PANDUAN UNTUK OPTION KEYBOARD BAHASA ARAB UNTUK WINDOWS

Walaupun perkara ini senang tapi masih terdapat rakan-rakan yang belum tahu. Saya sebagai pensyarah Bahasa Arab sering kali menemui pelatih-pelatih bakal guru di bawah latihan saya, tidak tahu bagaimana nak buat sendiri. Asyik minta bantuan orang saja. Kalau tidak ada orang bantu terbengkalai tugasan. Jadi saya sediakan bantuan ini mudah-mudahan dapat manfaat dan saya tumpang dapat pahala ajer.. Insya Allah. Cuma anda perlu ada windows installer version yang anda pakai untuk komputer anda.

Jom start:

  1. Pilih Start kat taskbar tu.
  2. Pergi ke control panel.
  3. Pilih Regional and Language Options.
  4. Pastu pilih languages.
  5. Akan terpapar dua kotak pilihan skrip tandakan yang ‘right to left languages’ yang atas tu. Kalau perlu untuk font Jepun, Korea ke China tandakan sekali yang bawah tu.
  6. Pastu klik kotak details kat atas tu. Klik Add pilih bahasa Arab mana-mana negara Arab boleh.
  7. Apply la.
  8. Sistem akan minta cd installer, masukkan. Pastu ikut la arahan-arahan seterusnya sampai siap. Kalau ada masalah boleh bincang di blog AbuFarhi atau titas