KOD BABI PADA MAKANAN – PENTING UNTUK UMAT ISLAM


Oleh Dr. M Anjad Khan

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat dan Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua jenis barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan dipasarkan oleh sesuatu perusahaan, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan Pengawasan Ubat dan Makanan Perancis (POM) dan Syeikh Sahib bekerja di Badan tersebut bahagian QC, oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Kebanyakan bahan-bahan tersebut ditulis dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang ditulis dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, ketika Syeikh Sahib menemui bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut dengan seorang Perancis yang bertanggung jawab dalam bidang itu. Orang itu menjawab “KERJAKAN SAJA TUGASMU, JANGAN BANYAK TANYA”.

Jawapan tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib. Dia kemudian mula mencari tahu kod tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temui cukup memeranjatkan kaum muslimin  di seluruh dunia.

Hampir keseluruhan Negara Barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri, penternak babi mencecah sehingga 42,000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang, di manakah lemak-lemak babi tersebut? Jawapannya ialah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan (di bawah pengawasan Badan POM) yang memproses badan babi tersebut untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai kajian awal, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan. Dalam pada itu, Negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus cicantumkan pada kemasan.

Oleh kerana itu, bahan yang dibuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang tinggal di Eropah 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islan pada masa itu, sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi Negara-negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda kaitkan dengan Asia, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada masa itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan masa berbulan-bulan untuk sampai ke tempat tujuan sehingga peluru rosak akibat air laut.

Kemudian mereka mendapat idea untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut perlu digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Apabila berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera-tentera tersebut tidak mahu berperang sehingga mencetuskan perang saudara (civil war).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970-an mengetahuinya.

 Apabila pihak pengusaha produk ditanya oleh pihak yang bertanggung jawab dari Negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka mereka menjawabnya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi (lembu). Walaupun demikian lemak-lemak tersebut tetap haram bagi orang Islam kerana penyembelihan haiwan tersebut tidak mengikut syariat Islam. Oleh kerana itu, produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke Negara-negara Islam.

Kesannya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke Negara Islam, di mana laba penjualan ke Negara Islam boleh mencapai jutaan dolar.

Akhirnya, mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan E-CODES, E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multi nasional termasuk ubat gigi, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan banyak lagi produk makanan dan ubat-ubatan lain.

Semenjak produk-produk tersebut di atas banyak dikonsumsi (penggunaan barang-barang spt hasil pertanian, perusahaan dll) oleh Negara-negara Islam, kita sebagai masyarakat muslim tidak terkecuali menghadapi masalah penyakit masyarakat seperti hilang rasa malu, kekerasan, seks bebas dan sebagainya.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita guna di bahagian bahan-bahan: ada atau tidak kod E-Codes berikut ini (walaupun produk itu ada label HALAL). Jika ada kod yang bermula dengan E-…… seperti yang disenaraikan ini, hindarkan dan maklumkan saudara muslim yang lain kerana ia mengandungi lemak babi.

DOWNLOAD ARTIKEL DAN SENARAI E-KOD KHINZIR

Adalah menjadi tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mematuhi syariat Islam dan juga menyampaikan informasi ini kepada saudara kita.

SEBAR-SEBARKAN.

4 Responses

  1. adakah semua kod yang ada kandungan babi bermula dengan hrf E’? kalau dlm mandian contohnya ubat gigi. ada tertulis peg-8, peg-116,peg, dan lain2 lagi.. adakah kod ini juga mengandungi babi. mohon d beri petunjuk jwpn.. t.ksh

    • bukan mcm tu… yang ada seperti E-110 dan yang tersenarai sahaja. Ada dakwaan JAKIM kata kalau ada logo JAKIM dan ada kod-kod tu kira HALAL. Namun bagi saya ia tetap shubhat sebab ada dakwaan… tiada siasatan rasmi dibuat… jika sesiapa ada maklumat terkini pls reply.

  2. Salam,
    Segala puji bagi Allah, tuhan penguasa seluruh alam, kerana diberi kesempatan membaca isu ini. Secara umumnya, isu ini ialah sebaran maklumat melalui internet menggunakan nama seseorang oleh seseorang yang tidak dikenali (? termasuk saya… ). Kemudian, tiba-tiba saya teringat tulisan seorang hamba bernama Muhammad Noor bin Ibrahim dan Abdullah bin Basmeih yang semoga diberi hidayat oleh Tuhannya kerana menterjemahkan ucapan Muhammad s.a.w. yang diterima dari Tuhan yang maha mengetahui iaitu :

    “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. – (49:6)”

    dalam terjemahan beliau juga ada menyatakan :

    “Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; – – (49:7)”

    Dari situ, saya dapati banyak juga berita-berita yang disampaikan melalui internet adalah berita-berita yang mesti diselidiki kesahihannya. Siapa yang boleh menentukan kesahihannya, sudah tentu mereka yang diberi kuasa (pemerintah) untuk menentukannya. Kita sebagai rakyat, sudah menjadi kewajipan untuk mematuhi.

    Semoga kita dirahmati oleh Tuhan yang maha mengetahui lagi maha adil menghakimi.

    • Terima kasih atas respon ini. Post saya mengenai isu ini memang sebaran dari orang lain. Saya tak menyeru untuk mewajibkan para pembaca mengikut. Cuma saya cadang boleh pegang dalam bab berhati2. Sebab biasanya produk yang ada kod ini memang produk non-muslim. So walaupun kita tak pasti kebenaran sebaran ini namun kod-kod ini memang ada pada banyak produk di pasaran. Jadi Kalau sesuatu yang kita pasti halal maka kira halallah. Dalam bab sebaran ini walaupun kod ini ada pada produk yang ada logo halal JAKIM namun di sana masih timbul isu kita rujuk atau tidak, loga palsu atau tiada pemantauan. Bagi saya jika inilah keadaannya maka produk tersebut jatuh ke bab syubhaat. TIDAK PASTI HALAL ATAU ADA DNA KHINZIR (HARAM) eloklah kita tak beli, masuk bab ihtiraz atau hati2. Banyak lagi produk lain yang boleh dibeli.Ingatlah sabda Nabi : Semua daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka nerakalah tempat yang layak baginya. Wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: