Panduan Ibu Mengandung dan Bapa Sekali (Siri 2)


Post ini saya copy dari salah satu forum yang saya baca dan sambungan dari Siri 1 ) :

Trimester ke 2

Minggu 13-14

Anda: Mula berasa hilang loya (kalau beruntung la.. kalau tak, lama lagi la loya Crying or Very sad ). Risiko keguguran berkurangan. Perut mula nak nampak, payudara mula membesar lebih drp biasa, so pastikan anda memakai bra yg supportive. untuk kaum ibu ygbisa memakai underwired bra, anda dinasihatkan supaya memakai bra yg takde wire, sebab tak elok utkproses gland susu nanti.. so buat sementaa mengandung nih, sabar2kan la dgn bra yg biasanya di pakai oleh nenek2…

Bayi:Badan bayi anda tumbuh lebih cepat drp kepalanya, so lebih jadi lebih proportional (sebelum nih kepala besar). Sekarag saiz dan beratnya macam pisang emas. Kening dan bulu mata tumbuh, dan kulitnya mula ditumbuhi bulu2 halus (dinamakan lanugo) di serata badan dan dahi. Dia juga dah ada cap jari (bab nih ada ayat quran yg mengatakan kami tiupkan roh dan tuliskan nasib manusia pada jari dan dahinya…. saya ada baca benda nih dulu dalam buku miracle of quran, tapi saya dah lupa ayat yg mana)
Minggu 15 – 16

Anda: Perut anda makin nampak (tapi dr luar kan…still nampak mcm gemk je.. taknampak pregnant, Crying or Very sad ), so baju dan seluar mula lah tak muat. Sesetengah wanita, time nih muka nampak blooming (kemerah-merahan), kulit makin clear, rambut makin menebal dan kuku anda makin kuat.

Bayi: Jantung bayi semakin kuat, dan baby mula hiccup (cute kan.. err.. saya lupa bahsa Melayu hiccup tuh apa… g tersedu2 kenyang lepas makan tuh,.. sorry lupa lama tak cakap melayu). Salur darah mulai nampak kat seluruh permukaan badannya (sebab bdan dia masih jarang2 lagi) dan dia sekarang dah bersaiz buah mangga.
Minggu 17-18

Anda: dah mula ada tanda stretchmark (macam buah tembikai..) kat perut dan mana2 bahagian yg mengembang. Ada org kata letak minyak zaitun, tapi sebenarnya, samada anda dapat atau tak.. kalau mak atau akak anda ada, anda juga mungkin dapat tak kira berapa byk minyak atau krim collagen yg anda lumurkan situ.. tapi at east krim tuh buat anda tak tergaru2 gatal… Untuk kaum ibu yg bukan kali pertama, dah mula boleh rasa baby dalam perut (macam kuit2 kecil gitu), buat ibu kali pertama, mungkin rasa lewat sikit.. dalam minggu ke 22 ke atas. Masa rasa baby menguis camtuh, hati rasa bahagia.. berbaloi segala rasa muntah dan loya Very Happy

Bayi: Dan mula sensitif kepada cahaya, dan alat kemaluan dan anggota peranakan dan mula ada(so dah boleh tahu jantina by now). Bayi semakin aktif, tendang, bergolek, main bola dlm tuh, kadang2 main tali perut dia lagi…

Bayi anda 18 minggu

Minggu 19-20

Anda: syabbas, dah separuh jalan tuh ke arah 40 minggu! Masa nih mungkin anda kena scan sekali lagi sebab nak tengoak kalau ada apa2 masalah dgn kandungan anda. Selaluny time nih ibu bapa tanya jantina anak. Kadang2 perut/rahim anda terasa sakit, tapi jgn risau sebab tu cuma ligament anda menggeliat (stretching)

Bayi: Bayi anda dah 15 cm panjangnya dan membesar. Lemak dan tenaga mula terkumpul.Otak dia, saraf untuk rasa, penglihatan, bau, sentuhan dan pendengaran dah mula developed. Kulit bayi mula menebal (4 lapis) so tak jarang sgt lagi dan di litupi oleh bahan yg berkerimyg disebut vernix, untuk melindungi bayi anda. Anda boleh nampak kerim nih pada badan bayi masa bayi lahir.

Bayi semasa 20 minggu dalam kandungan

Minggu 21-22

Anda: Disebabkan perut anda semakin membesar, titik tengah gravity (centre of gravity) anda pun berubah, so anda mungkin clumsy sikit, senang nak terjatuh. Jangan pakai kasut tumit tinggi sebab nanti sakit belakang, dan kaki anda pun mulai membesar sikit kot.. so para suami.. offer2 la isteri anda dgn kasut baru time nih Wink

Bayi: Dh hampir sempurna dah, tapi mata hitam dia belum hitam lag (kalau anak mat saleh biru/iju/cokelat). Badan anda mul bagibayi anda antibodi utk lawan jangkitan, baby semakin aktif, especially masa anda nak tido. Ibu kali pertama mulai rasa sekarang. Tapi kalau letak tangan bapak2 kat perut ibu, diorang belum bolehrasa lagi kot.. so ibu2 selalu excited sorang2 time nih huhu…

Bayi 22 minggu dlm kandungan

Minggu 23-24

Anda: Wah… dah mula berat, by now dah separuh drp berat anda bila cukup bulan dan ada… Separuh wanita, mata rasa kering (so pakai la ubat mcm eyemo time nih), masalah nak selesa masa tido pun mungkin dan mula rasa time nih. Seeloknya tidur mengereng dan letak bantal utk alas perut (tolak bapak baby jauh sikit.. kita nak pakai kawasan byk)… badan mula rasa panas dan tak selesa. Kalau tidur terlentang pulak.. senang nak rasa tak cukup nafas sebab berat baby duduk atas salur darah anda.. pandai2 la cari posisi yg selesa.

Bayi: Panjang dia dalam 29 cm dan berat dia 500 g. Mini versioncamner muka dia akan keluar nanti. Kulit dia berkedut sikit, so lpeas2 nih banyak nak kena letak lemak (so bini siapa yg makan nasik lemak tuh, time nih la nak bagi nasik lemak tuh masuk). Dalam theory, kalau terlahir sekarang ad kemungkinan boleh hidup dgn bantuan yg pelbagai tapi paru2 dia mash belum cukup kuat nak bernafas sendiri
Minggu 25-26

Anda: Saiz rahim anda dah macam saiz bolasepak dah dan akan mula membesar pada tahap 1 cm seminggu. Kalau bidan ukur drp tulang kat uri2 tuh sampai fundus rahim anda, bilangan dia dlm sentimeter sama je. Contoh kalau anda dah ngandung 24 minggu, ukuran panjang tuh 24 cm… cute kan? Tekanan pada pundi kencing membuatkan anda kerap ke toilet, dan anda mula merasa lemah kurang tenaga sekarang nih.

Bayi: bayi anda dah boleh mendengar! so apa2 yg anda cakap, ngaji, dia boleh dgr. Dia dah mula buka mata dan hisap jari. Aktiviti dia dah mulai anda kenali (mungkin dia jenis berjaga malam) and kalau dia tendang, bapak2 dah mula boleh rasa kat perut.. so time dia aktif2 menendang tuh cepat2 ambik tangan bapak letak kat perut, nanti akan terukir senyuman pada suami anda
Trimester ke 3

Minggu 27-28

Anda: Rahim anda dah mula sampai ke tulang kerangka, so susah sikit nafas and senang nak rasa mengah. Asyik byk fikir pasal baby, benda2 biasa anda jadi pelupa, kadang2 mlm pun asyik mimpi pasal baby je.. bawa2 bertenang. Ada sesetengah wanita ygmengeluarkan cecair macam susu kat payudara time nih, jgn risau, itu hanyalah kolosterum, susu pertama bayi nak praktis keluar.

Bayi: Selain drp dah boleh buka mata, dia dah boleh berpaling ka arah cahaya terang yg panjang. Jantung dia berdenyut dlm kadar 120 ke 180 degupan seminit (2 kali ganda jantung anda). Paru2 dia membesar lagi, semkain kuat tendangan dan gerakannya sementara ruang masih belum sempit sgt lagi.

Minggu 29-30

Anda: Mungkin anda dah naik 10 kg by now (atau mungkin lebih lagi), kadang2 ada perempuan yg pusatnya terkeluar time nih. Hormoe membuatkan anda senang kena pedih ulu hati, so kurangkan makan pedas2/kari dan banyakkan minum air jarang dan makan banyak serat supaya tak sembelit.

Bayi: Nak dekat panjang masa lahir tapi mesih belum cukup lemak dan berat. Tulang2 dia semakin mengeras, paru2 dia semakin matang, kepala semakin membesar dan otak dia membesr dgn kadaryg sgt cepat. Mata dia dah ada kaler.

Minggu 31-32

Anda: sekali sekala anda merasa peur anda menegang beberapa saat, itu contraction yg dinamakan Braxton Hicks; praktis contraction untuk masa melahirkan nanti, sepatutnya tak sesakit macam masa nak beranak. Kebanyakan perempuan, secara saikologi ada mimpi2 tak elok pasal bayi mereka, jgn risau, enda nih normal.. bykkan berdoa semoga Allah selamatkan semuanya.

Bayi: Baby dlm kandungan tuh dah mula kurang ruang nak bergerak, by minggu 32 kebanyakan baby dah tak berpusing2 lagi dan mula kepala ke bawah. Pastikan bayi anda menendang sekurang2nya 1o kali sehari, kalau tak cepat2 contact bidan/doktor anda.

Artikel ni sungguh bermanfaat dan dapat menambah iman kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

Sumber: http://www.tanyasifu.com/forum/wanita-keluarga/2977-panduan-ibu-mengandung-dan-bapa-sekali-3.html

Dapatkan lagi info-info hebat untuk Bakal IBU klik sini atau klik banner di bawah

panduanibu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: