dadanya ya’ni tatkala ia hampir waktu wafat, pada hal bersabda ia, aku berwasiat akan kamu dengansembahyang lima, jangan sesekali kamu tinggalkan;

dan lagi aku berwasiat akan kamu dengan (hamba) sahaya yang kamu milik(Nota:: Pada zaman ini di mana perhambaan boleh dikatakan tiada, sabda ini terangkum atau termasuklah sekali ke atas orang gaji atau orang suruhan atau pembantu yang di bawah kuasaan kita, dan yang seumpamanya. (والله أعلم)). Maka jangan sesekali kamu sakiti dengan barang apa kerjaan yang tiada kuasa ia (lakukan).

Maka sentiasalah berwasiat dengan yang demikian itu hingga putus perkataan (baginda (صلى الله عليه وسلم)) lalu ia wafat.

Dan sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)::

Apabila meninggalkan oleh seorang hamba akan suatu fardhu, maka disuratkan namanya (ya’ni dituliskan nama orang yang meninggalkan satu fardhu sembahyang itu di) atas pintu Neraka Jahannam.

Dan pada suatu riwayat daripada Saiyidina ‘Abdullah Bin ‘Abbas (رضى الله عنهما), berkata ia :: Sabda Nabi (صلى الله عليه وسلم)::

﴿ قُوْلُواْ الَّلهُمَّ لاَ تَدَعْ فِيْنَا شَقِيًا وَلاَ مَحْرُومًا ﴾

Ertinya::

“Hai Tuhanku! Jangan kiranya engkau taruh atas kami celaka dan jangan engkau jadikan kepada orang yang meninggalkan sembahyang” Inilah doa (yang) disuruh Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) dibaca supaya jangan meninggalkan orang yang membaca pada tiap-tiap waktu selama masa dibacakan doa ini, kerana bahawasanya yang meninggalkan itu (iaitu yang meninggalkan sembahyang itu)

¤ tiada baginya Islam, dan ¤ tiada diterima tauhid dan imannya, dan¤ (tiada diterima akan amalan) sedeqahnya, dan ¤ (tiada diterima akan amalan) puasanya, dan ¤ (tiada diterima akan) syahadatnya, dan ¤ (tiada diterima akan) saksinya, dan ¤ diputuskan (الله) daripada rahmatNya.

Dan lagi sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم):: ( Bermula ) orang yang meninggalkan sembahyang itu di dalam sihatnya (ya’ni orang itu meninggalkan sembahyang sedangkan ia tiada keuzuran atau dalam keadaan sihat), tiada ditilik oleh (الله تعالى) dengan tilik rahmat, dan tiada diampun akan dia, dan menyiksa baginya dengan siksa yang amat pedis (iaitu amat siksa atau amat pedih) melainkan ia (ber)taubat.


Dan lagi sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم):: ( Bermula ) sepuluh orang yang daripada umatku dimurkai (الله تعالى) atas mereka itu pada hari Qiamat, dan disuruhkan bawa dengan mereka itu kepada api Neraka, pada hal sungguhnya gugur daging muka mereka itu. Maka sembah seorang sahabat:: Apa jua amal mereka itu ya Rasulullah(?) Maka sabdanya::

( Pertamanya ) iaitu seorang (yang) sudah lampau umurnya empat puluh tahun (40 tahun) maka ia berzina( dan keduanya ) iaitu imam yang dusta( dan yang ketiganya ) yang mengekali minum arak dan tuak( dan yang keempatnya ) orang yang derhaka bagi ibubapa-nya(dan yang kelimanya ) orang yang berjalan dengan mengu(m)pat-u(m)pat( dan yang keenamnya ) orang yang mengadu-ngadu( dan yang ketujuhnya ) orang yang (men)jadi saksi dengan dusta (iaitu saksi palsu)( dan yang kelapannya ) orang yang meninggalkan memberi zakat( dan yang kesembilannya ) orang yang dzalim dengan (h)arta orang Islam( dan yang kesepuluhnya ) orang yang meninggalkan sembahyang

melainkan ia (ber)taubat akan segala dosanya yang tersebut itu.

Maka ketahui olehmu bahawasanya orang yang meninggalkan sembahyang itu diganda-ganda baginya siksa. Maka didatangkan(iaitu dia dibawa) pada hari Qiamat sungguhnya (dalam keadaan)telah dibelenggukan kedua tangannya, dan dihimpunkan keduanya(iaitu kedua tangannya, (والله أعلم)) pada tengkuknya, pada hal malaikat memukul mereka itu. Dan dibukakan baginya pintu neraka Jahannam, maka dimasukkanlah ia pada (iaitu melalui) pintunya seperti anak panah pada segeranya (yang dalam keadaan yang amat pantas). Maka jatuhlah ia terdahulu kepalanya tersulang ke bawah hingga sampai kepada Qarun dan Haman yang terkebawah daripada Neraka.

Dan satu riwayat daripada Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bahawasanya bersabda ia::

Tiada halal mengambil zakat bagi orang yang meninggalkan sembahyang.

Maka sabdanya (lagi::)

Jangan kamu diam sekampung dengan dia, dan jangan sekedudukan akan dia kerana bahawasanya laknat (الله تعالى) turun atasnya.

( Dan lagi ) sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)::

( Awal-awal suatu ) yang dihitamkan pada hari Qiamat [ ialah ] muka orang yang meninggalkan sembahyang.

Dan suatu riwayat daripada Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bahawa sanya bersabda ia::

Aku lihat seorang laki-laki daripada umatku didatangkan akan diaMalakul Maut (ملك الموت) pada hal laki-laki itu orang yang berbuat bakti bagi ibu bapanya, maka menolakkan ia daripadanya oleh baktinya akan Sakaratul Maut – (سكرة الموت(;)dan aku lihat seorang laki-laki daripada umatku, sungguhnya telah dikeraskan (iaitu siksa) atas kuburnya, maka didatangkan akan dia wudhu’ (orang itu), maka melepaskan dia daripada siksa kuburnya (;)

dan aku lihat seorang laki-laki daripada umatku, sungguhnya telah mengelilingkan akan dia oleh Malaikat Zabaniah – (زبانية(iaitu Malaikat yang menjaga di Neraka di bawah ketua mereka iaitu Malaikat Malik)hendak menyiksa akan dia, maka didatangkan zikirnya dan tasbihnya melepaskan akan dia daripada siksa mereka itu (;)

dan aku lihat seorang laki-laki daripada umatku, sungguhnya telah mengelilingkan akan dia oleh Malaikat ’Azab – (العذاب) akan menyiksa akan dia, maka datang akan dia sembahyangnya melepaskan akan dia daripada siksa mereka itu (;)

dan aku lihat seorang lagi daripada umatku bahawasanya terjulur lidahnya pada bersemat-semat (برسمة٢) daripada masa, maka didatangkan akan dia puasanya maka memberi minum ia akan dia (;)

dan aku lihat seorang laki-laki daripada umatku, pada hadapannya gelap dan pada bawahnya gelap, maka didatang akan dia hajinya dan umrahnya mengeluarkan keduanya akan dia daripadanya (iaitu daripada kegelapan itu;)

dan aku lihat seorang laki-laki daripada umatku, tiada berkata-kata ia akan segala orang yang mukminin pada hal sekelian orang yang mukminin itu berkata-kata mereka itu daripadanya, maka datang akan dia Silatur Rahim – (صيلة الرحيم) ya’ni menghubungkan bersanak saudara, maka berkata ia (ya’ni SIlatur Rahim itu berkata kepada)sekelian orang yang mukminin berkata olehmu kerana bahawa sanya laki-laki itu adalah ia menghubungkan bersanak saudaranya (;)

dan aku lihat seorang laki-laki daripada umatku telah bernyala-nyala api Neraka dan panas dengan tangannya daripada mukanya, maka didatangkan akan dia sedeqahnya itu mendinding atas mukanya dan menjadi payung atas kepalanya.

Dan suatu riwayat Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)::

Api neraka Jahannam itu dinamakan baginya Wadi Wail – (وادى ويل), maka adalah di dalamnya ular dan kala (yang mana) panjangnya tiap-tiap satu ular itu perjalanan sebulan, menggigit ia akan orang yang meninggalkan sembahyang, maka mendidihlah bisanya di dalam tubuhnya itu tujuh puluh tahun. Kemudian maka bercerailah dagingnya dengan segala tulangnya. ﴿ نعوذبالله من النار ومن غضب الجبار ﴾ – Kami berlindung dengan (الله تعالى) daripada api Neraka dan daripada murka-Nya Tuhan yang Amat Keras.

Sumber : http://akanmati.wordpress.com

Cara Rasulullah SAW Menunggu Lailatul Qadar

Daripada Aisyah r.a. pula, katanya: “Rasulullah s.a.w. itu bersungguh-sungguh
dalam beribadat dalam bulan Ramadhan yang tidak demikian bersungguh-sungguhnya
kalau dibandingkan dengan bulan lainnya, juga di dalam sepuluh hari terakhir
dari bulan Ramadhan itu beliau s.a.w. bersungguh-sungguh pula yang tidak
demikian bersungguh-sungguhnya kalau dibandingkan dengan hari-hari Ramadhan yang
lainnya.”

(Riwayat Muslim)

99 Tips Didik Anak

Tips ini saya copy dari blog sahabat saya ibnrajab. Saya copy sembilan saja dulu:

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan usaha dan pengalaman yang tidak seberapa, ana berhasrat menjana idea untuk mengumpul 99 tips untuk mendidik anak-anak (terutama untuk panduan ana sendiri) agar mereka lahir sebagai modal insan yang cemerlang buat agama dan ummah suatu masa kelak. Siapa-siapa dalam kalangan pengunjung IbnRajab Online yang ada idea boleh sama-sama kita menyumbang saran di sini dengan menulis komen-komen anda. 99 tips itu adalah idea daripada 99 nama Allah yang Maha Sempurna, Indah, Baik dan Agung.

Ana akan muatkan 9 tips setiap kali update. Apabila cukup 11 kali, insyaAllah ia akan menghasilkan 99 tips. Angka 11 itu pula ana aplikasikan wasiat seorang guru yang selalu memesan agar ana selawat kepada jungjungan Rasulullah SAW sebanyak 11 kali setiap kali. Katanya selepas solat hajat pun baca al-Fatihah 11 kali insyaAllah segala hajat akan diperkenankan Allah. Itu adalah pesan guru, jadi insyaAllah ana amalkan dan kongsikan juga di sini. Cuma secara peribadi, ana tak jumpa sumber bertulis berkenaan angka 11 itu.

Mari kita mulakan.

Tips 1
Cari peluang untuk beritahu anak-anak supaya takut kepada Allah sekurang-kurangnya sekali sehari.

Tips 2
Tunjukkan kasih sayang kepada anak sekurang-kurangnya sekali sehari dengan niat yang ikhlas di dalam hati, sama ada melalui perbuatan atau terus berkata bahawa anda sayang kepada mereka.

Tips 3
Fahami kehendak dan perasaan anak dengan serius. Jangan sesekali tidak ambil indah dengan apa yang diluahkan oleh mereka.

Tips 4
Katakan “takpe” apabila anak tidak sengaja melakukan kesilapan. Sebaliknya anda perlu lebih berhati-hati agar tidak tersilap terutama di hadapan mereka.

Tips 5
Wujudkan sebuah buku penghargaan kepada anak. Catat setiap perkara baik pertama yang mereka lakukan. Seperti tarikh mula berkata “a”, meniarap, merangkak, berjalan, bersekolah, dapat no.1 dan sebagainya.

Tips 6
Senyum atau ketawa sederhana ketika anak buat ‘joke’ walaupun pada anda ia bukannya lawak mana.

Tips 7
Puji setiap percubaan baik yang dilakukan oleh anak tanpa menghiraukan keputusannya.

Tips 8
Ambil gambar hari pertama setiap permulaan sesi persekolahan anak kemudian abadikan kenangan tersebut dalam album berasingan.

Tips 9
Sentiasa cabar pengetahuan dan minda anak, hiburkan suasana itu dengan sama-sama mencari jawapan kepada cabaran tersebut.

InsyaAllah.. sama-sama kita cuba. Wassalam

Sumber : http://ibnrajab.wordpress.com/2009/03/25/9-yang-pertama

Cara Mandi Wajib

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

‘Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,’ tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: ‘Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.’

Atau ‘ Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.’

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ‘ Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.’ Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ‘ Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala’.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Sumber : http://babyibu.blogspot.com/

Cara Memohon Jawatan Kerajaan

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG
(SEPANJANG MASA)

—————————————-

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang Permohonan Online (SPA8i) yang disediakan di sebelah kiri laman http://www.spa.gov.my

Permohonan boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Portal SPA atau Portal JobsMalaysia. Walaubagaimanapun permohonan terkini akan membatalkan permohonan terdahulu. Sila pilih hanya satu (1) kategori borang yang bersesuaian dengan kelulusan anda dan bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah maksimum5 jawatan.

Sila mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.

Lihat Jawatan Yang Ditawarkan

Ijazah/Sarjana/PHD
Memaparkan senarai jawatan yang boleh dipohon oleh calon yang mempunyai ijazah, sarjana atau PHD. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan.

Diploma/STP/STPM/HSC
Memaparkan senarai jawatan yang boleh dipohon oleh calon yang mempunyai diploma, STP, STPM atau HSC. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan.

SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil
Memaparkan senarai jawatan yang boleh dipohon oleh calon yang mempunyai kelayakan SPM, SPM(V) atau sijil. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan.

PMR/SRP
Memaparkan senarai jawatan yang boleh dipohon oleh calon yang mempunyai kelayakan PMR atau SRP. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan.

Kelayakan Bakat
Memaparkan senarai jawatan yang boleh dipohon oleh calon yang mempunyai bakat tertentu. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan.

Latihan Separa Perubatan
Memaparkan senarai latihan yang boleh dipohon oleh calon yang berminat untuk mengikuti latihan separa perubatan. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan.

Semoga bermanfaat!