PELABURAN EMAS YANG PASTI UNTUNG!!!

PELABURAN EMAS
Assalamualaikum. Sekarang harga emas sedang jatuh, apa kita perlu buat?
Apalagi beli lah stok emas banyak-banyak sebab emas macam barang2 runcit lain bila harga murah tentulah kita beli banyak-banyak. Cuma emas ada nilai pajak. Yang ni lar point saya buat bonus untuk diri sendiri tiap-tiap kali harga emas jatuh. He he macammana? Senang aje pajak lar semua rezab emas yang ada tak kira yang bar ka syiling ka atau barang kemas semuanya boleh dapat nilai pajak hingga 70% nilai tunai dari harga emas semasa. (Sekarang bar dan syiling tak boleh lagi pajak) Ambil duit pajak tu beli lar emas masa tengah murah (kalau merudum lagi terbaikk)…. kalau dapat dalam 100g pun alhamdulillah. Biasanya kalau emas merudum dia akan naik balik, biasanya paling lewat 3@4 bulan. Cuba study graf ni sejak 2000 hingga jan 2013 :

Sejarah emas dah memang macam tu kalau jatuh dia mesti naik balik…. takda pun yang tak naik langsung dalam tempoh 6 bulan sejak julai 2005. Betul tak? So kalau boleh selagi harga emas tak naik dan masih jatuh ulang la pajak… sampai banyak mana larat tunggu kat ar-rahnu… ala sewa pajak hanya 70 atau 75 sen ajer sebulan per segram emas. Bila harga emas dah naik melambung apa lagi jual dan ulang tebus semua sehingga dapat balik emas rezab jangan lar jual emas rezab tahun depan nak main apa? Lepas tu kira untung (Contoh kalau beli emas GSR semasa jatuh RM144/1g jual bila dah naik melambung… contoh bila capai harga beli balik GSR RM174 ker… maknanya setiap gram untung RM30. Kalau emas yang kita ulang2 pajak tu berjumlah 100 gram. Berapa jadinya? Tak RM3000??? Kalau sekilo tak boleh beli kereta sebuah? Ayoo itu macam ka??? Ya lar tapi kena tolak lah kos sewa simpan RM0.70 per gram sebulan (kira RM70 sebulan kalau 100g). Kadang2 belum sebulan dah melambung seperti (lihat graf) pada Dis 2011 dan Jan 2012. Kalau tak naik camne??? (Sebab tu saya sarankan beli untuk pusingan kedua dan seterusnya syiling, jongkong atau bar. Sebab spreadnya kecil dan turun naiknya jelas dan kerap. (Cuba buat carian kat uncle google (harga kijang emas) pastu klik info BNM. LIHAt REKOD HARGA JUAL DAN BELI KIJANG SEJAK (CONTOH Jun – sep 2013). Berapa kali jual beli dah boelh buat? OK tak? Kan lepas duit sewa tu…

So kalau meyakinkan dan nak ikut cara simple saya ni jom beli. Kat mana dan macammana saya beli ??? Saya ada beberapa tempat untuk beli emas ni… Cuma untuk online saya beli emas Gold Silver Resources Sdn Bhd yang lebih dikenali sebagai GSR, ada menawarkan pembelian secara online. Jika anda berminat untuk membeli produk GSR seperti silver bar dan syiling anda boleh berbuat demikian dengan hanya duduk di depan komputer anda sahaja. Boleh percaya ka selamat ka? Siapa yang percaya kan saya dan biasa menjadi subscriber dan pernah melanggan produk e-panduan jangan tunggu lagi sebab saya serius melakukan biz online ni … Saya sendiri memang biasa beli sehingga RM15k dan rakan saya dah beli sehingga RM50,000.00 syarikat pos sebanyak 3 kali dan semuanya selamat sampai. Alhamdulillah. Syarikat Islam yang amanah.

Bagaimana untuk membeli secara online? Caranya seperti di bawah ini.
1.Daftar sebagai member secara PERCUMA di sini (SILA KLIK)
2.Dapatkan email pengesahan.
3.Login menggunakan user id dan password yang telah anda daftar.
4.Apabila anda telah masuk ke akaun anda, anda klik kepada Make Purchase.
5.Buat pilihan barangan yang anda inginkan.
6.Klik pada butang Beli.
7.Anda perlu buat bayaran mengikut kepada invoice yang dikeluarkan dalam masa 24 jam. Pembayaran boleh dilakukan menggunakan CIMB akaun atau Maybank.
8.Pihak syarikat akan menghubungi anda untuk mengesahkan alamat dalam masa 24 jam hari bekerja.

Jika anda mahu membeli emas GSR yang murah ini dengan harga yang lebih murah daftar sebagai ahli dan jadi egen dengan mengisi borang berikut : KLIK untuk download borang ini. Ikuti langkah-langkah berikut:
1. Print dan isi borang tersebut dengan lengkap (tidak perlu tandatangan sebab digital).
2. Buat pembayaran yuran keahlian sebanyak RM1000.00 ke akaun Maybank GSR atau CIMB GSR (akan dikemaskini).
3. Faks borang ke Fax: +603-5523 0824 @ emailkan borang ke admin@gsr2u.com.my / Emailkan ke penaja anda (Saya) haba08@gmail.com. anda akan mendapat hadiah istimewa daripada saya sekeping bar perak dan Panduan Pelaburan Emas Yang PASTI Untung.
4. Buat panggilan telefon ke no. ini : +603-5523 0840 maklumkan kepada syarikat secara lisan.
5. Tunggu kit keahlian anda sampai di pintu rumah anda melalui pos dalam tempoh 48 jam. In Sya Allah.

Bagaimana Nak Buat Pelaburan PERAK / SILVER

Askm. Kali saya nak kongsi satu peluang pelaburan yang sangat berpotensi mengatasi pelaburan emas dan ASB iaitu pelaburan Bullin Perak. Bila saya berbual dengan kawan-kawan semuanya berminat… tapi timbul banyak persoalan tentang pelaburan ni. So berikut adalah 10 soalan lazim yang biasa timbul… Semoga anda yang membaca dapat ambil manfaat dan buat TINDAKAN… bangunkan ekonomi UMMAH…

10 Soalan lazim dan jawapan…

1. Nak beli kat mana?
Dengan kuantiti yang kecil, bullion perak boleh dibeli di Group Facebook “Silver Lot Shop”
Ia juga boleh dibeli di authorised dealer Pamp dan agen Public Silver

2. Nak jual balik kat mana?
Jika anda membeli pada agen Public Silver, anda boleh menjualkan silver bar kembali kepada agen tersebut.
Secara alternatif, anda boleh jual balik kepada kenalan anda atau iklankan di Group Facebook “Silver Lot Shop” kerana ramai peminat silver berurusniaga di situ

3. Untung ke simpan silver?
Harga Silver telah meningkat 8x ganda sejak 2002 dan lebih 120% dalam tempoh satu tahun (2010-2011)

4. Berapa harga silver sekarang?
Harga silver berubah dari masa ke semasa. Anda boleh periksa harga silver di nubex.com.my atau http://www.kitcosilver.com/

5. Brand/jenis keluaran mana yang bagus??
Jenama premium rendah : Morgan, Silvertowne, Sunshine, Pamp Suisse 1 kg (amat bagus untuk permulaan)
Jenama premium tinggi : Silver Eagle, Maple Leaf, Philharmonics (amat bagus untuk long term)

6. Apa itu bullion?
Bullion ialah terma yang bermaksud silver bar atau silver syiling

7. Kenapa harga silver bar atau coin bukan pada spot price?
Ini kerana kos tempaan yang perlu diambil kira untuk mendapat produk bullion itu sendiri. Perbezaan harga bullion dan harga spot dinamakan premium

8. Betul ke silver boleh naik sampai USD200/oz?
Pada bull market 1960-1980, silver meningkat 50x ganda
Pada 2002 – 2011, harga silver telah meningkat kepada 8x ganda (harga semasa dalam lingkungan $42)
Harga silver ada 5x ganda ruang untuk naik. Jadi 42 x 5 adalah lebih kurang $220

9. Kenapa % kenaikan harga silver lagi tinggi berbanding emas?
Oleh kerana permintaan pelaburan DAN perindustrian sangat tinggi untuk silver, kenaikannya memang melambangkan permintaan
Emas hanya bergantung kepada permintaan pelaburan dan barang kemas sahaja. Ia akan naik ‘slow & steady’ tetapi kemungkinan besar
akan naik lebih rendah peratusan berbanding silver

10. Berapa lama saya patut pegang silver sebelum dijual semula?
Silver adalah pelaburan jangka panjang. Pastikan anda menyimpan SEKURANG-KURANGNYA 6 bulan sebelum menjual semula untuk mendapat keuntungan yang memuaskan. Kalau nak lebih maklumat yang lebih detail dan tepat tentang pelaburan ini sila klik link di bawah anda pasti tak menyesal….

klik sini klik sini
Pelaburan Perak

Tips Pelaburan Paling Menguntungkan

IKLAN GETPAY2CLICK

Mengenai financial planning, orang kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu-ragu sikit sebab apa yang aku tahu, pakar-pakar ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yang teruk yang boleh menghancurkan ekonomi kapitalis. Mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yang kukuh untuk menyokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yang merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi.

Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dalam bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr Mahathir, beliau berkata perkara ini pasti akan terjadi dalam masa terdekat, 5 tahun, tapi perkara ini tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung Umno. Dia ni Kristian Katolik yang anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan-kenyataan oleh penasihat-penasihat Bush, professor di Havard dan Oxford, orang-orang kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mereka berkata bahawa system ekonomi kapitalis akan runtuh, keadaan dunia akan menjadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia yang berlaku dalam tahun 1930. Beliau masih rapat dengan Tun Dr Mahathir dan beliau juga merupakan pemulis buku bertajuk “FUTURE FASTFOWARD”.

Aku juga jumpa Umar Vadillo yang terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji sistem kapitalis. Aku pernah mewawancara beliau di Hotel Prince, KL semasa beliau datang untuk mengadakan perjumpaan dengan Tun Dr Mahathir. Beliau berkata sistem kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi orang sekarang beli duit emas yang dikeluarkan oleh syarikatnya yang beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Beliau juga berkata, orang Malaysia yang paling banyak simpan duit emas dalam akaun syarikatnya ialah Dr Mahathir dan Pak Lah. Maknanya Dr Mahathir dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran sistem kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada menulis buku mengenai masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dalam bank. Duit kertas yang kita simpan dibawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ini tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku membaca penerangannya mengenai “money creation” oleh bank.

Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. Berita Harian, Utusan, The Star, NST. Akhbar kita hanya memetik sebijik-sebijik laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul. Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar-akhbar eksklusif untuk geng-geng Zionis seperti Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, dan sebagainya. Kesemua akhbar ini boleh diaccess melalui internet. Media macam ini dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudiannya membuat research sikit-sikit pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. Tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)

2. Emas dan perak – Mengejutkan, sekarang ini emaslah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dengan duit kertas. Harus diingat geng-geng Zionis itulah juga yang memiliki bank. (Sila rujuk buku-buku atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank.

Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yang menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA-RENCANA VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC “THE DEATH OF MONEY) Yang bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air ‘Sea of Galilee’ (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda-tanda akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Timur Tengah dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era “haus kerana tidak ada air” dan “bergelap kerana tiada minyak” menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku menghadiri seminar nuklear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun berkata minyak dalam bumi ini hanya bertahan untuk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, “Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?” Dia jawab, “no comment. You kena tanya menteri.” Aku call pejabat menteri, menteri pulak pergiUS. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuklear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yang juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr Mahathir. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dalam bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yang dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. ‘I don’t keep money,” macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran sistem ekonomi kapitalis nanti.

Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dapat tahu apa erti kekayaan yang sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, AS sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar AS dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana-rencana mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

1. MD IMF, Rodrigo de Rato, “We believe such a large imbalance of growing indebtedness
by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy.

2. Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas “over time there is only one
direction for the dollar to go – lower”.

3. Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : “we view them as TIME BOMBS
both for the parties that deal in them and the economic system.”

4. Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, “we have a 75% chance
of a crisis within 5 years”.

Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulanglah.

Wallahualam.

Sumber : http://www.beliemas.blogspot.com/

Jika anda mahu selamatkan ekonomi anda tukarkan segera simpanan/pelaburanwang kertas anda kepada PELABURAN EMAS. Tak tahu bagaimana caranya?Jangan bimbang, seorang rakan saya yang pakar dalam bidang ini sudi berkongsi kejayaannya dengan kita. Malah beliau akan mengajar kita bagaimana mahu mulakan pelaburan emas dengan betul dan selamat.

Dapatkan infonya sekarang: klik sini klik sini

Beli buku panduan : Pelaburan Emas Sekarang

CARA KIRA ZAKAT PENDAPATAN

Panduan Mengira Zakat Pendapatan

Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional. Walau bagaimanapun perolehan hasil harta yang tidak mempunyai struktur zakatnya tersendiri dan juga sumbangan daripada mana-mana pihak jua sekalipun adalah juga diserapkan dalam perbincangan ini.

Kesemuanya ini dibincangkan sekaligus kerana persamaan asasnya yang menjadikan hukum bagi kesemuanya adalah sama. Pengertian gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Contoh:

• Gaji tahunan

• Tunggakan gaji

• Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat)

• Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian.

Pendapatan bebas ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Contoh:

• Khidmat guaman

• Khidmat nasihat

• Juru perunding

• Rawatan perubatan

• Kejuruteraan

• Seniman

• Lain-lain

::Dalil Wajib Zakat:: Firman Allah s.w.t: “Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” Surah al-Baqarah (ayat 267)

Allah menjelaskan bahawa segala ‘hasil usaha yang baik’ itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam ‘hasil usaha’ yang wajib dizakat.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)”. Mereka bertanya, “Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?”. Baginda menjawab, “Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah.” Mereka bertanya, ” Kalau tidak mempunyai pekerjaan?”. Baginda bersabda, “Tolonglah mereka yang meminta pertolongan”. Mereka bertanya lagi, “Bagaimana pula jika tidak berkuasa?”. Baginda menjawab, “Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah”.

SYARAT WAJIB ZAKAT

1. Islam.

2. Merdeka.

3. Sempurna Milik.

4. Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat. Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan pengajian yang merangkumi upah, gaji, bonus, elaun, komisen, pemberian, ganjaran profesional, hasil sewaan, perkhidmatan dan sebagainya. Pendapat para fuqaha’ menyebutkan semua hal berkenaan pendapatan dan penggajian disebut sebagai ‘mal mustafad’ iaitu perolehan baru yang termasuk dalam takrifan sumber harta yang dikenakan zakat.

5. Cukup nisab. Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk mata wang yang disandarkan kepada emas.

6. Cukup haul. Jangka masa setahun adalah jarak untuk mempersatukan semua hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting ialah seharusnya zakat pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya harta wang simpanan ini bersesuaian dengan tuntutan dan roh Islam terhadap kewajipan berzakat.

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT

Terdapat 3 garis panduan mengira zakat pendapatan

KAEDAH 1

2.5 % atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab) CONTOH: Jika jumlah kasar dari sumber setahun ialah sebanyak RM33,800.00, maka zakatnya sebanyak RM33,800.00 x 2.5 % = RM845.00 KAEDAH 2 Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenakan (berlandaskan kaedah penolakan yang dibenarkan KAEDAH 3 Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar.

CONTOH PENGIRAAN ZAKAT MENGIKUT KAEDAH 2 DAN 3

A. Pendapatan Dari Semua Sumber (setahun) RM Gaji 24,000 Elaun 5,800 Bonus 4,000 Lain-lain 5,000 JUMLAH PENDAPATAN 38,800

B. Perbelanjaan Yang Dibenarkan (setahun) RM Diri 8,000 Isteri 3,000 Anak-anak (1,000 x 4 orang) 4,000 Pemberian IbuBapa 2,400 Caruman KWSP 2,400 Caruman Tabung Haji 600 Caruman kepada institusi / koperasi yang telah memberi zakat bagi pihak ahli. 1,200 JUMLAH TOLAKAN 21,600

C. Pendapatan Bersih Yang Layak Dizakat (A-B) RM RM38,800 – RM 21,600 Nilai melebihi paras nisab, (contoh: nisab Kelantan bagi tahun 2009 = RM 8,422.14)= RM8777.86

D. Zakat Yang Wajib Dibayar (C x 2.5%) RM RM8777.86 x 2.5%  = RM219.45

NOTA:

1. Perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak dalam jadual di atas adalah berdasarkan kaedah penolakkan yang dibenarkan (berdasarkan kaedah kedua).

2. Bagaimanapun perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak boleh diambil kira tanggungan sebenar (berdasarkan kaedah ketiga) iaitu mengambil kira perbelanjaan asasi bagi makanan, pakaian, perubatan, pengangkutan, pendidikan dan tempat tinggal.

3. Pemberian kepada ibu bapa, caruman KWSP, caruman Tabung Haji, caruman kepada institusi/koperasi, takaful yang telah membayar zakat bagi pihak ahli hendaklah berdasarkan kepada jumlah sebenar.

Sumber : Pusat Zakat Selangor dll.

Contoh tu Haba buat sendiri.

Jika nak selesa hati dan bersihkan harta, bayar la Zakat. Jangan makan hak orang lain wang haram tu kerana “daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka nerakalah tempatnya” Afdal dibayar dalam bulan Ramadhan ni sebab pahalanya digandakan. Wallahu ‘alam.

CARA DAFTAR PAYPAL

1. Mula-mula klik sini http://www.paypal.com

2. Cari link Sign up, lakukan pendaftaran  seperti anda mendaftar email.

3. Pilih negara asal anda, Contohnya Malaysia.

4. Pilih pakej Personel

5. Isi semua maklumat, untuk nombor kad kredit boleh ditangguh dahulu.

5. Cek email anda untuk klik link pengesahan.

Anda perlu verified Paypal anda jika anda ingin berbisnes online. Ia boleh dilakukan dengan vcc (virtual credit card), kosnya hanya US1.95 (+- RM7.40) bayar ke paypal menggunakan kad kredit/debit yang anda daftar dengan paypal. Berikan kod 4 digit verifikasi dari bil kad kredit anda. Jika akuan kad kredit anda boleh log in online lebih senang boleh cari terus dari rekod transaksi pembayaran ke paypal. Setelah kod itu diberikan selesai la verifikasi akaun paypal anda.

3 Cara Pantas Jimat Duit Setiap Bulan

by Shuth

Hari ini, saya ingin beri tips ringkas bagaimana anda boleh jimatkan duit anda setiap bulan. Jadi.. duit yang lebih tu nanti.. bolehlah di simpan, atau digunakan kepada perkara lain yang lebih berfaedah.

1) Hentikan langganan TV berbayar anda.

Saya dah buktikan.. dan berjuta-juta lagi orang telah membuktikan, bahawa, mereka masih lagi bernyawa dan hidup dengan gembira tanpa memiliki a***o di rumah. Saya rasa, keseronokan melihat aksi mawi menari di saluran TV berbayar, masih belum mampu untuk menenangkan fikiran anda, yang sentiasa berserabut dan rungsing, memikirkan “macam mana nak cari duit lebih” untuk menampung sara hidup anda setiap bulan. Jika, dengan berhenti melanggan saluran TV berbayar dapat menjimatkan (sila baca sebagai “menambahkan pendapatan”) anda sebanyak RM50 setiap bulan? Mengapa anda tidak lakukannya sahaja?

2) Bersenam dengan bijak

Sesetengah orang kata, kesihatan itu lebih penting dari wang.. itu saya tidak nafikan. Cuma, jika sesuatu aktiviti kesihatan itu boleh “menyakitkan” wang anda.. saya rasa, itu bukanlah sesuatu yang bijak. Antara langkah drastik yang boleh anda ambil jika anda mengalami masalah kewangan, ialah dengan menamatkan keahlian anda di pusat-pusat gym. Sekali lagi.. berjuta-juta orang dah membuktikan, mereka masih boleh hidup dengan sihat dan cergas tanpa perlu pergi ke gym.

3) Langganan bahan bacaan bulanan

Adakah anda ada melanggan bahan bacaan yang memerlukan anda membuat bayaran setiap bulan? seperti.. Suratkhabar? Majalah? URTV? HAI? MANGGA? Mungkin anda boleh hentikan seketika, dan duit yang lebih tu, gunakan ia untuk membeli bahan bacaan yang lebih bermanfaat seperti buku-buku yang mengajarkan anda tentang pengurusan kewangan.

Sebenarnya, banyak lagi cara anda boleh lakukan untuk menjimatkan wang anda setiap bulan, apa yang perlu anda lakukan ialah, menyemak semua bil-bil bulanan anda. Semaklah dengan teliti.. mungkin ada sesetengah bil bulanan itu, anda boleh elakkan dan tidak perlukan di dalam hidup anda. Terutama sekali, bil-bil yang anda bayar setiap bulan secara automatik melalui potongan kad kredit anda.Sekali lagi… semak bil-bil bulanan anda, buat penilaian semula, adakah bil tersebut benar-benar perlu atau anda boleh tamatkannya sahaja, untuk menjadikan hidup anda lebih tenang dan gembira.
Yosh!..

P/S:-

1)       Post terdahulu tentang “Petua Simpan Duit Banyak-banyak”
2) Dapatkan lebih banyak lagi petua tentang penjimatan wang di dalam “buku pink” ini !

Petua Simpan Duit Banyak-Banyak

August 16th, 2006, by shuth

Petua Simpan Duit Banyak-Banyak

Saya pasti ramai yang sudah tahu dan pernah mendengar nasihat tentang pengurusan kewangan yang berbunyi..

Simpanlah sekurang-kurangnya 10% wang gaji anda

Bermakna.. jika gaji anda sebulan RM2,000.. anda perlu simpan RM200 sebulan
Jika gaji anda RM3,000 sebulan.. anda perlu simpan RM300 sebulan..

Dalam masa setahun, anda akan mempunyai simpanan sebanyak RM200 X 12bulan = RM2,400

RM2,400 ? Oh.. nampaknya impian anda untuk menjadi jutawan masih jauh lagi..
Jika anda masih meneruskan simpanan bulanan anda sebanyak RM200 sebulan.. berapa lamakah masa yang diperlukan untuk anda menjadi jutawan?

Jawapannya…. 400 Tahun!
Hah? Nampaknya.. dunia telah kiamat pun anda masih belum lagi jadi jutawan.. Oh!

Sebenarnya, nasihat menyimpan 10% daripada wang gaji kita itu sememangnya suatu nasihat yang baik. Tetapi, bagi saya, jika anda dapat menyimpan lebih dari 10%…. maka, itu adalah lebih lebih lebih baik lagi!

Persoalannya? Macam mana nak simpan lebih dari 10%?
“Saya tak boleh… kalau simpan lebih 10%.. nanti, makan pasirlah saya jawapnya.” ujar anda..

Jangan cepat berfikiran negatif… fikirkan perkara yang positif!
Sebenarnya, ada satu rahsia yang membolehkan kita menyimpan wang gaji kita lebih dari 10%. Jadi.. saya ingin kongsikan ia bersama anda, ini adalah rahsia peribadi saya… saya telah menguji dan menggunakannya pada diri saya sendiri, dan ikhlas saya katakan.. dengan rahsia ini.. saya mampu menyimpan wang sebanyak 200% daripada wang gaji saya setiap bulan! (Diulangi… wang gaji yer.. bukan wang pendapatan.. ho! ho! ho! Bermaksud… JIKA gaji saya RM100 sebulan.. maka, saya mampu menyimpan RM200 sebulan..)

Anda nak tahu apakah Rahsia itu?
Baiklah.. saya beritahu anda rahsia yang bernilai RM497 ini secara percuma. Khas untuk pembaca-pembaca blog ini.

Rahsianya ialah.. .. “Keghairahan”… ho! ho! ho!… ataupun dalam bahasa omputihnya.. “Passion”

Oh! jangan salah sangka.. ini bukan ghairah seks.. ini ghairah lain.
(Kenapa yer?.. setiap kali sebut perkataan ghairah.. mesti orang akan ingat seks.)

Keghairahan yang saya maksudkan disini ialah keghairahan anda untuk mencapai cita-cita anda!.. Iaitu, suatu cita-cita yang memerlukan anda memiliki duit yang banyak untuk mencapainya.

Contohnya…..
Keghairahan untuk menjadi jutawan…
Keghairahan untuk memiliki kereta mewah..
Keghairahan untuk memiliki rumah banglo yang besar dan indah..
ataupun.. keghairahan untuk memiliki isteri 4.. ho! ho! ho!

Semua keghairahan ini memerlukan anda mempunyai duit yang banyak. tanpa duit yang banyak.. agak sukar untuk anda memenuhi keghairahan tersebut. Jadi.. jadikanlah keghairahan tersebut sebagaimotivasi anda untuk menyimpan duit dengan banyak.

Anda masih tidak percaya bahawa keghairahan boleh membuatkan anda menyimpan duit dengan banyak?..

Baiklah! Mari kita imbas kembali zaman kanak-kanak anda? Sewaktu anda kanak-kanak dahulu, setiap hari, anda akan diberi wang poket oleh ibu atau bapa anda untuk belanja persekolahan anda. Kalau anda tidak ingat.. tidak mengapalah… tetapi saya masih ingat.

Sewaktu saya bersekolah rendah dulu, bapa saya akan memberikan saya wang poket sebanyak 30sen sehari. Ya, 30sen sahaja sehari, saya sememangnya bukanlah daripada golongan orang-orang yang berada. Bapa saya hanya bekerja di kampung dan saya dibesarkan sebagai seorang budak kampung. Dengan wang 30sen itu, saya akan membeli sepinggan mee goreng yang berharga 20sen dan segelas air yang berharga 10sen. Begitulah setiap hari, wang belanja yang diberi pasti akan dihabiskan dengan membeli mee goreng dan juga segelas air diwaktu rehat.

Sehinggalah, pada suatu hari, sewaktu sedang berjalan pulang dari sekolah, tapak kasut sekolah saya tercabut dibahagian depannya. Kasut itu memang sudah agak buruk. Sudah 2 tahun saya memakai kasut tersebut.. jadi memang tunggu masa sahajalah untuk ia menjadi arwah.

Sampai dirumah, saya memberitahu ibu tentang kasut tersebut. Tapi ibu kata, “Alaa.. boleh pakai lagi nie.. tampal je dulu dengan gam gajah!.”…Tanpa Banyak soal.. saya pun ambil gam gajah serta getah gred untuk melekatkan semula hujung kasut tersebut dan mengikatnya.

Selepas itu, disekolah, sewaktu rehat, saya tidak lagi bermain bola atau pergi berjalan-jalan keluar kelas atau ke kantin. Saya hanya akan duduk di dalam kelas dan buat-buat sibuk membaca buku cerita. Saya tak nak banyak bergerak sebab saya takut kasut saya akan terkoyak lagi. Jadi, saya hanya duduk diam-diam didalam kelas dan makan “jemput-jemput” yang dibuat oleh ibu. Duit sekolah yang diberi oleh ayah, saya simpan.. nak buat beli kasut baru. Jika sebelum ini saya agak malas dan segan membawa bekalan makanan ke sekolah, tetapi, pada waktu itu saya dah tak kisah. Saya akan bawa bekal makanan setiap hari dan duit yang ada pula saya akan simpan untuk membeli kasut baru… sememangnya masa itu saya dah tak pikir tentang malu, segan atau sebagainya.. apa yang saya tahu.. saya kena simpan duit untuk beli kasut baru.

Mungkin kisah saya agak berlainan sedikit dengan kisah hidup anda… tetapi.. saya pasti setiap anda pernah mengalaminya. Sewaktu kecil dulu, apabila anda teringinkan sesuatu.. tak kiralah.. basikal baru ke?, beg sekolah baru ke?, mainan baru ke? jajan baru ke? atau pun nak beli mercun sewaktu hari raya… anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyimpan duit sekolah anda. Sanggup tak makan atau tidak membeli makanan ringan semata-mata nak simpan duit untuk beli barangan yang anda idamkan. (Jika anda anak orang kaya dan selalu dapat apa sahaja yang anda hajati…. mungkin anda tidak mempunyai pengalaman sebegini!.. jadi, bersyukurlah bagi mereka yang tidak dilahirkan di dalam keluarga yg kaya-raya. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.)

Bagaimana?.. masihkah anda ingat kisah-kisah zaman silam anda sewaktu di zaman persekolahan dulu?.. Penuh dengan keghairahan bukan? Begitulah juga pada waktu ini… jadikan keghairahan anda untuk memiliki sesuatu itu sebagai motivasi anda… dengan keghairahan tersebut.. saya pasti.. setiap dari kita akan mampu meningkatkan peratus wang simpanan kita setiap bulan!

Jadi… carilah dan wujudkanlah suatu keghairahan di dalam hidup anda!

P/s:- Kepada yang sudah berkahwin.. mungkin anda boleh mengimbas kembali kenangan anda sewaktu anda ingin “mencari duit kahwin”. Anda sungguh ghairah bukan waktu itu? Keghairahan seperti itulah yang diperlukan.. jika dulu keghairahan anda untuk adalah untuk berkahwin.. kini, gunakan keghairahan yang sama, untuk menjadi jutawan pula..