CARA KIRA ZAKAT PENDAPATAN


Panduan Mengira Zakat Pendapatan

Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional. Walau bagaimanapun perolehan hasil harta yang tidak mempunyai struktur zakatnya tersendiri dan juga sumbangan daripada mana-mana pihak jua sekalipun adalah juga diserapkan dalam perbincangan ini.

Kesemuanya ini dibincangkan sekaligus kerana persamaan asasnya yang menjadikan hukum bagi kesemuanya adalah sama. Pengertian gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Contoh:

• Gaji tahunan

• Tunggakan gaji

• Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat)

• Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian.

Pendapatan bebas ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Contoh:

• Khidmat guaman

• Khidmat nasihat

• Juru perunding

• Rawatan perubatan

• Kejuruteraan

• Seniman

• Lain-lain

::Dalil Wajib Zakat:: Firman Allah s.w.t: “Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” Surah al-Baqarah (ayat 267)

Allah menjelaskan bahawa segala ‘hasil usaha yang baik’ itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam ‘hasil usaha’ yang wajib dizakat.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)”. Mereka bertanya, “Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?”. Baginda menjawab, “Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah.” Mereka bertanya, ” Kalau tidak mempunyai pekerjaan?”. Baginda bersabda, “Tolonglah mereka yang meminta pertolongan”. Mereka bertanya lagi, “Bagaimana pula jika tidak berkuasa?”. Baginda menjawab, “Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah”.

SYARAT WAJIB ZAKAT

1. Islam.

2. Merdeka.

3. Sempurna Milik.

4. Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat. Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan pengajian yang merangkumi upah, gaji, bonus, elaun, komisen, pemberian, ganjaran profesional, hasil sewaan, perkhidmatan dan sebagainya. Pendapat para fuqaha’ menyebutkan semua hal berkenaan pendapatan dan penggajian disebut sebagai ‘mal mustafad’ iaitu perolehan baru yang termasuk dalam takrifan sumber harta yang dikenakan zakat.

5. Cukup nisab. Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk mata wang yang disandarkan kepada emas.

6. Cukup haul. Jangka masa setahun adalah jarak untuk mempersatukan semua hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting ialah seharusnya zakat pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya harta wang simpanan ini bersesuaian dengan tuntutan dan roh Islam terhadap kewajipan berzakat.

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT

Terdapat 3 garis panduan mengira zakat pendapatan

KAEDAH 1

2.5 % atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab) CONTOH: Jika jumlah kasar dari sumber setahun ialah sebanyak RM33,800.00, maka zakatnya sebanyak RM33,800.00 x 2.5 % = RM845.00 KAEDAH 2 Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenakan (berlandaskan kaedah penolakan yang dibenarkan KAEDAH 3 Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar.

CONTOH PENGIRAAN ZAKAT MENGIKUT KAEDAH 2 DAN 3

A. Pendapatan Dari Semua Sumber (setahun) RM Gaji 24,000 Elaun 5,800 Bonus 4,000 Lain-lain 5,000 JUMLAH PENDAPATAN 38,800

B. Perbelanjaan Yang Dibenarkan (setahun) RM Diri 8,000 Isteri 3,000 Anak-anak (1,000 x 4 orang) 4,000 Pemberian IbuBapa 2,400 Caruman KWSP 2,400 Caruman Tabung Haji 600 Caruman kepada institusi / koperasi yang telah memberi zakat bagi pihak ahli. 1,200 JUMLAH TOLAKAN 21,600

C. Pendapatan Bersih Yang Layak Dizakat (A-B) RM RM38,800 – RM 21,600 Nilai melebihi paras nisab, (contoh: nisab Kelantan bagi tahun 2009 = RM 8,422.14)= RM8777.86

D. Zakat Yang Wajib Dibayar (C x 2.5%) RM RM8777.86 x 2.5%  = RM219.45

NOTA:

1. Perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak dalam jadual di atas adalah berdasarkan kaedah penolakkan yang dibenarkan (berdasarkan kaedah kedua).

2. Bagaimanapun perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak boleh diambil kira tanggungan sebenar (berdasarkan kaedah ketiga) iaitu mengambil kira perbelanjaan asasi bagi makanan, pakaian, perubatan, pengangkutan, pendidikan dan tempat tinggal.

3. Pemberian kepada ibu bapa, caruman KWSP, caruman Tabung Haji, caruman kepada institusi/koperasi, takaful yang telah membayar zakat bagi pihak ahli hendaklah berdasarkan kepada jumlah sebenar.

Sumber : Pusat Zakat Selangor dll.

Contoh tu Haba buat sendiri.

Jika nak selesa hati dan bersihkan harta, bayar la Zakat. Jangan makan hak orang lain wang haram tu kerana “daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka nerakalah tempatnya” Afdal dibayar dalam bulan Ramadhan ni sebab pahalanya digandakan. Wallahu ‘alam.

17 Responses

  1. salam sahabat..thanks 4 ur info…

    sy memerlukan info ini untuk menyiapkan esaimen for javascript dinamic web….minta keizinan menggunakan information yang ada

  2. AS..MUALAIKUM!!!
    Nk tnye kpada yang berkenaan..kalau kita dah bayar zakat simpanan perlu tak lagi kta bayar zakat pendapatan (gaji)? krana zakat simpanan adalah hasil drpada duit gaji juga..

    • aDA perbincangan tentang perlu atau tidak bayar zakat gaji…. Cuba rujuk web jabatan-jabatan agama ke, PPZ ke…. ada hujah yang mereka pakai…… terpulang kat anda untuk memutuskan… yang penting anda rasa selesa dengan pendapat yang anda pegang….. Hari ni saya tak sempat nak tolong buat rujukan. Insya Allah ada kelapangan nanti saya cuba poskan perbincangannya. Selamat Menyambut Aidil Fitri….

  3. Slm, sy buat business direct selling. So pdptn sy xtetap. Tp sy niat nk zakat 3% dr setiap keuntungn jualn sy, walaupun jumlahnya sikit. Bgaimn caranya? Kn dtg kpejbat zakat bhampirn ke?

    • Direct selling yang mengumpul bonus bertingkat elok ditinggalkan kerana para ulama yang pakar dalam bidang ekonomi islam mengatakan hukumnya haram kerana mempunyai unsur-unsur yang tidak dibenarkan syarak (saya tak nak bincangkan di sini, sila buat rujukan dengan pakar ekonomi islam secara ilmiah bukan dengan Ustaz yang terlibat dalam bisnes tu sahaja). Sekalipun ada pendapat-pendapat yang cuba mengatakan ianya Halal dan yang terlibat itu Ustaz-ustaz namun apabila bila ulama berkhilaf dalam bab sumber rezeki elok ditinggalkan kerana kaedah (keluar dari khilaf) jalan selamat. Banyak lagi rezeki tuhan di atas muka bumi ini. Zakat hanya perlu dikeluarkan daripada rezeki yang baik-baik sahaja. Jika anda tetap berpegang dengan pendapat yang mengatakan halal dan hendak keluarkan juga zakat maka kategori zakat anda boleh dianggap sebagai zakat perniagaan. Bila untung dan cukup nisab baru bayar…. rujuk laman ini untuk buat perkiraan: KLIK SINI
      Wallauálam.

  4. assalam ust sy nak tanya pendapatan sy setahun rm100k, perbelanjaan sy utk setahun selalunya melebihi rm100k . dlm kategori in perlu kah sy membayar cukai pendaptan.ada pendapat mengatakan sy tidak perlu membayar zakat kerna,,,,,, sy berbelanja melebihi pendapatan sy .kalau sy belanja rm80k maka sy wajib bayar zakat keatas rm20k trsebut? harap ust dtolong jelaskan .

    terima kasih

    • Ya, betul apa yang anda katakan jika perbelanjaan anda adalah memenuhi tanggungjawab tanggungan dan keperluan semata-mata memang tidak wajib zakat. Anda perlu teliti sama ada perbelanjaan anda yang melebihi RM100k itu termasuk dalam tanggungan dan keperluan asas semata-mata bukan memenuhi kehendak, nafsu dan pembaziran. Sebab itu pengurusan zakat negeri-negeri telah menetapkan kadar belanja rumah, sewa, keperluan asas seperti api, air, keselamatan, rumah, kereta (hutang bulanan) dsb mengikut jumlah pendapatan tertentu. Rujuk Ulil Amr atau Zakat negeri anda bekerja kerena mereka telah tetapkan kadarnya. Setelah anda membuat perkiraan dengan menolak kos-kos tanggungan dan keperluan asas seperti ketetapan Ulil Amr (pihak yang bertanggungjawab tentang urusan agama/zakat di tempat kita senang cerita Pejabat/Pusat/Jabatan Zakat Negeri). Maka lebihan itu perlu dikeluarkan zakat sekiranya cukup haul dan nisab. Walaupun anda telah habiskan kerana kehendak, kebiasaan bermewah atau berbelanja besar, membazir dan sebagainya (jika ada) hukumnya wajib zakat. Walluálam.

  5. assalamualaikum
    boleh ustaz tolong jelaskan mengenai ‘cukup haul’ bagi zakat pendapatan.

  6. Salam, Saya tinggal dalam sebuah apartment yang harganya sekarang lebih kurang rm250k yang dulunya saya beli dgn harga rm105k.Rumah ini juga saya sewakan sebahagianya iaitu 2 bilik.Hasil sewaan rumah dan kenaikan harga aset perlukah saya bayar zakat dan bagaimana cara kiraanya?. Terima kasih,semuga dirahmatiNya..

    • Maaf lambat reply lama tak online. Aset rumah tak perlu zakat akan dikenakan zakat setelah dijual dan untung. Sewa rumah dikenakan zakat hasil. Zakat jenis ni dinamakan Zakat Harta al-Mustaghallat iaitu semua pendapatan yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya. Contoh :
      – Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya.
      – Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau sebagainya.
      – Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual
      Semua hasil-hasil ini dijumlahkan bersama dan zakat dikeluarkan setelah ditolak kos-kos hasil al-Mustaghallat seperti penyelenggaraan & baik pulih aset tetap, kos penjagaan tapak ladang/ternakan, cukai, yuran guaman, bayaran lesen & lain-lain.
      Wallahu’alam.

  7. salam, saya ada perniagaan kecil-kecilan biasa, tak mempunyai kunci kira-kira khusus namun ianya sumber utama pendapatan keluarga. Kosnya hanyalah sewa tapak dan gaji pekerja.
    soalannya perlukah saya mengeluarkan zakat perniagaan atau zakat pendapatan atau kedua-duanya.
    bagaimana cara kira zakat perniagaan?

  8. saya berpendapatn hampir 3000. saya dulu ada buat perniagaan mlm, tapi saya gagal. saya dan perlu membayar balik pinjaman saya. dan sekarang gaji bersih saya hanya tinggal 1300.. saya mempunyai 1 anak. macm mana perkiraan zakat saya?

  9. salam ustaz….sy nak tanya…adakah d bolehkan sy membayar zakat d negeri lain sedangkan sy bekerja d negeri lain….maksudnya d sini…sy membayar zakat d negeri kelahiran sy….soalan ke 2 sy plk…sy mendapat tahu bahawa ada penerima wang zakat yg d kategorikan mampu….kereta ada wlpun kereta lama…sihat tubuh badan….tetapi menyewa…adakah beliau layak utk terima wang zakat…trutamanya sempena hari raya ini….terima kasih….

    • Kalau kita rujuk Pejabat Agama setempat zakat perlu dibayar di tempat kita bekerja dan tinggal kerana kos sara hidupnya sesuai. Namun masih ada pendapat2 yang membolehkan atas sebab2 tertentu. (Sila buat rujukan lagi tak sempat nak hurai sekarang). Layak atau tidak layak ditentukan oleh pemerintah atau ulil Amr. Dalam konteks kita Pej Agama setempat perlu di rujuk kerana mereka bertanggungjawab menentukan kadar dan ukuran kemiskinan. Kiata tidak boleh menghukum menurut pandangan sendiri. Wallu’alam.

  10. assalamua’laikum__mengikut paparan diatas tadi, kiraan zakat kaedah 1 sangat mudah digunakan tetapi yang mana satu yang paling afdal. 1 , 2 atau 3 ?

    • Yang paling afdal yang kita rasa tidak was-was yakin dan paling penting ikhlas. Semuanya boleh diikuti. Wallahu ‘alam.

  11. as salam ustaz. Gaji saya sebulan RM2910.00. Setahun lebih kurang RM38000.00 termasuk bonus. Tanggungan wajib saya setiap bulan sewa rumah dan bayar pengasuh anak adalah RM800.00. Jadi adakah kiraan zakat pendapatan saya setelah ditolak tanggungan atau tidak? Mohon penjelasan. TK.

Leave a comment