Hartanah, LRT dan Stesen Keretapi…….


Hello pembaca SaifulSham,

Dahulu saya kerap menulis mengenai hartanah. Ulasan saya banyak memperkatakan mengenai potensi dan kekayaan berganda yang dapat dikaut dalam pelaburan hartanah. Bunyinya mudah jika saya memperkatakan hartanah membolehkan anda meraih keuntungan 100 peratus, 200 peratus, 300 peratus atau lebih!

Wah, indahnya.

Realiti keuntungan tersebut banyak bergantung kepada banyak faktor. Pemilihan lokasi yang tepat, pembangunan kawasan sekitar, dan sebagainya adalah faktor tersebut.

Untuk pengetahuan anda, ada juga orang yang menanggung rugi dalam pelaburan hartanah. Maksud saya, kebanyakan daripada orang yang membuat pelaburan dalam hartanah dengan hasrat untuk menjual kembali atau menyewakannya terpaksa menanggung kerugian.

Baru sahaja semalam saya diberitahu sepupu saya bahawa rumah yang didiaminya sudahpun menjunam nilainya walaupun lokasinya strategik. Berhampiran dengan stesenLRT dan stesen bas. Dan ditengah-tengah Kuala Lumpur. Dibelakang pasaraya besar. Dan kawasan tersebut tidaklah sesak.

Tetapi mengapa harganya menjunam daripada RM300,000 kepada RM 200,000!

Rupa-rupanya, apabila diselidik kembali, kondominium yang didiaminya diurus oleh syarikat yang tidak professional dari segi pengurusan. Apabila kondominium itu tidak diurus dengan baik, maka ia tidak terjaga.

Kawasan nampak usang, tekanan air pun agak rendah, kawasan riadah tidak diurus. Jadi, ini menyebabkan.banyak penghuninya lari (terutama golongan ekspatriat).Selepas beberapa ketika, syarikat tersebut gulung tikar, dan pengurusan diambil alih syarikat lain.

Walaupun begitu, menurut sepupu saya, kondominium tersebut tidak seindah dahulu lagi, dan katanya, adalah tidak mungkin untuk menjualnya dan mengaut keuntungan dalam masa terdekat ini.

Begitulah asam garam dalam pelaburan hartanah. Tidak semesti semuanya indah. Sebenarnya, itulah yang menyebabkan bapa saya tidak melibatkan diri dalam pelaburan hartanah berbentuk fizikal seperti bangunan dan perumahan. Beliau lebih sukakan kepada pembangunan tanah (land developer).

Begitupun, saya mendapat sedikit tips bagi mengelakkan perkara seperti dialami sepupu saya.

Pertama: Hanya membeli hartanah daripada syarikat berkaliber. Selalunya, syarikat yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia boleh dikategorikan sebagai syarikat yang stabil dan baik. Selalunya, mereka akan melantik syarikat pengurusan yang professional bagi menguruskan aset anda.

Jika syarikat hartanah lain, pastikan anda mengkaji pada rekod projeknya yang lepas. Apakah mereka menjaga baik ataupun mereka tidak mengendahkan hartanah tersebut.

Jika itu adalah projek pertama syarikat hartanah tersebut, anda perlu pula melihat latar belakang pengarah dan barisan lembaga pengarah. Kajilah juga dari segi kestabilan kewangan. Itu amat penting kerana ia memberikan gambaran sama ada mereka layak atau tidak untuk menjaga asset anda.

Baiklah, itu sahaja untuk hari ini. Saya amat bergembira jika anda mendapat sesuatu bermanfaat untuk pos hari ini.

Yang penting dalam pelaburan hartanah, jangan gopoh membuat keputusan untuk membeli. Mengikut prinsip bapa saya, tidak mengapa jika hari ini anda terlepas peluang pelaburan yang menarik, kerana dalam industri hartanah, akan sentiasa wujud peluang menarik.

Sumber : http://www.saifulsham.com/?p=484

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: