99 Tips Didik Anak


Tips ini saya copy dari blog sahabat saya ibnrajab. Saya copy sembilan saja dulu:

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan usaha dan pengalaman yang tidak seberapa, ana berhasrat menjana idea untuk mengumpul 99 tips untuk mendidik anak-anak (terutama untuk panduan ana sendiri) agar mereka lahir sebagai modal insan yang cemerlang buat agama dan ummah suatu masa kelak. Siapa-siapa dalam kalangan pengunjung IbnRajab Online yang ada idea boleh sama-sama kita menyumbang saran di sini dengan menulis komen-komen anda. 99 tips itu adalah idea daripada 99 nama Allah yang Maha Sempurna, Indah, Baik dan Agung.

Ana akan muatkan 9 tips setiap kali update. Apabila cukup 11 kali, insyaAllah ia akan menghasilkan 99 tips. Angka 11 itu pula ana aplikasikan wasiat seorang guru yang selalu memesan agar ana selawat kepada jungjungan Rasulullah SAW sebanyak 11 kali setiap kali. Katanya selepas solat hajat pun baca al-Fatihah 11 kali insyaAllah segala hajat akan diperkenankan Allah. Itu adalah pesan guru, jadi insyaAllah ana amalkan dan kongsikan juga di sini. Cuma secara peribadi, ana tak jumpa sumber bertulis berkenaan angka 11 itu.

Mari kita mulakan.

Tips 1
Cari peluang untuk beritahu anak-anak supaya takut kepada Allah sekurang-kurangnya sekali sehari.

Tips 2
Tunjukkan kasih sayang kepada anak sekurang-kurangnya sekali sehari dengan niat yang ikhlas di dalam hati, sama ada melalui perbuatan atau terus berkata bahawa anda sayang kepada mereka.

Tips 3
Fahami kehendak dan perasaan anak dengan serius. Jangan sesekali tidak ambil indah dengan apa yang diluahkan oleh mereka.

Tips 4
Katakan “takpe” apabila anak tidak sengaja melakukan kesilapan. Sebaliknya anda perlu lebih berhati-hati agar tidak tersilap terutama di hadapan mereka.

Tips 5
Wujudkan sebuah buku penghargaan kepada anak. Catat setiap perkara baik pertama yang mereka lakukan. Seperti tarikh mula berkata “a”, meniarap, merangkak, berjalan, bersekolah, dapat no.1 dan sebagainya.

Tips 6
Senyum atau ketawa sederhana ketika anak buat ‘joke’ walaupun pada anda ia bukannya lawak mana.

Tips 7
Puji setiap percubaan baik yang dilakukan oleh anak tanpa menghiraukan keputusannya.

Tips 8
Ambil gambar hari pertama setiap permulaan sesi persekolahan anak kemudian abadikan kenangan tersebut dalam album berasingan.

Tips 9
Sentiasa cabar pengetahuan dan minda anak, hiburkan suasana itu dengan sama-sama mencari jawapan kepada cabaran tersebut.

InsyaAllah.. sama-sama kita cuba. Wassalam

Sumber : http://ibnrajab.wordpress.com/2009/03/25/9-yang-pertama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: