Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon-calon Ijazah Pertama (Pendidikan) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ambilan Nov/Dis 2010 dan ambilan Sept 2011 untuk mendapatkan Biasiswa Perguruan Persekutuan di bawah KPM.
Syarat-Syarat Permohonan
1.
Calon mestilah Warganegara Malaysia;
2.
Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2012;
3.
Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
4.
Calon telah menerima surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi mengikuti Program Ijazah Pertama dalam bidang Pendidikan kemasukan November / Disember 2010 / 2011 atau semester 1 2011 / 2012;
5.
Calon perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 ke atas bagi keputusan peperiksaan semester terkiniuntuk memohon;
6.
Calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK). Calon yang lulus INSAK akan dipanggil untuk temuduga; (Kalau nak latihtubi INSAK klik sini)
7.
Calon yang berjaya ditawarkan biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan sedia ada;
8.
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tidak layak memohon.
Senarai bidang/kursus pengajian yang ditaja adalah seperti berikut:
BIL
BIDANG
KURSUS
1
BAHASA ARAB
PENDIDIKAN BAHASA ARAB
2
BAHASA CINA
PENDIDIKAN BAHASA CINA
3
BAHASA TAMIL
PENDIDIKAN BAHASA TAMIL
PENDIDIKAN SEJARAH
PENDIDIKAN SEJARAH
JASMANI & KESIHATAN
PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN
SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI
LITERASI KOMPUTER
PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
PENGATURCARAAN KOMPUTER
PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN KOMPUTER)
9
KEMAHIRAN HIDUP
PENDIDIKAN EKONOMI RUMAH TANGGA
PENDIDIKAN SAINS PERTANIAN
PENDIDIKAN PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN
10
PENDIDIKAN KHAS
PENDIDIKAN KHAS
11
VOKASIONAL
AMALAN BENGKEL DAN MESIN (PENDIDIKAN)
KIMPALAN (PENDIDIKAN)
AUTOMOTIF (PENDIDIKAN)
PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA (PENDIDIKAN)
Permohonan
Permohonan dibuat secara atas talian / online melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di URL http://apps.moe.gov.my/ijazah1/
Tawaran dibuka mulai 2 April 2012 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2012.
_____________________________
Urusan Penajaan Kewangan Pelajar
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Malaya
Filed under: PEKERJAAN, PENDIDIKAN, PERGURUAN | Tagged: cari kerja, kerja cikgu, kplspm, nak jadi guru, Tawaran guru, tawaran perguruan | Leave a comment »