Cara Rasulullah SAW Berwuduk


Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Solat adalah setinggi-tinggi ibadat di sisi Allah SWT. Solat dapat mengukuhkan dan menambahkan Iman. Namun solat tiada nilainya jika kita tidak berwuduk atau tidak sempurna wuduk. Wuduk adalah kunci Solat dan Solat adalah kunci Syurga. Wuduk juga dapat membersihkan diri dan menjadi kifarat zunub (memadam dosa-dosa lalu). Jadi kita harus sedar betapa pentingnya wuduk yang sempurna ini. Jadi, mari kita kongsi sebuah hadis shahih berkaitan Wuduk ini. Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya:” Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya. Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” (Riwayat Muslim, 1:142).  Selamat berwuduk dan meningkatkan kualiti ibadah anda.

Download Panduan Haji dan Umrah

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 26 other followers

%d bloggers like this: