KELEBIHAN COKLAT

Kelebihan Coklat

i. APA ITU COKLAT?
Coklat adalah sejenis makanan yang berasal daripada buah koko yang telah dijalankan proses pengeringan. Proses pengeringan ini adalah bagi menghasilkan serbuk koko seterusnya boleh menghasilkan coklat. Coklat mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.

ii. KANDUNGAN COKLAT
Coklat sebagai makanan berkhasiat :
Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.

jadual coklat

Kandungan Coklat:

# Polyphenols – Antara kandungan utama dalam coklat yang berfungsi mencegah tengik.

– Menjadi penangkis kepada beberapa penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung, menurunkan tekanan darah dan strok. Jangan risau, jika sekadar mengambil dalam kuantiti diperlukan.

# Theobromine – Sebaik menjamah coklat, individu akan berasa lebih bertenaga. Mata mengantuk secara automatik akan terbuka dek penangan bahan theobromine.

– Bagi individu yang diserang batuk, disyorkan mengambil coklat kerana dikatakan lebih mujarab daripada ubat batuk. Seperti teh yang digunakan untuk mencuci muka, kini coklat turut dijadikan pupur bagi menyegarkan kulit wajah.

# Phenylethylamine – Kandungan phenylethylamine memberikan rangsangan otak yang menghasilkan dopamine. Kesan kehadiran dopamine mencetuskan perasaan ceria dan tenteram hingga membangkitkan mood romantis. Justeru coklat sangat sesuai sebagai hadiah paling romantik.

# Antioksidan – Bagi individu yang risau dengan garis penuaan yang mula timbul di wajah, coklat barangkali boleh membantu. Sifat antioksidan mampu mencegah proses penuaan yang disebabkan kesan radiasi. Gaya hidup tidak seimbang dengan pilihan makanan segera yang diambil tanpa had juga menjadi penyumbang mempercepatkan proses berkenaan.

iii. KELEBIHAN COKLAT

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih.
Ibu bapa sering dimomokkan dengan pelbagai kesan negatif yang bakal timbul jika memberi anak makan coklat…sebenarnya coklat merupakan makanan yang berkhasiat dan seimbang kerana mengandungi nutrien-nutrien penting yang diperlukan tubuh…di dalam coklat terkandung 15% lemak, 6% protein, 17% karbohidrat, 15% tenaga, vitamin dan mineral…coklat juga mempunyai nilai tenaga yang tinggi maknanya coklat sangat sesuai dijadikan makanan gantian ketika melakukan aktiviti riadah…
Tanggapan yang mengatakan bahawa coklat boleh merosakkan gigi kanak-kanak perlu disangkal…kajian mendapati coklat mengandungi bahan anti-kerosakkan gigi seperti tanin, kasein dan asid oksalik…tanin merupakan sejenis bahan yang bertindak untuk menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid dalam mulut…kasien di dalam coklat pula berfungsi untuk mengurangkan kerosakkan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak…manakala asid oksalik pula berperanan merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid…
Coklat juga bukanlah makanan yang menggemukkan…punca gemuk adalah makan secara berlebihan…makan secara sederhana dan diiringi dengan senaman boleh menggalakkan berat badan badan yang ideal…
Coklat adalah satu hadiah yang istimewa untuk diri sendiri. Ia juga satu hidangan yang diketengahkan untuk pelbagai majlis keraian baik sambutan hari jadi mahupun majlis perkahwinan. Coklat umpama membawa mesej yang berkata, ‘Terima kasih’, ‘Saya cintakan kamu’ dan ‘Ia khas untuk diri saya’. Makan coklat adalah satu langkah memanjakan diri. Sungguhpun bagi sesetengah individu coklat memberikan ketenangan dan menggembirakan kita, ia harus diambil secara sederhana.
Antara kelebihan coklat yang dikenalpasti:
a) Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b) Membantu menguatkan hafalan
c) Membantu menajamkan mata dan minda
d) Membantu memulihkan keletihan saraf
e) Membantu menguatkan daya ingatan
f) Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
g) Mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung
h) Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
i) Melambatkan proses penuaan

Tidak ramai mahu menjadikan coklat antara menu penting makanan harian kerana bimbang pengambilannya boleh menyebabkan kegemukan terutama di kalangan wanita yang mementingkan kecantikan. Walaupun, kajian saintifik membuktikan coklat mempunyai khasiat tersendiri, ia belum mampu mengikis tanggapan yang sekian lama menghantui pemikiran individu. Malah, coklat tetap dikaitkan punca obesiti.

Hakikatnya, pengambilan coklat khususnya coklat hitam (dark chocolate) amat penting untuk kesihatan. Ini kerana, coklat hitam mengandungi antioksidan lapan kali lebih tinggi berbanding buah strawberi. Kajian yang dilakukan juga mendedahkan kandungan flavonoid, iaitu bahan antioksidan dalam koko, baik untuk kesihatan jantung kerana ia boleh melancarkan aliran darah, mengurangkan risiko pembentukan darah beku dan memperbaiki tahap kolesterol, selain melindungi kerosakan dan keradangan sel.

Penyelidik juga mendapati coklat mampu membantu merendahkan tekanan darah. Menerusi kajian dilakukan ke atas pesakit tekanan darah tinggi yang makan kira-kira 100 gram coklat sehari selama dua minggu menunjukkan penurunan tekanan darah yang ketara, malah kadar kolesterol buruk juga semakin berkurangan, sekali gus membuktikan makanan manis itu ada manfaatnya jika diambil secara sederhana.

Ahli sukan, Zawen Anuar berkata, khasiat yang terkandung dalam coklat hitam berbeza dengan coklat putih kerana ia tiada kandungan koko atau flavonoid, tetapi masyarakat sekarang lebih gemar memakannya berbanding coklat hitam.

“Sebenarnya, memakan coklat hitam boleh membantu mengubah mood seseorang yang tertekan menjadi gembira kerana pengambilannya akan meningkatkan hormon yang merangsang perasaan ceria.

“Jadi, untuk memulakan sesuatu seperti ingin melakukan senaman, seeloknya makan coklat gelap terlebih dulu untuk menimbulkan mood yang baik tetapi elakkan mengambil coklat putih yang mengandungi banyak susu kerana susu menghalang penyerapan anti oksidan,” katanya ketika ditemui di KLCC, baru-baru ini.

Mengikut sukatan terbaik, coklat hitam sepatutnya mengandungi 70 peratus koko dan 30 peratus susu tetapi rasanya yang sedikit pahit mungkin menyebabkan coklat itu tidak digemari orang ramai. Berikutan itu, Cadbury bakal mengeluarkan coklat hitam yang mengandungi 45 peratus koko dinamakan Bournville Fine Dark Chocolate yang akan dipasarkan bermula Julai ini.

Zawen berkata, keistimewaan coklat hitam juga mampu menjadikan kulit wajah awet muda kerana mengandungi mineral dan vitamin A,C dan E, serta kemampuannya meningkatkan peredaran darah sehingga ke otak, sekali gus dapat merangsang ingatan menjadi lebih baik.

Kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik. Malah, kehadiran radikal bebas juga sering menjadi kebimbangan kerana ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan kanser.

“Jika memakan coklat hitam, ia mampu memerangkap radikal bebas ini kerana ia mengandungi antioksidan iaitu bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas ini,” katanya

Zawen berkata, diakui coklat mengandungi lemak tetapi lemak ini sihat dan tidak menggemukkan.

“Paling penting, dalam setiap perkara, kita perlu sederhana dan pengambilan coklat sebagai makanan harian juga perlu dalam kuantiti yang tidak berlebihan.

“Ia boleh dijadikan makanan sampingan tanpa mengetepikan makanan asas seperti sarapan dan makan tengahari untuk mendapatkan tenaga. Seeloknya, ajar anak-anak memakan coklat hitam ini untuk kesihatan mereka tetapi jumlahnya perlu terkawal,” katanya.

Sumber:
http://coklatkismisdoa.com/?page_id=13
http://www.papamifz.com/2012/12/banyak-rupanya-kelebihan-coklat.html
http://anizyn.blogspot.com/2009/07/coklat-untuk-kesihatan.html

Khasiat Biji Kurma

Khasiat biji Kurma

Selalunya apabila kita makan buah kurma bijinya akan kita buang. Selepas ini fikirkan dulu sebelum membuang biji kurma. Ini kerana beberapa kajian dan pengalaman dari Negara Arab telah membukti kan bahawa biji kurma mengandungi banyak khasiat.
Berikutnya adalah antara khasiat biji kurma:
1. Biji kurma jika dibakar (goreng tanpa minyak hingga garing jangan hangit) kemudian diserbukkan (blend) campur dengan minyak zaitun Insya Allah boleh menguatkan ubi rambut dan melebatkan rambut.
2. Ekstrak biji kurma jika digunakan sebagai kopi (atau bersama kopi) boleh membanyakkan susu ibu.
3. Serbuk biji kurma jika diperasapkan kepada ibu bersalin sangat baik untuk mengambalikan tempat rahim.
4. Mengurangkan kesakitan sendi (gout).
5. Ekstrak biji kurma atau biji kurma boleh mengurang radang sakit gigi. Letakkan di bahagian yang sakit.
6. Ekstrak biji kurma juga boleh sebagai bahan alternatif bagi koko. Satu kajian telah dijalankan dan membuktikan bahawa ekstrak biji kurma apabila dicampurkan dengan aiskrim responden tidak dapat membezakan antara rasa aiskrim coklat dengan aiskrim kurma.
7. Terdapat banyak testemoni di Negara Arab ekstrak biji kurma dapat membantu mengurangkan diabetes dan mencegah kanser.

Subhannallah al-Azim. Allah Maha Kaya menjadikan setiap sesuatu itu ada hikmah dan faedahnya.

Mudah-mudahan post ini dapat memanfaatkan anda.

Sumber asal dalam bahasa Arab : http://www.facebook.com/suhad.w.jaradat?fref=pymk

Doa hindari Sihir

Askm. Untuk rakan-rakan yang selalu menghadapi masalah sihir, tak sembuh-sembuh atau rasa-rasa ada masalah sihir amalkan amalan ini. Saya kongsi amalan ini Insya Allah mujarrab. Santau pun sama Sila download.

Amalan Atasi Saka

Askm. Saya nak kongsi satu amalan yang mustajab Insya Allah untuk sesiapa yang menghadapi masalah saka. Sila download di link ini. Mudah-mudahan diqabulkan Allah.

Terapi air dapat merawat pelbagai penyakit

Air adalah makhluk Allah yang sangat penting dan utama bagi menjamin kelangsungan hidup. Segala benda yang hidup sama ada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan sangat bergantung kepada air. Tiada air tiadalah hidupan. Hidupan yang hampir mati juga boleh diselamatkan jika mendapat semula air.  Malah semua makhluk yang hidup berasal daripada air. Firman Allah : “Dan Kami ciptakan setiap sesuatu yang hidup daripada air”. Air zam-zam adalah anugerah Allah yang tidak terhingga dikurniakan untuk makhluk-makhluknya. Ia dapat merawat dan menyembuhkan pelbagai penyakit. Kemujarabannya tidak dapat disanggah lagi. Malah para saintis termasuk yang kafir turut mengesahkan kehebatan air zam-zam. Sebenarnya air biasa pun makhluk Allah yang juga boleh memberi dan menyambung kehidupan. Saya nak berkongsi pengalaman saya dengan seorang rakan yang berusaha mengamalkan berbagai jenis ubat-ubatan untuk menurunkan berat badan. Namun dia masih hampa. Saya nasihatkannya agar bebanyak minum air dan teruskan ubat-ubat lain. Setelah 2 bulan saya menemuinya, dia kelihatan berubah agak ketara. Dia hanya minum air suam biasa.  Dia terapikan pengambilan air… minum sikit-sikit tetapi sehari mesti 5-8 liter. Boleh kurus. Malah dia kata darah tingginya pun menurun.

Kini macam2 jenis air dikomersialkan dan kandungan ph nya dan khasita nya mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Mesin-mesin penapis air banyak dihasilkan oleh macam-macam jenis syarikat. Testemoni kesan penggunaan air-air mesin ini telah banyak dikumpul. Penggunaan mesin ini semakin menjadi keperluan kesihatan untuk semua. Saya sendiri pernah membeli dari sebuah syarikat jualan langsung. Boleh tahan juga harganya.

Baru-baru ini saya terbaca pula isu seramik penapis yang dibuat daripada sumber tulang haiwan. Kebanyakkan penapis terutama yang dijual oleh syarikat non-muslim menggunakan seramik jenis ini. Ini amat merunsingkan….takan mereka ambil lembu lepastu sembelih kot untuk ambil tulang. Tentu la mereka ambil tulang tuu yang mudah dan murah mereka dapati. Saya sanggup tukar dan beli penapis air baru kalau macam ni. Alhamdulillah kelmarin terjumpa info online tentang satu produk orang islam tempatan yang berkualiti yang menggunakan bahan alternatif dari tempurung kelapa. Air yang dihasilkan disahkan phnya hampir-hampir menyamai air zam-zam. Apa lagi saudara-saudari jom lar kita tukar penapis air kita ke yang lebih baik dan suci. Gunakan tanpa was-was. Yang paling bestnya harga penapis airnya sangat murah hanya RM750. Biasanya penapis-penapis air kesihatan ini harganya RM1000 -Rm3000. Produk-produknya pun banyak semuanya suci dan halal. Malah berkualiti. Sambil-sambil tu boleh jana side income secara online sebab ada group yang memasarkan produk secara online.

Jom lah join jadi ahli atau pengguna. Kita sokong produk muslim.

klik sini klik sini klik sini

Tips Atasi Masalah Anak Kencing malam

Masalah kencing malam merupakan perkara biasa. Seeloknya anak kita di ajar membuang air kecil seawal yang boleh supaya mereka tahu mengurus diri. Biar saya berkongsi tips sikit dengan anda :

1. Setiap malam disiplinkan anak anda untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur.

2. Jika di siang hari, ingatkan anak anda untuk membuang air 2 atau 3 jam sekali.

3.Biasakan setiap malam dengan mengejutkan anak anda untuk buang air kecil supaya mereka biasa.

4.Beri penghargaan. Setiap kali anak anda bangun tilam tidak basah, pujilah sikit supaya mereka rasa bangga.

5. Ajarkan anak anda kenapa mereka tidak boleh kencing tilam. Ajar tentang hukum najis, kebersihan, kuman yang senang membiak, tilam yang berbau dan sebagainya.

6. Alas atau lapik tilam dengan plastik atau pad yang lebar dan selalu di gunakan di hospital. (Hehe.. saya ambil banner rentang yang dah expired kat tepi2 jalan je. Cari yang berkualiti dan tak keras sangat).

7. Sebelum tidur, pastikan mereka mandi petang dan membasuh kaki sebelum tidur. Pakai pakaian yang bersih dan harum.

8. Berikan mereka kasih sayang sebelum tidur. Belai, peluk, bercerita atau temani mereka sehingga tidur.

9. Doa. Ajarkan mereka berdoa sebelum tidur. Ibubapa juga perlu berdoa untuk mereka.

Jika kita membiasakan anak kita dengan lebih awal, maka lebih awal masalah ini dapat diatasi.

Sebenarnya anak-anak kencing tempat tidur  puncanya secara tak langsung adalah ibubapa. Jadi jangan salahkan atau marahkan mereka. Marah diri sendiri dan betulkan keadaan.

Pakar-pakar psikologi mengatakan mereka berbuat begitu kerana sikap keras ibubapa terhadap mereka. Mereka menzahirkan protes secara tak sedar kerana mereka kecil dan tak dapat melawan. Kencing tanpa sedar ini berlaku selain sebagai protes ia juga kerana mereka hendak mendapat perhatian dan kasih sayang yang pada mereka belum cukup.   Jadi ciptakan kebahagiaan dalam suasana hidup mereka.  Tips 7-9 sesuai untuk tujuan ini. Luangkan lagi masa hanya 5 minit sebelum mereka tidur. Sekian. Cuba la.

 

DOWNLOAD Doa dan Amalan Mohon Anak Soleh

Petua : Kelebihan Mandi

Menurunkan Paras Gula.
Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Untuk Kesihatan Jantung

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20minit.
Meredakan Stress

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan Penyakit Kulit

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam
air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Menyembuhkan Selesema Dan Sakit Kepala

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Menyelesaikan Masalah Insomnia

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Drp: Fendi Bakti.

http://azharibinhamzah.blogspot.com/

Baca lagi petua-petua kesihatan….

Petua Kesihatan – Khasiat Pisang

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan
glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga
kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah
dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk
senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama
kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat
sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit,
menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap
pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih
selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu
sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang
menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan
kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang
terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh
mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal
pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu
dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam
rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa
peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan,
rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi
kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan
menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan
membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan
perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam
darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula
memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika
anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk
pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas
gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah
berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi
pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek.
Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit
obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk
mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah
dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk
mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan
tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai
peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak
menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan
suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand
sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi
yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya
pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini
kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6,
B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat
membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan
degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan menstabilkan tekanan darah.

http://mypbm.org/aspati-cms/blogs.php?lng=my

Petua Rawat Sakit Gout

Semalam saya ke farmasi beli ubat saraf sebab pergelangan tangan saya sakit sejak sebulan. Dah diurut tak baik juga. Mak saya nasihatkan saya beli aje ubat saraf kat farmasi sebab sepupu saya sebelum ni sakit urat juga dia mengurut tak mau baik. Selepas makan ubat dari farmasi ok. Dah tahan sakit susah nak buat kerja, saya cuba la. Tapi juru farmasi tu pesan kalau tak ok juga mungkin ia masalah gout.
Saya pun teringat seorang kawan saya yang pernah kena gout, saya sms dia tanya dia sembuh dengan apa. Ini antara petua yang dia beri: Ambil habbatus sauda (jintan hitam) dan minum air bebanyak. Dia kata minum madu campur bawang putih pun boleh juga. Anggota gout elok dibalut dengan tanah liat campur campur kapur kerang menggunakan kain. Itu antara petua-petuanya. Namun saya harap masalah saya bukan gout la. Maklumat ni untuk stanby ajer. Namun untuk sesiapa yang memerlukan boleh cuba. Insya Allah boleh sembuh seperti kawan saya tu.

Ni… saya copy and paste info bagus tentang gout dari banjarblog dipost oleh hassanmarshad:

Baca sampai habis !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
BERHATI-HATI …KALAU MAKAN KACANG GORENG; JERUK , ROTI CANAI , DURIAN dsb…
nanti kena gout… bagaimana pun.. insya-Allah anda boleh pulih.. ikuti artikel ini..
Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia . Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.
Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.
Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi . Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang ( kidney failure ).
Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.
Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.
Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, aia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis langsung tidak munasabah.
Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkan selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout.. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.
Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak.

Tips Kurangkan Stress Di Pejabat

RAMAI di antara kita akan mengalami ketegangan pada bahagian leher, bahu serta pinggang semasa atau selepas duduk lama di pejabat atau menggunakan komputer. Ketegangan ini biasanya disebabkan oleh otot-otot di bahagian leher, bahu serta pinggang bekerja atau berkontraksi secara statik (isometric contraction) dalam jangkamasa yang panjang.

Keadaan ini berlaku ketika melakukan kerja-kerja pejabat terutama jika bekerja dalam keadaan statik melebihi satu hingga dua jam dalam satu-satu masa.

Kontraksi statik otot-otot ini akan menyebabkan gangguan bekalan darah bernutrien dan beroksigen ke bahagian otak serta bahagian anggota pinggiran badan seperti tangan dan kaki.

Gangguan bekalan darah ini menyebabkan permintaan keperluan metabolisma sel meningkat, pengurangan sumber tenaga melalui proses metabolisma sel-sel, pengumpulan toksin hasil metabolisma sel serta menyebabkan sistem saraf kita lebih sensitif terhadap rangsang toksin.

Ini menyebabkan lebih lama anda mengekalkan kedudukan statik maka akan lebih tegang serta sakit yang akan anda alami pada bahagian otot leher, bahu serta pinggang.

Kontraksi statik otot di bahagian leher dan bahu yang lama akan menyebabkan kita berasa :

Pening dan sakit kepala

Ketegangan serta sakit leher serta bahu

Ketegangan serta sakit otot di antara tulang belikat

Kebas dari bahu hingga ke hujung jari

Kelemahan otot bahagian leher, bahu serta tangan sehingga kita merasa tangan kita amat berat untuk menulis atau menaip

Ini juga boleh dialami pada bahagian pinggang:

Ketegangan dan sakit otot di bahagian sendi pinggul serta punggung

Kebas dari punggung hingga ke hujung jari kaki

Kelemahan otot sekitar sendi pinggul, punggung serta kaki sehingga kita merasa kaki kita amat berat untuk berdiri atau berjalan

Kesukaran untuk menundukkan badan apabila hendak mengambil sesuatu yang terjatuh di atas lantai

Selain pengambilan ubat penahan sakit (analgesic) atau ubat bagi mengurangkan ketegangan otot (muscle relaxant) daripada pegawai perubatan, teknik senaman dari ahli fisioterapi juga boleh dilakukan bagi mengurang dan mengelakkan keadaan ini berlaku pada anda semasa bekerja di pejabat.

Senaman regangan ini selain membantu memperbaiki postur badan, penjagaan badan (body awareness), meningkatkan koordinasi badan.

Ia juga dapat meningkatkan pengaliran darah, meningkatkan tenaga, menggalakkan relaksasi serta mengurangkan stres.

Tip senaman berikut boleh diamalkan jika sekiranya anda terpaksa melakukan kerja pejabat dalam satu tempoh yang lama:

Sentiasa bergerak bebas selepas setiap jam bekerja dengan mengubah posisi duduk, berdiri atau berjalan selama 1 – 5 minit

Minum air suam atau air mineral yang secukupnya kerana ia membantu badan menyingkirkan toksin dan membantu mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh badan

Melakukan senaman pernafasan dengan menarik dan menghembus nafas secara perlahan 5 – 10 kali kerana ia membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan pengaliran darah bernutrien dan beroksigen.

Sumber : Utusan Malaysia/Kesihatan 06/10/2009

Baca kaitan pisang dengan stress!