Bagaimana Nak Jadi Guru?


Photobucket

KURSUS PRAPERKHIDMATAN

Kursus praperkhidmatan merupakan program yang menyediakan latihan untuk guru-guru praperkhidmatan sekolah rendah dan menengah. Program ini dijalankan di institut-institut pendidikan guru seluruh Malaysia. Kelayakan asas dan tempoh pengajian ditentukan mengikut kursus yang ditawarkan. Di antara kursus yang ditawarkan ialah:

i.      Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)

Program KPLI ini ditawarkan kepada pemohon yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi guru di sekolah rendah mengikut bidang yang ditawarkan. Kursus 1 tahun ini ditawarkan bagi pengambilan Februari dan Julai pada setiap tahun. Unjuran pengambilan pelatih bagi program ini adalah berdasarkan keperluan guru semasa dan contoh bidang program yang ditawarkan adalah seperti berikut ;

§  Bahasa Melayu

§   Bahasa Inggeris

§   Bahasa Cina

§   Bahasa Cina (Sekolah Kebangsaan)

§   Bahasa Tamil

§   Bahasa Tamil (Sekolah Kebangsaan)

§   Matematik

§   Pendidikan Islam

§   Sains

§   Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

§   Pendidikan Seni Visual

§   Kemahiran Hidup

§   Pendidikan Jasmani

§   Bimbingan

§   Pemulihan

§   Pengajian Sosial

§   Pendidikan Muzik

ii.    Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :

Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah, kecuali bidang Pengajian Bahasa Inggeris (TESL) ditawarkan bagi keperluan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Arab
  • Sains
  • Matematik
  • Pengajian Sosial
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Prasekolah
  • Pendidikan Muzik
  • Pemulihan
  • Bimbingan
  • Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran/ Pendengaran/  Penglihatan)

iii. Program Kembar Praperkhidmatan B.Ed. (TESL) antara Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dengan Institusi-institusi Dalam dan Luar Negara :

Kursus ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua.

iv. Program Kembar Bahasa Perancis atau Bachelor of Arts Degree in Sciences of Languages and Information Specializing in Teaching French As A Foreign Language

Kursus yang menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Linguistik ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar matapelajaran Bahasa  Perancis di sekolah. Kursus ini menggunakan kurikulum yang telah dipersetujui bersama dengan University of Poitiers, Perancis.

v. Program Kembar Bahasa Jerman atau Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan

Kursus yang menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Linguistik ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar matapelajaran Bahasa Jerman di sekolah.

vi. Program Penghantaran Pelajar-Pelajar Cemerlang ke Luar Negara:

Program latihan perguruan ini ditawarkan kepada calon lepasan SPM yang mencapai keputusan cemerlang dalam SPM dan berminat untuk mangajar dalam matapelajaran mengikut bidang kursus yang ditawarkan. Struktur pengajian adalah selama 6 Tahun iaitu 1 ½  – 2 tahun dalam Kursus Persediaan, 3 tahun dalam Ijazah Pertama di universiti luar negara dan 1 tahun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Institut Pendidikan Guru. Kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah seperti berikut;

§   Bachelor of Science (Honours) – Physics

§   Bachelor of Science (Honours) – Mathematics

§   Bachelor of Science (Honours) – Biology

§   Bachelor of Science (Honours) – Chemistry

§   Bachelor of Science (Honours) – Clinical Speech Therapy

§   Bachelor of Science (Honours) – Occupational Health Therapy

§   Bachelor of Science (Honours) – Audiology

§   Bachelor of Science (Honours) – Clinical Psychology

SYARAT DAN KELAYAKAN KURSU-KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM

Calon hendaklah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan asas seperti berikut:

a)        Warganegara Malaysia.

b)        Umur tidak melebihi 20 tahun iaitu lahir selepas 1 Julai pada masa iklan dikeluarkan.

c)        Mempunyai kelayakan akademik dengan mendapat sekurang-kurangnya 
enam kepujian
di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk mata pelajaran berikut :

·   Bahasa Melayu

·   Bahasa Inggeris

·   Sejarah

·   Matematik atau Matematik Tambahan

·   Biologi atau Fizik atau Kimia atau

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau  Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan atau Sains atau Sains Tambahan; dan

·    Satu  mata pelajaran yang lain

d)      Memenuhi syarat  dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).

e)    Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7A termasuk mata pelajaran pada para 1.3.1, 1.3.2, 1.3.3, 1.3.4, 1.3.5 dan dua mata pelajaran lain di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Calon yang mencapai gred 3B atau lebih baik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris GCE O Level di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau mencapai sekurang-kurangnya Band 5 dalam Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan.

f)     Program Kembar Bahasa Peranchis ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta memiliki sijil kelayakan Bahasa Peranchis sekurang-kurangnya Delf 1. Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama 4 semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon yang lulus Kursus Persediaandengan jayanya akan ditawarkan bagi mengikuti Program Kembar Bahasa Perancis selama 6-7 semester di Perancis.  Pada tahun empat (4) calon akan menyambung berkursus di IPGM.

g)      Program Kembar Bahasa Jerman ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman. Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama dua tahun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon yang lulus kedua-dua Kursus Persediaan dengan jayanya akan ditawarkan mengikuti Program Kembar Bahasa Jerman di universiti tempatan selama 6 semester (Tahun 1, 2 dan 3) dan di IPGM selama 2 semester (Tahun 4).

h)      Untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama 3 semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai prasyarat. Hanya calon yang lulus Kursus Persediaan dengan jayanya akan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 8 semester di IPGM/ IPTA.  Calon yang menamatkan program ini dengan jayanya akan dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian/ B. Ed. (TESL).

i)      Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.

j)    Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada  kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan juga keputusan ujian sahsiah. Keutamaan akan diberi kepada calon yang aktif di dalam aktiviti kokurikulum.

k)    Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawar program atau bidang pengajian bukan pilihan danmenempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) atau di mana-mana universiti yang ditetapkan.

l)       Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPGM/ Kolej yang ditetapkan.Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temu duga adalah tanggungan calon sendiri.Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPGM/ Kolej yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri pada hari pendaftaran.

SYARAT DAN KELAYAKAN KURSUS KPLI

a.    Warganegara Malaysia

b.    Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Jun 2009 iaitu  lahir selepas 1 Jun 1974.

c.    Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)  tempatan atau luar negara.

d.    Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.

e.    Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).

f.     Bagi memohon  Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.

g.    Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.

h.    Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia.

i.    Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon.

CARA MEMOHON

i.  Calon dikehendaki merujuk e-Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut: http://www.moe.gov.my

Permohonan boleh dibuat secara Aplikasi Dalam Talian (on-line) sahaja.

ii.    Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja). Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor  PIN ini.

iii.   Calon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja.

iv.  Calon diminta mengisi DUA pilihan kursus sahaja mengikut keutamaan daripada mana-mana senarai kursus yang ditawarkan.

v.   Gunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
vi.   Maklumat yang tidak lengkap, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
vii.  Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada internet dan dibawa bersama semasa ujian.
viii.  Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada internet. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan  makluman secara bersurat  kepada calon.
ix.  Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa surat pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.

IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru Malaysia adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

Sumber : http://www.moe.gov.my/index.php?id=93

Jika dapat surat panggilan temuduga Guru atau KPLSPM untuk PISMP, apa yang perlu dibuat? Pertama sekali kena buat persediaan untuk menghadapi INSAK. Jika nak beli INSAK e-learning boleh dapatkan kat sini http://e-panduan.com pakej latihan INSAK dan juga TIP temuduga.

Jika calon DPLI / KPLI / DPLI j-QAF, perlu menghadiri tapisan pertama UJIAN MTeST. Jika lulus akan dipanggil ke tapisan kedua temuduga individu dan kumpulan pula. Biasanya berpuluh ribu calon gagal tapisan pertama dan kedua ini. So, saya cadangkan calon dapatkan Pakej MTeSt/MEdSI dan Panduan Temuduga. KLIK SINI

About these ads

76 Responses

  1. a.kum akh.. salam perjuangan… mai jalan tawau

  2. adakah kpli hanya untuk sekolah rendah sahaja?

  3. Sy nk tny bagaimana siswazah lepasan IPTS yg ambil TESL ble mohon mgjar d sekolah kerajaan. Apakah saluran yg boleh kami gunakan untuk memohon?
    Terima Kasih.

    • Mohon tawaran DPLI SR. Cari kat laman web KPM. ada musim-musimnya ditawarkan rajin2 jengok.

  4. Saya bernama diatas tahap pelajaran saya sampai tingkatan 5 sahaja dan saya nak mengisi jawatan kosong sebagai guru sandaran di sekolah tamil.

  5. sye mahu tnye….sblum 2,sye lepsan spm tahun 2010…nak tanye tentang smue kursus2 yg ditawarkan utk lpsan spm…..

    • rujuk Tawaran KPM atau baca post ini dan kategori hingga habis anda akan temui

  6. layak x student diploma dari politeknik jadi guru..
    kalau layak mcm mana nk mohon

    • Boleh jika SPM + Diploma memenuhi syarat kelayakan bidang yang dipohon. Macam biasa ikuti tawaran di KPM.

  7. as salam. Saya merupakan graduan kelas pertama Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Saya sangat berminat untuk menjadi guru pengajian kejuruteraan awam atau guru lukisan kejuruteraan di mana-mana sekolah teknik tetapi tidak tahu caranya. DPLI & KPLI tidak menawarkan kursus ini.

  8. saya bernama krishnavani a/p tanapalah..
    saya telah tamat tingkatan 5 pada tahun 2009..
    saya ingin menjadi guru di mana-mana sekolah tamil ..
    tapi tidak mendapat cara yang seterusnya.

  9. bagaimana nak jadi guru sekolah menengah………….apakah syaratnya…………tahun ini saya akan belajar 2012……….

    • Guru Sek Men kena mohon KPLI atau diploma pendidikan di IPTA UPSI, UKM, UUM dsb. Kena ikuti tawaran di Kementerian Pengajian Tinggi… Google jer. Kena lulus Ujian MEdSi dulu (klik sini : MEdSI)

  10. kalau nak jadi guru sekolah menengah,kena belajar stpm ke,walaupun dapat result spm yang baik

    • kena dapat spm yang exellent 6A ke atas dan syarat2 lain. Mohon pastu kena ambil exam sahsiah namanya INSAK lulus INSAK baru layak temuduga. Kalau nak lihat contoh soalan INSAK ada banyak kat pasaran. Tapi saya cadang zaman sekarang orang cari yang interaktif jimat masa. Jawapan dan skor automatik. Pergi beli kat laman ni. Murah ajer… http://www.latih2b.e-panduan.com

      Kalau nak jadi guru sekolah menengah kena ada ijazah pertama dahulu pastu kena mohon buat diploma di UPSI atau lain-lain IPTA. Kena duduki exam Medsi dahulu pastu baru layak temuduga. Lulus temuduga baru dapat masuk kursus.

    • SPM pun boleh tapi kena ada asasi ke IJAZAH pastu Mohon
      KPLI (Diploma Pendidikan). Kalau pakai STPM pun sama buat IJAZAH dulu pastu mohon KPLI….
      (Kecuali buat Ijazah dalam pendidikan tak perlu lagi KPLI)

      Kalau selepas SPM terus mohon KPLSPM (Sarjana Pendidikan SR- PISMP) boleh jadi guru sekolah rendah.

  11. lepasan diploma tak boleh jadi guru?

    • Mohon pakai spm lar….

      • Atau buat ijazah dulu… pastu apply KPLI

  12. saya nak jadi guru sekolah menengah tapi 4a sahaja boleh pohon?

    • Baca kat syarat permohonan. Nak mohon boleh.

  13. selamat pagi.. sy plajar tahun 2 sains fizik di utm.. mcm mane prosedur kalau sy nak jd cikgu sekolah menengah ye?

    • lepas ijazah minta KPLI / DPLI di Universiti.

    • Kena mohon KPLI atau Diploma Pendidikan yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi melalui universiti2 tempatan.

  14. salam..nak tnya,ada lg tak kpli/dpli tuk 2012 ni?dgr2 da dimansuhkan spenuhny..btul ke?

    • Tunggu dan lihat. Kalau ada lagi akan ditawarkan… Selagi ada sekolah guru-guru baru sentiasa diperlukan…

  15. saya budak asasi sains di uitm,boleh x saya mohon kplspm selepas asasi kerana syarat minimum mestilah tidak berumur 20 thn ketika memohon,dan perlu guna png asasi atau spm result?

    • Kalau belum cukup 20 dan ada syarat2 lain.. mohon la…

  16. Saya telah menamatkan LLB HONs(Degree of Law) dan berminat untuk menjadi guru sekolah rendah.Sila nyatakan syarat-syarat untuk menjadi guru.

  17. shallom..sya lepasn spm tpi x tw mcm mna nak aplly jdi guru…ble mnta bntuan tak..?

    • Shallom. Kena selalu semak kat laman Kementerian Pelajaran Malaysia tengok offer KPLI untuk Degree dan KPLSPM/PPISMP untuk lepasan SPM/STPM. Dalam offer tu nanti akan dinyatakan syarat-syarat dan juga kelayakan bidang-bidang. Then isi form selepas itu jika ditawarkan kena hadir ujian MTest dulu sebelum dipanggil interview. Semoga tercapai hasrat.

      • thanks 4 the info…

  18. Khusus KPLI masih ada lagi?

    • Masih ada. Tunggu bila2 akan ditawarkan rajin2 rujuk sini. Ada juga kursus KPLI yang dah ditukarkan ke DPLI seperti KPLI jQAF dah ditukar ke DPLI j-QAf sedang ditawarkan.

      • DPLI itu maksud apa?
        Selain KPLI ada lagi apa cara untuk meminta menjadi guru?
        Saya dengar cakap kawan, boleh jadi guru sementara yang ditawarkan oleh kerajaan and ambil khusus.
        Cara ini, guru akan tetap dekat sekolah yang sama, tidak perlu posting?

  19. saya ida
    sekrang saya ada ijazah untk pendidikan awal kanak2..jadi saya berminat untk jadi guru pendidikan khas sekolah rendah.adakah saya perlu mohon kpli dulu?…

  20. saya berumur 21 tahun, lepas spm memang saya x sambung belajar, sebab saya dah dapat kerja kerajaan di sekolah kebangsaan.. jd sekarang ni saya nk sangat sambung belajar, n nak jadi guru..so, sekarang ni saya x tahu same ade saya msih boleh pergi ke arah itu atau stay bekerja di skolah ni dgn gred N17.. saya nk mulekan langkah bkerja sambil belajar tp saya nk ambil dlm bidang perguruan. so, kalau ade sape sape nk bantu saya reply komen ni

    • isi borang KPLSPM untuk PISMP …. kena selalu pergi ke laman KPM Biasanya offer Jan – Mac.

  21. Assalamualaikum,
    saya shida pelajar form 5 tahun ni…saya minat sangat-sangat, nak jad guru sekolah rendah…jad nak tanya la, apa kelayakan dan syarat supaya saya boleh jad guru sekolah rendah? Minta bantuan:-/

    • Perlu skor SPM kalau boleh all A. Tahun lepas calon 8A ke bawah tak dipanggil temuduga. Lepas SPM kena selalu lihat laman web Kementerian Pelajaran Malaysia cari Tawaran KPLSPM untuk Program PPISMP.

  22. bulan 11 ni saya akan habis belajar dalam diploma, saya nak tnya saya boleh tak jadi cikgu sekolah menengah? dan saya tak paham apa itu kpli

    • Guru sekolah menengah mesti ada degree… boleh apply bila ada offer daripada Kementerian Pengajian Tinggi… selalu rujuk web KPT.

      • Syarat umur, klu umur 44 boleh lg ke jd guru?

      • kalau nak jd guru government tak boleh sbb umur maksima untuk memohon 35thn.

  23. salam, saya berumur 29 tahun, pelajar jarak jauh usm. Saya berada di tahun 3 untuk B.Sc (Hons) in Physics. Major = Physics, Minor = Mathematics. Bolehkah seorang pelajar jarak jauh mcm saya memohon untuk dpli/kpli setelah saya dpt degree nanti?

    • Boleh. Cuma persaingan kuat dan option juga perlu sesuai. Kalau dapatkan Pakej Temuduga dan MTeST dan MEdSI bila nak mohon nanti kat http://www.e-panduan.com. Jujur saya katakan dah ramai yang berjaya. Insya Allah.

      • Terima Kasih Haba..

      • GSTT masih ada lagi?
        Klu berminat jadi GSTT, kena minta dekat jabatan pendiidikan?
        Atau minta terus dari sekolah

      • Boleh terus dengan sekolah dan boleh juga selalu rujuk JPN

  24. Assalamualaikum,saya dapat 6 kredit dlm spm, tpiy mt gn bi lulus je x kredit pon. Boleh mohon tak?

    • Mohon boleh untuk bidang yang kredit tu… tapi persaingan tu kuat… jangan putus asa mohon lar beberapa kali… kLU TK DPT PI U dulu pastu boleh mohon DPLI pula.

  25. salam… kpm membuat pengumuman bahawa kpm tidak lagi menawarkan gst dan gstt…macam susah jer nak jadi cikgu skrg nie.kpli ada lg ke?

  26. sy graduan lepasan diploma kaunseling dari ipts..mcm mana nk jadi guru?? =)

  27. Saya akan tamat pengajian tak lama lagi dlm bidang pendidikan awal kanak-kanak (PJJ) dari OUM. Macammana saya nak memohon jadi guru prasekolah ye? harap dapat membantu. terima kasih

  28. Salam dari Sabah,

    saya berumur 24thn, nak tanya kalau ambil dgree edu TESL di OUM boleh jadi guru ke? kena ambil KPLI juga ke? dgree TESL ni diiktiraf MQA & JPA…saya berminat nak jadi guru…mohon pandangan admin..

    tq

  29. salam satu malysia…… saya pelajar lelaki berumur 18 tahun…………… betulkah orang lelaki ada kelonggaran untuk menjadi guru……….. apakah kelayakanya? tolong reply mesej saya…………

  30. jika keputusan SPM bahasa Melayu tiada kepujian, adakah layak mendaji guru?
    harap dapt bantu~terima kasih,,,,

    • Tidak layak. Ambil BM Julai untuk tampung.

  31. untuk menjadi guru ada had umur ker? kalau umur 32th masih boleh apply guru dengan mengunakan kelulusan SPM?kalau boleh bagamana caranya?

    • Had umur 35 tahun. Sekarang untuk kursus ijazah perguruan guna SPM perlu sangat excell 9A keatas. Boleh mohon di laman kementerian pelajaran malaysia apply tawaran KPLSPM.

  32. shalommm…sy student spm2010 …n spm BM,BI & Sej jk krdit ..so,ble tak sya apply kplspm…???n pengambilannya pada masa bila ja..?

    • Boleh mohon tapi biasanya tidak dipanggil kerana calon-calon 8A ke atas diutamakan.

  33. kalau nak mohon KPLSPM smpai brapa ja had umurnya ya..?

    • 35 tahun.

  34. kalau nak mohon kpli macam mne ye..buka dkt website KPM xdak pengumuman pun.

    • sekarang xda kena tunggu Dan selalu tgk

  35. kalau nak jadi pensyarah di universiti , kena belajar dulu di UPSI selepas STPM ???
    tolong reply arhh …. terima kasih ^^

    • belajar kata mana pun kalau nak jd pensyarah. Cuba kena ada master or PhD. kalau pakai degree ba jd tutor dulu. mohon Kat u mana nak kerja.

  36. saya baru habis stpm,adakah aku boleh mohon utk jadi guru sandaran?

    • boleh.

  37. Salam, macam mana nak jd guru?, saya ada STPM, then dah bekerja(gov), umur 24..ade member kate, kalau nk jd guru kena mohon UPSI then kena sambung beljar full time, betul ke?? saya dah kawin,susah nak belajar full time nih… so ade x cara lain ek?

    • yup. kalau guru Sr kena mohon ipg. sm kena mohon upsi buat diploma pendidikan 18 bulan.

  38. Slm 1 m’sia..tumpang Tanya …sy student thn 2 PJJ kat upm dlm bidang Bahasa Dan linguistik melayu…dapat tak saya mohon untuk menjadi guru dgn degree sy itu nanti?macam mana cara untuk saya mohon jwtn guru itu nanti?sbb sy dengar kpli dah dimansuhkan..btl ke?saya adalah government servant di sebuah sekolah rendah Dan minat untuk memdidik anak murid adalah terlalu tingi dalam diri saya…

    • assalamuallaikum sya azlan, saya nak tnya sya dh mnjadi guru ganti selama stahun n kalau sya nk apply untuk mnjadi guru mcam mna ye…sya btul2 brminat nak mnjadi guru…sya ada dploma dlam bidang banking n skrang sedang mymbung dgree secara pjj dlm bdang pgurusan…boleh tak tnjuk kan sya bagaimana cara hndak memhon bdang pguruan ni…kalau dgn pgalaman selama setahun yg sya ada ni boleh ke sya mhon?

      • Wslm. Boleh mohon di laman KPM bila ada offer kena selalu ambil tahu. Jika pakai SPM atau STPM kena mohon KPLSPM. Kalau dah ada degree kena mohon DPLI mengikuti kursus yang sesuai dengan bidang.

  39. salam saya berumur 28 thun, ada diploma je, spm biasa2 je, berkerja swasta, mcm mane saya nk jd guru sekolah rendah? perlu ke saya amek degree (igt nak pjj je, sbb dah byk tanggungan) then appli KPLI. ada tak option lain untuk saya? Lgi satu had umur nak jadi guru ni brape tahun ye?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 26 other followers

%d bloggers like this: