Cara Sediakan Selusuh

BEBERAPA KAIFIAT MENYEDIAKAN MINYAK & AIR SELUSUH
Selusuh adalah salah satu ikhtiar dengan mengamalkan kaifiat tertentu untuk memudahkan kelahiran. Hukum mengamalkannya adalah harus selagi mana kaifiat-kaifiat yang digunakan tidak mempunyai bacaan atau amalan yang bercanggah dengan syariat seperti menyeru kepada selain Allah, jampi-jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik atau tidak difahami. Amalan selusuh yang diharuskan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa memohon kepada Allah SWT agar dipermudahkan proses kelahiran. Ayat-ayat atau jampi-jampi dibacakan samada pada air, minyak, buah kurma atau pada ibu yang akan bersalin. Amalan-amalan telah dilakukan secara turun-temurun oleh orang-orang kampong. Testemoninya sudah lama dan banyak terbukti. Amalan ini ada disebut di dalam kitab-kitab rawatan Islam.
Kadang-kadang kita terdengar, ada orang mendakwa isterinya bersalin anak pertama dengan kepayahan atau ada masalah tertentu walaupun melakukan selusuh dan mudah pula bagi anak kedua walaupun tanpa amalan selusuh. Sebenarnya, kita hanya berdoa Allah yang menentukan. Jangan kita lupa masih ada beberapa perkara perlu difahami dan diimani. Pertama, proses kelahiran amat menyakitkan dan ibu yang bersalin umpama sedang berjihad. Jadi tidak hairan jika meninggal kerana bersalin seseorang ibu itu diberi pahala syahid. Jika berjaya proses itu menjadi kifarat kepada dosa-dosanya yang telah lalu. Besarnya rahmat Allah. Kedua, selusuh hanyalah semata-mata ikhtiar dan doa dari makhluk. Makbul atau tidak doa makhluk tetap tertakluk kepada rahmat Allah. Kadang-kadang penderitaan dan kesakitan itu merupakan nikmat yang besar kerana banyak dosa-dosa terampun sekiranya kita sabar dan redha menerimanya sebagai ujian Allah SWT. Ketiga, doa yang merupakan senjata mukmin juga merupakan pengikat dan penghubung dengan Allah Rabbul Jalil. Maksud firman Allah : “Orang-orang yang beriman apabila menghadapi kesusahan mereka akan berserah dan berkata sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali”.
Terserah kepada anda untuk mengamalkannya atau tidak.
Di sini disediakan beberapa kaifiat untuk amalan selusuh pada air, minyak, kurma dan sebagainya.

SILA DOWNLOAD FREE

Panduan Pantang Selepas Bersalin

Saya tengok kat search engine tu ramai juga yang cari tentang topik ni. So saya nak kongsi tentang berpantang dengan anda. Saya jumpa post ni dalam satu forum. Boleh la bagi sesiapa nak berpantang cara orang tua2 dulu. Cara moden pun perlu dibaca juga sebelum nak mengamal cara ni. Kalau boleh gabung2 lar… yang mana sesuai. Ini caranya:

salam…

Bab mengurut..setau sy biasanya selewat2nya 2 minggu..tunggu luka baik dulu..takut nanti bila bidan naik peranakan..tetas jahitan kalau luka belum sembuh.seeloknya luka baik baru leh mengurut.Tp mengurut best…mmg sakit badan tp lepas urut terasa ringan betul badan ni.lenguh2 sendi dan sengal2 pun jarang berlaku .
sy berpantang lain skit kot..sbb arwah nenek bidan kampung..majoriti blah mak semuanya bidan..baik lelaki atau perempuan.

20 ari pertama…sy boleh mkn ikan selar dibakar dengan sayur sawi masak air..lada hitam…tu jek!..mula2 tu sedap je….tp lama2 jemu gak..hy kuih koswi je yg dibenarkan.

lps 20 ari…mkn durian..(hehehehe…ni mak kata boleh mkn..saya telan la..best giler)..makan ikan selar yang goreng skit2..pagi mkn bakar..mlm mkn goreng..sayur dua tiga urat kankung,dll…kiranya 2-3 urat je la..syarat blajar mkn skit2..tak makan lansung tak leh jugak…mkn je la skit2 sampai 44 ari..yang best nye time 20-44 ari ni dah boleh mkn sup ayam dan daging…tp time tu pantang jgn makan sotong,udang,pari..benda2 gatal la..sbb takut luka tak baik sepenuhnya lagi.air yang boleh diminum pun cuma kopi dan milo…lain2 tak boleh sbb mudarat anak..takut kembung.

lps 44 ari…barula boleh bantai byk2 skit….cuma masih pantang benda2 yang berangin seperti nangka,buah2an yg sejuk,labu,…tp dah boleh ambil skit2 udang sekor,sotong 2 hiris…dll..sehingga 100 ari..

lepas 100 ari..dah lega..semua boleh mkn dah,termasukla belacan..cuma yg masih pantang skit…laksa peneng..air batu…sayur yg sejuk2 tu pun kalau nk teruskan berpantang pun lagi elok…cukup2 6 bulan..barula kalau dah berani nk mkn semuanya..bolehla…tp kalau agak2 mkn tu badan mcm tak sedap lagi..teruskan berpantang lama skit sampai rasa2 badan dah boleh terima betul2.

peh!…lama ek berpantang?…tp inila resepi org tua lama2 kekal boleh berdiri lama dr org zaman skrg..dah tua mula terbongkok2.ada tu yang kena busung sbb lepas bersalin semua bedal.
bak kata mak zara…masa ni,boleh la mkn tu mkn ni..org tua cakap tak nak dengar…tp dah tua sok2..mula la..umur baru 50,mengadu sakit mcm org umur 80…

skrg anak saya dah 5 bulan…tp saya masih minum air milo dan kopi..sbb takut anak kembung…kalau dia kembung,nangis2..sapa yang susah?..sy jugak…tp ngakula..sy rindu nk minum nescafe..huhuhuhu…kenangkan anak,tak minum pun tak pela.

ok.sekian.

Sumber : Zara dalam : http://www.hamidarshat.com/smf/index.php?topic=973.0

Download Doa dan Amalan Mohon Anak Menjadi Soleh

Bagaimana Nak Jadi Isteri Yang Solehah?

10 Ciri-Ciri Isteri Solehah

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

  • Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
  • Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
  • Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

Saya sering mengingatkan diri sendiri dan semua bahawa kitai dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa: “Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.

Lagi…

8 Ciri-Ciri Isteri Solehah

1. Mencintai Allah dan Rasul

Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.

Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.

Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31

2. Mentaati Ibu Bapa

Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.

Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf

Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.-

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

4. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.

Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halalbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.

5. Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.-Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

6. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)

Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.

7. Menjaga batas pergaulan

Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.

8. Bersahabat dengan wanita solehah

Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.

Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.

Lagi…

6 Ciri-Ciri Utama Isteri Solehah

Sifat-sifat isteri yang baik adalah:

1 ) Ada ciri-ciri keselarian dengan suami.
Sebagai isteri hendaklah dia melahirkan ciri-ciri keselarian dengan suami.Isteri hendaklah menjadikan dirinya sumber kekuatan jiwa dan menjadi pendorong serta pembantu perjuangan suami,bukannya penghalang.

2 ) Menjadi teman atau penghibur suami
Isteri hendaklah menjadi teman bercakap dengan melayan fikiran suami.Iaitu dengan menumpukan sepenuh perhatian apabila suami bercerita.Sikap acuh takk acuh akan mengakibatkan perasaan suami tersinggung dan hilang minat untuk bercakap-cakap lagi.Sekiranya berterusan si suami akan dihinggapi penyakit suka mengelamun sendirian di rumah.Akibatnya bukan suami saja yang menderita malahan isteri juga akan menanggung seksa batin.

3 ) Pandai mengambil hati suami
Isteri hendaklah mengucapkan perkataan-perkataan yang menyenangkan suami.Elakkan dari berkata-kata hal yang tidak di sukai suami.Elakkan dari merungut-rungut tentang kesusahan dan keperluan hidup.Lelaki akan menderita sekali kalau orang dibawah tanggungjawabnya menderita.Jangan diapi-apikan apabila suami dalam keadaan marah.Banyakkan sebut kalimah Allah kerana kata-kata itu akan melunakkan hati suami.

4 ) Menjadi pelayan kepada suami
Kalau suami dilayan dengan baik,jiwanya akan hidup dan akan menjadi pejuang yang hebat.Kalau tidak dilayan,suami akan merasa hampa dan mati jiwanya.Isteri -isteri yang cerdik akan memahami seni melayan suami.

5 ) Memahami selera suami
Pelajarilah dan fahamilah selera suami.Walaupun bukan hukum fardu ke atas isteri ,tetapi kerelaanya menjalankan tugas itu menjadi lambang keluhuran jiwa.Suami akan merasa senang dan gembira sekiranya dilayan makan minum mengikut selera yang digemarinya.

6 ) Sedia berkhidmat untuk suami
Isteri yang solehah sedia berbuat apa sahaja untuk suami.Iaitu melayan tabi’i dan tuntutan semulajadi suami.Jimak hanya sebahagian dari sudut tuntutan tabi’i.Isteri hendaklah sentiasa berhias diri,sesuai cara bersolek dan pakaiannya,dan berwangi-wangian di samping suami

Sumber : http://akanmati.wordpress.com

PETUA MENCANTIKKAN KULIT MUKA

1.  Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau
epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher.
Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas
itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.
2.  Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh
digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka
sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih
licin.
3.  Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan
ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.
4.  Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya,
sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu
hilang.
5.  Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur.
Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah
lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya
kulit muka akan cerah dan berseri.
6.  Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit,
dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan  mendapat
kulit muka yang gebu dan licin.

Sumber : http://www.geocities.com/yus_7177my/petua_untuk_masalah_jerawat.htm

Panduan Senang Hamil

Ini susah juga nak cakap ni. Kadang-kadang ada rakan-rakan yang tertekan kerana dah lama kahwin belum dapat zuriat. Apalagi pergi ke mana-mana orang bertanya. Dalam dilema. Hal ni berkait dengan rezeki dan ketentuan Allah. Kita perlu terus berusaha dan berdoa kepada Allah. Ada hikmah di sebaliknya. Bagi sesiapa yang sukar hendak mengandung setelah lama berkahwin atau yang baru berkahwin tapi tak sabar-sabar dah nak timang anak anda boleh cuba beberapa kaedah dan tips yang rakan saya kongsikan dalam ebooknya. Dapatkan di sini atau klik banner di bawah

mudah hamil