Semakan Keputusan Penilaian Tahap Kecekapan

Kepada pegawai-pegawai kerajaan yang telah menduduki Penilaian Tahap Kecekapan Ogos 2009 lepas boleh menyemak keputusan PTK melalui talian online berikut:

http://www.kompetensi.jpa.gov.my

Perhatian:

– Semakan  keputusan PTK melalui portal JPA hanyalah untuk

keputusan PTK pegawai perkhimatan Gunasama di bawah Ketua Pengarah Perkhimatan Awam (KPPA) iaitu klasifikasi perkhimatan

M, N, F, J, W dan S sahaja.

– Bagi pegawai lain yang bukan perkhidmatan Gunasama di bawah

KPPA semakan keputusan PTK boleh dibuat melalui Ketua Jabatan

masing-masing.

Bagi para guru anda boleh menyemak keputusan anda di talian online berikut:

http://www.mpm.edu.my/ptk/loginfrm.aspx

atau melalui SMS taip PTK <No. KP baru> dan hantar ke 39003

Kepada yang berjaya Tahniah dan yang belum mencapai sasaran,

jangan berputus asa. Usaha lagi di siri akan datang. Kalau dah rezeki

takkan ke mana.

Petua : Kelebihan Mandi

Menurunkan Paras Gula.
Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Untuk Kesihatan Jantung

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20minit.
Meredakan Stress

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan Penyakit Kulit

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam
air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Menyembuhkan Selesema Dan Sakit Kepala

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Menyelesaikan Masalah Insomnia

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Drp: Fendi Bakti.

http://azharibinhamzah.blogspot.com/

Baca lagi petua-petua kesihatan….

Panduan Solat Istikharah

Photobucket

Definisi
Istikharah adalah perkataan Arab yang berasal daripada kata dasar ‘khayara’. Daripada kata inilah terbitnya juga perkataan ikhtiar yang bermaksud pilihan. Apabila ditambah huruf hamzah wasl, sin dan ta di hadapan perkataan ini yang menjadikan ianya disebut istakhara, maka ia bermaksud meminta pilihan. Seperti perkataan ‘ghafara’ yang bermaksud ampun, apabila ia menjadi perkataan istighfar maka ia bermaksud meminta keampunan.

Perkataan ‘khairun’ berasal daripada kata dasar (khayara) inilah juga. Ianya bermaksud pilihan yang terbaik. Dalam azan solat subuh ada lafaz ‘al-solah khairun min al-naum’ bermaksud solat itu lebih baik daripada tidur. Iaitu pada waktu itu terdapat dua pilihan antara tidur dan bangun mendirikan solat, maka lafaz azan yang mengandungi perkataan ‘khairun’ itu memberikan penegasan bahawa antara keduanya itu, solatlah yang terlebih baik.

Jadi solat istikharah itu didefiniskan sebagai solat yang dilakukan semata-mata kerana ingin mendapat petunjuk Allah (melalui solat) kerana kita berhadapan dengan dua atau pelbagai pilihan. Kerana hanya Allah SWT yang amat mengetahui perkara-perkara yang terbaik dan apa yang baik untuk diri kita sebagai hambaNya. Maka sepatutnyalah kita mengadu dan memohon agar Allah membantu dalam membuat pilihan.

Kamus Dewan Ed. Keempat (2007) menjelaskan solat istikharah bermaksud: sembahyang untuk memohon pedoman daripada Allah bagi memilih jalan yang lebih baik antara dua pilihan. Manakala dalam laman wikipedia
Solat Sunat Istikharah ditafsirkan sebagai “solat sunat yang didirikan untuk meminta petunjuk yang baik, apabila kita menghadapi dua pilihan, atau ragu-ragu dalam mengambil keputusan. Oleh itu kita memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik”.

Syariat
Solat Istikharah ini adalah salah satu daripada syariat (Ajaran) Islam. Ia disandarkan kepada beberapa hadis daripada Rasulullah SAW. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh kedua-dua iman Bukhari dan Muslim daripada Jabir ra bahawa Rasulullah SAW mengajarkan kami solat istikharah. Sabdanya “Apabila kamu dilanda kekusutan terhadap sesuatu, maka hendaklah dikerjakan solat dua rakaat kemudian berdoa” Dengan doa yang akan disebutkan di bawah ini insyaAllah.

Solat ini hukumnya adalah sunat. Ia boleh dilakukan bagi memohon petunjuk Allah atas perkara-perkara harus yang menjadi kesamaran kepada umat Islam untuk membuat pilihan. Maksudnya di sini ialah, tidak boleh dilakukan solat sunat istikharah ke atas perkara wajib seperti untuk persoalan adakah perlu aku tunaikan zakat? Haji? Mengenakan tudung (pakaian menutup aurat)? dan lain-lain yang diketahui ia sebagai tuntutan wajib ke atas umat Islam.

Begitu juga tidak boleh dilakukan solat istikharah atas perkara-perkara yang telah nyata haram. Seperti keinginan untuk membuat pinjaman ataupun tidak dengan AhLong yang jelas melibatkan amalan riba, ataupun sama ada ingin melayan atau tidak mengendahkan permintaan rasuah daripada orang yang meluluskan sesuatu perkara/projek dan sebagainya. Sepatutnya mereka terus sahaja tidak membuat pinjaman AhLong yang melibatkan riba dan tidak memberi rasuah. Tidak ada ruang untuk beristikharah dalam perkara berkenaan lagi.

Sebaliknya solat istikharah itu dituntut atas perkara-perkara yang harus seperti ingin memilih jodoh, menerima pinangan, atau membuat pilihan di antara dua atau lebih tawaran pekerjaan halal, atau membuat pilihan sama ada ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sesuai, dalam negeri atau luar negeri dan sebagainya.

Cara solat
Kaifiyat atau cara-cara mengerjakan solat sunat Istikharah ini sama seperti solat-solat sunat yang lain. Ia dikerjakan sebanyak dua rakaat berdasarkan kepada hadis sahih di atas. Imam al-Nawawi (1993:157) mencatatkan bahawa solat sunat ini terlaksana sama ada apabila seseorang mengerjakan solat rawatib (qabliyah atau ba’diyah) selepas solat fardhu, solat sunat tahiyatul masjid atau solat-solat sunat yang lain. Yang membezakannya adalah doa yang dibaca selepas solat itu. Sekiranya ia membaca doa istikharat (yang akan disebutkan di bawah) maka solat yang dikerjakan itu dikira sebagai solat sunat istikharah.

Kebanyakkan ulama mengkuhuskan solat sunat yang lain daripada solat rawatib dan sebagainya sebagai solat Istikharah. Maksudnya, ia adalah solat yang khusus untuk beristikharah, dengan niatnya yang khusus bahawa ia akan mengerjakan solat istikharah. Seperti niatnya ’sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala”. Mereka juga ada menentukan masa seperti selepas tengah malam atau sebelum subuh bagi mengerjakan solat ini.

Bagi ana, solat sunat Istikharah ini boleh dilakukan sama ada secara bersama dengan solat-solat sunat yang lain, pada waktu-waktu kebiasaan seseorang melakukan solat sunat. Selepas atau sebelum solat fardhu. Contohnya bagi mereka yang datang awal ke masjid, selepas azan zohor, mereka biasa melakukan solat qabliyah zohor, jadi diniatkan untuk beristikharah (baca doa istikharah) selepas solat tersebut. Sejurus selepas solat, ia berdoa dengan doa istikharah maka insyaAllah, ia akan memperolehi pahala solat qabliyah dan solat istikharah secara sekaligus seperti pahala puasa syawal bagi mereka yang melakukan puasa qadha.

Ataupun anda boleh memilih sama ada ingin memperuntukkan waktu yang khusus bagi solat ini pada waktu-waktu yang selesa bagi anda untuk mengerjakannya. Yang penting adalah keikhlasan dan penyerahan diri kepada Allah SWT secara sepenuhnya (sama ada kita berada dalam kesenangan mahupun waktu-waktu sukar dan mencabar).

Bacaan surah dalam solat istikharah sebagaimana yang dicatatkan oleh Imam al-Nawawi adalah, pada rakaat pertama dibaca surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua pula surah al-ikhlas. Kedua-duanya dibaca selepas bacaan surah al-Fatihah. Anda boleh membaca surah-surah berkenaan sekali sahaja atau diulang sebanyak tiga kali mengikut keselesaan dan keikhlasan anda sendiri.

Doa
Berikut disertakan doa istikharah sebagaimana yang dicatakan dalam buku al-azkar karang Imam al-Nawawi ra:

Maksud: Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu, dan aku meminta dengan Kudrat dan kekuasaanMu, dan aku bermohon dengan kurniaanMu yang Maha Agung, sesungguhnya Engkaulah yang menentukan segala sesuatu bukanlah diriku ini penentu, dan Engkaulah yang Maha Mengetahui sedang diriku tidak mengetahui, dan Engkaulah sahaja yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, sekiranya Engkau ketahui perkara ini lebih baik buatku, untuk agamaku, kehidupanku dan segala urusanku di dunia dan di akhirat, maka engkau tentukanlah ia untukku, dan permudahkanlah segala urusannya untukku, kemudian engkau berkatilah daku padanya. Namun sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah tidak baik bagiku, untuk agamaku, kehidupanku dan segala urusanku di dunia dan akhirat, maka engkau jauhilah ia daripadaku, dan engkau jauhilah daku daripadanya, sebaliknya engkau tukarkanlah ia dengan ketentuan yang lebih baik untukku di mana-mana, kemudian engkau redha akan daku dengannya pula, wahai tuhan yang maha pemberi rahmat.

Cara berdoa
1. Memulakan dengan puji-pujian kepada Allah
2. Selawat ke atas Rasulullah SAW, keluarganya, sahabatnya dan para pengikutnya
3. Bacaan doa di atas
4. Menyebut perkara yang dihajati (berada dalam kesamaran)
5. Selawat ke atas Rasulullah SAW, keluarganya, sahabatnya dan para pengikutnya
6. Diakhiri dengan puji-pujian kepada Allah SWT.

Semoga mendapat rahmat, pertolongan daripada Allah atas segala niat dan tindakan yang bakal kita ambil. Yang terlebih penting agar ruh agama dan syariat Islam sentiasa segar bak darah yang mengalir dalam diri dan kita tidak terpisah daripadanya melainkan melalui kematian. Firman Allah (Ali Imran:102) “dan janganlah kamu mati melainkan sebagai orang Islam (yang menyerah diri sepenuhnya kepada Allah). Yakni dengan mengikuti dan mengamalkan setiap ajaran Islam dalam menjalani kehidupan di dunia secara total.

Wallahu aklam.

Rujukan: al-Azkar. 1993. Imam al-Nawawi. Bayrut: Dar al-Khayr. Kamus Dewan Ed.4 (2007) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. al-Mukjam al-Arabi al-Muyassar. 1991. t.tp: Percetakan Larus.

Sumber : http://ibnrajab.wordpress.com/

DOWNLOAD PANDUAN LENGKAP HAJI DAN UMRAH

Hartanah, LRT dan Stesen Keretapi…….

Hello pembaca SaifulSham,

Dahulu saya kerap menulis mengenai hartanah. Ulasan saya banyak memperkatakan mengenai potensi dan kekayaan berganda yang dapat dikaut dalam pelaburan hartanah. Bunyinya mudah jika saya memperkatakan hartanah membolehkan anda meraih keuntungan 100 peratus, 200 peratus, 300 peratus atau lebih!

Wah, indahnya.

Realiti keuntungan tersebut banyak bergantung kepada banyak faktor. Pemilihan lokasi yang tepat, pembangunan kawasan sekitar, dan sebagainya adalah faktor tersebut.

Untuk pengetahuan anda, ada juga orang yang menanggung rugi dalam pelaburan hartanah. Maksud saya, kebanyakan daripada orang yang membuat pelaburan dalam hartanah dengan hasrat untuk menjual kembali atau menyewakannya terpaksa menanggung kerugian.

Baru sahaja semalam saya diberitahu sepupu saya bahawa rumah yang didiaminya sudahpun menjunam nilainya walaupun lokasinya strategik. Berhampiran dengan stesenLRT dan stesen bas. Dan ditengah-tengah Kuala Lumpur. Dibelakang pasaraya besar. Dan kawasan tersebut tidaklah sesak.

Tetapi mengapa harganya menjunam daripada RM300,000 kepada RM 200,000!

Rupa-rupanya, apabila diselidik kembali, kondominium yang didiaminya diurus oleh syarikat yang tidak professional dari segi pengurusan. Apabila kondominium itu tidak diurus dengan baik, maka ia tidak terjaga.

Kawasan nampak usang, tekanan air pun agak rendah, kawasan riadah tidak diurus. Jadi, ini menyebabkan.banyak penghuninya lari (terutama golongan ekspatriat).Selepas beberapa ketika, syarikat tersebut gulung tikar, dan pengurusan diambil alih syarikat lain.

Walaupun begitu, menurut sepupu saya, kondominium tersebut tidak seindah dahulu lagi, dan katanya, adalah tidak mungkin untuk menjualnya dan mengaut keuntungan dalam masa terdekat ini.

Begitulah asam garam dalam pelaburan hartanah. Tidak semesti semuanya indah. Sebenarnya, itulah yang menyebabkan bapa saya tidak melibatkan diri dalam pelaburan hartanah berbentuk fizikal seperti bangunan dan perumahan. Beliau lebih sukakan kepada pembangunan tanah (land developer).

Begitupun, saya mendapat sedikit tips bagi mengelakkan perkara seperti dialami sepupu saya.

Pertama: Hanya membeli hartanah daripada syarikat berkaliber. Selalunya, syarikat yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia boleh dikategorikan sebagai syarikat yang stabil dan baik. Selalunya, mereka akan melantik syarikat pengurusan yang professional bagi menguruskan aset anda.

Jika syarikat hartanah lain, pastikan anda mengkaji pada rekod projeknya yang lepas. Apakah mereka menjaga baik ataupun mereka tidak mengendahkan hartanah tersebut.

Jika itu adalah projek pertama syarikat hartanah tersebut, anda perlu pula melihat latar belakang pengarah dan barisan lembaga pengarah. Kajilah juga dari segi kestabilan kewangan. Itu amat penting kerana ia memberikan gambaran sama ada mereka layak atau tidak untuk menjaga asset anda.

Baiklah, itu sahaja untuk hari ini. Saya amat bergembira jika anda mendapat sesuatu bermanfaat untuk pos hari ini.

Yang penting dalam pelaburan hartanah, jangan gopoh membuat keputusan untuk membeli. Mengikut prinsip bapa saya, tidak mengapa jika hari ini anda terlepas peluang pelaburan yang menarik, kerana dalam industri hartanah, akan sentiasa wujud peluang menarik.

Sumber : http://www.saifulsham.com/?p=484

Bagaimana Nak Buat Duit Dengan File?

Setiap hari berapa banyak file anda download? Saya sendiri kalau lama mengadap internet kadang2 lebih sepuluh file saya download. Ada file pdf, mp3, video, software dan macam2 lagi. Terutama yang diberi percuma, itu la yang saya suka.

Dulu saya hairan juga apabila saya dapati ada file yang yang kandungannya sangat bernilai diberi percuma.  Sekarang saya mula faham ada agenda tersembunyi di samping keikhlasan memberi file2 percuma ni. Sebenarnya ada di kalangan pemilik-pemilik file ni memang ada yang suka berkongsi. Ada juga yang sebenarnya melakukan promosi sama ada domain/nama mereka atau produk-produk mereka. Ada juga yang membuat duit apabila file mereka didownload. Ada juga yang sanggup membayar jika anda mendownload file mereka.

Apa yang saya nak kongsi di sini sekarang ialah mengenai peluang kumpul kredit/duit apabila file kita didownload. Sesiapa yang webnya mempunyai trafik yang tinggi memang berpeluang cerah nak dapat keuntungan melalui program ni.

Di Barat dah lama mereka buat semua ni dan banyak syarikat-syarikat yang menawarkan program ni. Ada yang percuma, ada yang perlu berbayar mengikut pakej-pakej servis. Di Malaysia pun dah mula ada yang menawarkan program ni.

Untuk download file adalah mudah sekali hanya klik pada link dan download bermula. Download file adalah perkara asas yang perlu di ketahui bila mengunakan internet. Sama seperti mengunakan web browser untuk membuka laman – laman web.

Yang paling menarik sekarang adalah penyedia file dapat mendapat sedikit pendapatan sampingan dengan hanya menyediakan file – file komputer percuma untuk di download oleh penguna internet.

Dulu saya banyak perhatikan laman web yang menyediakan file untuk di download secara percuma dan berfikir bagaimana mereka ini mendapat hasil atau sumber kewangan untuk menjaga laman web.

Rupanya mereka ini bukan menyediakan file untuk di download secara percuma tapi mereka mendapat habuan setiap kali file yang mereka sediakan dan sebarkan di download oleh pengguna internet.

Caranya tak pula susah, hanya sediakan sebarang jenis file komputer, upload dan sebarkan kepada pengguna internet.

Setiap kali pengguna internet downlad file tersebut secara percuma ada pihak yang akan memberi imbuhan.

Cara mencari pendapatan yang bijak dan senyap, malah tidak disedari oleh pengguna lain. Untuk yang tak mahir dalam bisnes seperti affiliate marketing ini adalah cara yang baik kalau di
praktikan.

Hanya perlukan imaginasi sahaja dan boleh bermula dengan segera. Saya mencuba sendiri untuk mencipta file – file seperti yang saya selalu dapati di internet dan ianya hanya perlukan masa 10 minit sahaja.

Pendapatan walaupun sikit tapi lama – lama jadi bukit. Hasil pemerhatian yang saya buat pendapatan adalah sekitar RM3.50 – RM35.00 untuk 1000 download. Nilai ini bergantung kepada pihak pembekal perkhidmatan juga, ada yang bayar mahal untuk jumlah download yang sikit dan ada juga yang murah.

Biasanya penyedia file saya perhatikan akan mengunakan 2 atau lebih pembekal perkhidmatan untuk memaksimakan pendapatan mereka.

Kalau anda berminat, anda juga boleh menjadi seorang penyedia file dan menjana pendapatan sampingan dengan masa yang singkat.

Saya fokus pada satu syarikat saja, itu pun setelah saya baca kat forum2, syarikat ni memang bayar apabila duit terkumpul dah layak dituntut. Kalau anda berminat, anda juga boleh menjadi seorang penyedia file dan menjana pendapatan sampingan dengan masa yang singkat.

Tunggu apa lagi jom la mula. Klik Sini Klik Sini

Petua Kesihatan – Khasiat Pisang

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan
glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga
kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah
dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk
senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama
kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat
sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit,
menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap
pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih
selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu
sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang
menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan
kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang
terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh
mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal
pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu
dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam
rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa
peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan,
rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi
kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan
menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan
membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan
perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam
darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula
memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika
anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk
pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas
gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah
berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi
pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek.
Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit
obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk
mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah
dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk
mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan
tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai
peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak
menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan
suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand
sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi
yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya
pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini
kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6,
B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat
membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan
degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan menstabilkan tekanan darah.

http://mypbm.org/aspati-cms/blogs.php?lng=my

Petua Rawat Sakit Gout

Semalam saya ke farmasi beli ubat saraf sebab pergelangan tangan saya sakit sejak sebulan. Dah diurut tak baik juga. Mak saya nasihatkan saya beli aje ubat saraf kat farmasi sebab sepupu saya sebelum ni sakit urat juga dia mengurut tak mau baik. Selepas makan ubat dari farmasi ok. Dah tahan sakit susah nak buat kerja, saya cuba la. Tapi juru farmasi tu pesan kalau tak ok juga mungkin ia masalah gout.
Saya pun teringat seorang kawan saya yang pernah kena gout, saya sms dia tanya dia sembuh dengan apa. Ini antara petua yang dia beri: Ambil habbatus sauda (jintan hitam) dan minum air bebanyak. Dia kata minum madu campur bawang putih pun boleh juga. Anggota gout elok dibalut dengan tanah liat campur campur kapur kerang menggunakan kain. Itu antara petua-petuanya. Namun saya harap masalah saya bukan gout la. Maklumat ni untuk stanby ajer. Namun untuk sesiapa yang memerlukan boleh cuba. Insya Allah boleh sembuh seperti kawan saya tu.

Ni… saya copy and paste info bagus tentang gout dari banjarblog dipost oleh hassanmarshad:

Baca sampai habis !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
BERHATI-HATI …KALAU MAKAN KACANG GORENG; JERUK , ROTI CANAI , DURIAN dsb…
nanti kena gout… bagaimana pun.. insya-Allah anda boleh pulih.. ikuti artikel ini..
Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia . Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.
Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.
Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi . Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang ( kidney failure ).
Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.
Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.
Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, aia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis langsung tidak munasabah.
Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkan selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout.. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.
Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak.

PANDUAN LENGKAP HAJI DAN UMRAH

Definisi Haji:

Hukum dan Dalilnya: Ibadat Haji difardhukan sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan.

Dalil dari al-Quran:

Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
Allah s.w.t telah memfardhukan ibadat Haji pada tahun kesembilan hijrah dan Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah mengerjakan ibadat Haji kecuali Haji Wida’.

Dalil dari hadis:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Islam dibina atas lima rukun.” Baginda s.a.w. menyebut di antaranya ialah ibadat Haji. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak ada ganjaran bagi Ibadat Haji yang mabrur kecuali Syurga.” Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan ibadat Haji dan tidak sekali-kali menyetubuhi isterinya juga tidak melakukan maksiat nescaya dia kembali suci bersih sebagaimana hari dia dilahirkan.” Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Wahai umatku semua, sesungguhnya Allah s.w.t. memfardhukan ibadat haji kepada kamu, oleh itu kamu hendaklah mengerjakan ibadat haji.” Lalu seorang lelaki bertanya Baginda s.a.w.: “Adakah wajib dikerjakan pada setiap tahun, wahai Rasullullah?” Rasulullah s.a.w. hanya diam sehinggalah lelaki tersebut bertanya kali ketiga lantas Baginda s.a.w. menjawab: “Jika aku katakan ya, nescaya kamu wajib mengerjakan pada setiap tahun, oleh itu kerjakanlah ibadat haji ketika kamu berkemampuan.”

Semua imam-imam bersependapat bahawa ibadat Haji adalah fardhu, malah ia adalah rukun Islam kelima dan ia juga fardhu yang perlu dikerjakan secepat mungkin.

Fardu:

Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan dan ia adalah penentu bagi ibadat Haji sama ada sah atau tidak serta tidak wajib membayar Dam apabila meninggalkannya. Fardhu juga dikira sebagai rukun dan syarat. Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji. Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan malah batal Haji jika meninggalkannya. Fardhu juga dikira sebagai rukun Haji.

Perkara-perkara fardu di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:
1- Berihram.
2- Wuquf di Arafah.
3- Tawaf Ifadhah.
4- Bersaie di antara Safa dan Marwah.

Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.

Perkara-perkara wajib didalam Haji:

Wajib: Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan serta wajib membayar Dam jika meninggalnya.

Perkara-perkara wajib di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:

1- Berihram dari Miqat.
2- Wuquf di Arafah.
3- Bermalam di Muzdalifah.
4- Bermalam di Mina.
5- Bercukur atau bergunting rambut dan bercukur adalah afdhal.
6- Melontar setiap Jamrah.
7- Tawaf Wida’

Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.

Perkara-perkara sunat didalam Haji:

Perkara yang digalak mengerjakannya. Orang yang mengerjakannya akan diganjarkan dengan pahala dan orang yang meninggalkannya tidak akan dibalas seksa. Sunat, mandub, mustahab dan tatawwu’ ialah: Beberapa perkataan yang mempunyai pengertian sama.

Perkara-perkara sunat di dalam Haji iaitu:
1- Mandi sunat Ihram.
2- Bertalbiah.
3- Melakukan Tawaf Qudum bagi bagi orang yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran.
4- Bermalam di Mina pada malam Arafah.
5- Berlari-lari anak dan sopan-santun ketika melakukan Tawaf Qudum.

Maklumat selanjutnya: sila baca….. atau download Panduan Lengkap Haji dan Umrah

Tips Kurangkan Stress Di Pejabat

RAMAI di antara kita akan mengalami ketegangan pada bahagian leher, bahu serta pinggang semasa atau selepas duduk lama di pejabat atau menggunakan komputer. Ketegangan ini biasanya disebabkan oleh otot-otot di bahagian leher, bahu serta pinggang bekerja atau berkontraksi secara statik (isometric contraction) dalam jangkamasa yang panjang.

Keadaan ini berlaku ketika melakukan kerja-kerja pejabat terutama jika bekerja dalam keadaan statik melebihi satu hingga dua jam dalam satu-satu masa.

Kontraksi statik otot-otot ini akan menyebabkan gangguan bekalan darah bernutrien dan beroksigen ke bahagian otak serta bahagian anggota pinggiran badan seperti tangan dan kaki.

Gangguan bekalan darah ini menyebabkan permintaan keperluan metabolisma sel meningkat, pengurangan sumber tenaga melalui proses metabolisma sel-sel, pengumpulan toksin hasil metabolisma sel serta menyebabkan sistem saraf kita lebih sensitif terhadap rangsang toksin.

Ini menyebabkan lebih lama anda mengekalkan kedudukan statik maka akan lebih tegang serta sakit yang akan anda alami pada bahagian otot leher, bahu serta pinggang.

Kontraksi statik otot di bahagian leher dan bahu yang lama akan menyebabkan kita berasa :

Pening dan sakit kepala

Ketegangan serta sakit leher serta bahu

Ketegangan serta sakit otot di antara tulang belikat

Kebas dari bahu hingga ke hujung jari

Kelemahan otot bahagian leher, bahu serta tangan sehingga kita merasa tangan kita amat berat untuk menulis atau menaip

Ini juga boleh dialami pada bahagian pinggang:

Ketegangan dan sakit otot di bahagian sendi pinggul serta punggung

Kebas dari punggung hingga ke hujung jari kaki

Kelemahan otot sekitar sendi pinggul, punggung serta kaki sehingga kita merasa kaki kita amat berat untuk berdiri atau berjalan

Kesukaran untuk menundukkan badan apabila hendak mengambil sesuatu yang terjatuh di atas lantai

Selain pengambilan ubat penahan sakit (analgesic) atau ubat bagi mengurangkan ketegangan otot (muscle relaxant) daripada pegawai perubatan, teknik senaman dari ahli fisioterapi juga boleh dilakukan bagi mengurang dan mengelakkan keadaan ini berlaku pada anda semasa bekerja di pejabat.

Senaman regangan ini selain membantu memperbaiki postur badan, penjagaan badan (body awareness), meningkatkan koordinasi badan.

Ia juga dapat meningkatkan pengaliran darah, meningkatkan tenaga, menggalakkan relaksasi serta mengurangkan stres.

Tip senaman berikut boleh diamalkan jika sekiranya anda terpaksa melakukan kerja pejabat dalam satu tempoh yang lama:

Sentiasa bergerak bebas selepas setiap jam bekerja dengan mengubah posisi duduk, berdiri atau berjalan selama 1 – 5 minit

Minum air suam atau air mineral yang secukupnya kerana ia membantu badan menyingkirkan toksin dan membantu mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh badan

Melakukan senaman pernafasan dengan menarik dan menghembus nafas secara perlahan 5 – 10 kali kerana ia membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan pengaliran darah bernutrien dan beroksigen.

Sumber : Utusan Malaysia/Kesihatan 06/10/2009

Baca kaitan pisang dengan stress!

Tips Pelaburan Paling Menguntungkan

IKLAN GETPAY2CLICK

Mengenai financial planning, orang kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu-ragu sikit sebab apa yang aku tahu, pakar-pakar ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yang teruk yang boleh menghancurkan ekonomi kapitalis. Mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yang kukuh untuk menyokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yang merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi.

Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dalam bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr Mahathir, beliau berkata perkara ini pasti akan terjadi dalam masa terdekat, 5 tahun, tapi perkara ini tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung Umno. Dia ni Kristian Katolik yang anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan-kenyataan oleh penasihat-penasihat Bush, professor di Havard dan Oxford, orang-orang kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mereka berkata bahawa system ekonomi kapitalis akan runtuh, keadaan dunia akan menjadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia yang berlaku dalam tahun 1930. Beliau masih rapat dengan Tun Dr Mahathir dan beliau juga merupakan pemulis buku bertajuk “FUTURE FASTFOWARD”.

Aku juga jumpa Umar Vadillo yang terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji sistem kapitalis. Aku pernah mewawancara beliau di Hotel Prince, KL semasa beliau datang untuk mengadakan perjumpaan dengan Tun Dr Mahathir. Beliau berkata sistem kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi orang sekarang beli duit emas yang dikeluarkan oleh syarikatnya yang beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Beliau juga berkata, orang Malaysia yang paling banyak simpan duit emas dalam akaun syarikatnya ialah Dr Mahathir dan Pak Lah. Maknanya Dr Mahathir dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran sistem kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada menulis buku mengenai masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dalam bank. Duit kertas yang kita simpan dibawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ini tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku membaca penerangannya mengenai “money creation” oleh bank.

Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. Berita Harian, Utusan, The Star, NST. Akhbar kita hanya memetik sebijik-sebijik laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul. Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar-akhbar eksklusif untuk geng-geng Zionis seperti Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, dan sebagainya. Kesemua akhbar ini boleh diaccess melalui internet. Media macam ini dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudiannya membuat research sikit-sikit pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. Tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)

2. Emas dan perak – Mengejutkan, sekarang ini emaslah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dengan duit kertas. Harus diingat geng-geng Zionis itulah juga yang memiliki bank. (Sila rujuk buku-buku atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank.

Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yang menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA-RENCANA VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC “THE DEATH OF MONEY) Yang bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air ‘Sea of Galilee’ (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda-tanda akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Timur Tengah dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era “haus kerana tidak ada air” dan “bergelap kerana tiada minyak” menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku menghadiri seminar nuklear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun berkata minyak dalam bumi ini hanya bertahan untuk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, “Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?” Dia jawab, “no comment. You kena tanya menteri.” Aku call pejabat menteri, menteri pulak pergiUS. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuklear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yang juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr Mahathir. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dalam bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yang dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. ‘I don’t keep money,” macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran sistem ekonomi kapitalis nanti.

Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dapat tahu apa erti kekayaan yang sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, AS sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar AS dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana-rencana mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

1. MD IMF, Rodrigo de Rato, “We believe such a large imbalance of growing indebtedness
by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy.

2. Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas “over time there is only one
direction for the dollar to go – lower”.

3. Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : “we view them as TIME BOMBS
both for the parties that deal in them and the economic system.”

4. Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, “we have a 75% chance
of a crisis within 5 years”.

Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulanglah.

Wallahualam.

Sumber : http://www.beliemas.blogspot.com/

Jika anda mahu selamatkan ekonomi anda tukarkan segera simpanan/pelaburanwang kertas anda kepada PELABURAN EMAS. Tak tahu bagaimana caranya?Jangan bimbang, seorang rakan saya yang pakar dalam bidang ini sudi berkongsi kejayaannya dengan kita. Malah beliau akan mengajar kita bagaimana mahu mulakan pelaburan emas dengan betul dan selamat.

Dapatkan infonya sekarang: klik sini klik sini

Beli buku panduan : Pelaburan Emas Sekarang