Tips Kurangkan Stress Di Pejabat


RAMAI di antara kita akan mengalami ketegangan pada bahagian leher, bahu serta pinggang semasa atau selepas duduk lama di pejabat atau menggunakan komputer. Ketegangan ini biasanya disebabkan oleh otot-otot di bahagian leher, bahu serta pinggang bekerja atau berkontraksi secara statik (isometric contraction) dalam jangkamasa yang panjang.

Keadaan ini berlaku ketika melakukan kerja-kerja pejabat terutama jika bekerja dalam keadaan statik melebihi satu hingga dua jam dalam satu-satu masa.

Kontraksi statik otot-otot ini akan menyebabkan gangguan bekalan darah bernutrien dan beroksigen ke bahagian otak serta bahagian anggota pinggiran badan seperti tangan dan kaki.

Gangguan bekalan darah ini menyebabkan permintaan keperluan metabolisma sel meningkat, pengurangan sumber tenaga melalui proses metabolisma sel-sel, pengumpulan toksin hasil metabolisma sel serta menyebabkan sistem saraf kita lebih sensitif terhadap rangsang toksin.

Ini menyebabkan lebih lama anda mengekalkan kedudukan statik maka akan lebih tegang serta sakit yang akan anda alami pada bahagian otot leher, bahu serta pinggang.

Kontraksi statik otot di bahagian leher dan bahu yang lama akan menyebabkan kita berasa :

Pening dan sakit kepala

Ketegangan serta sakit leher serta bahu

Ketegangan serta sakit otot di antara tulang belikat

Kebas dari bahu hingga ke hujung jari

Kelemahan otot bahagian leher, bahu serta tangan sehingga kita merasa tangan kita amat berat untuk menulis atau menaip

Ini juga boleh dialami pada bahagian pinggang:

Ketegangan dan sakit otot di bahagian sendi pinggul serta punggung

Kebas dari punggung hingga ke hujung jari kaki

Kelemahan otot sekitar sendi pinggul, punggung serta kaki sehingga kita merasa kaki kita amat berat untuk berdiri atau berjalan

Kesukaran untuk menundukkan badan apabila hendak mengambil sesuatu yang terjatuh di atas lantai

Selain pengambilan ubat penahan sakit (analgesic) atau ubat bagi mengurangkan ketegangan otot (muscle relaxant) daripada pegawai perubatan, teknik senaman dari ahli fisioterapi juga boleh dilakukan bagi mengurang dan mengelakkan keadaan ini berlaku pada anda semasa bekerja di pejabat.

Senaman regangan ini selain membantu memperbaiki postur badan, penjagaan badan (body awareness), meningkatkan koordinasi badan.

Ia juga dapat meningkatkan pengaliran darah, meningkatkan tenaga, menggalakkan relaksasi serta mengurangkan stres.

Tip senaman berikut boleh diamalkan jika sekiranya anda terpaksa melakukan kerja pejabat dalam satu tempoh yang lama:

Sentiasa bergerak bebas selepas setiap jam bekerja dengan mengubah posisi duduk, berdiri atau berjalan selama 1 – 5 minit

Minum air suam atau air mineral yang secukupnya kerana ia membantu badan menyingkirkan toksin dan membantu mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh badan

Melakukan senaman pernafasan dengan menarik dan menghembus nafas secara perlahan 5 – 10 kali kerana ia membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan pengaliran darah bernutrien dan beroksigen.

Sumber : Utusan Malaysia/Kesihatan 06/10/2009

Baca kaitan pisang dengan stress!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: