Petua Rawat Sakit Gout


Semalam saya ke farmasi beli ubat saraf sebab pergelangan tangan saya sakit sejak sebulan. Dah diurut tak baik juga. Mak saya nasihatkan saya beli aje ubat saraf kat farmasi sebab sepupu saya sebelum ni sakit urat juga dia mengurut tak mau baik. Selepas makan ubat dari farmasi ok. Dah tahan sakit susah nak buat kerja, saya cuba la. Tapi juru farmasi tu pesan kalau tak ok juga mungkin ia masalah gout.
Saya pun teringat seorang kawan saya yang pernah kena gout, saya sms dia tanya dia sembuh dengan apa. Ini antara petua yang dia beri: Ambil habbatus sauda (jintan hitam) dan minum air bebanyak. Dia kata minum madu campur bawang putih pun boleh juga. Anggota gout elok dibalut dengan tanah liat campur campur kapur kerang menggunakan kain. Itu antara petua-petuanya. Namun saya harap masalah saya bukan gout la. Maklumat ni untuk stanby ajer. Namun untuk sesiapa yang memerlukan boleh cuba. Insya Allah boleh sembuh seperti kawan saya tu.

Ni… saya copy and paste info bagus tentang gout dari banjarblog dipost oleh hassanmarshad:

Baca sampai habis !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
BERHATI-HATI …KALAU MAKAN KACANG GORENG; JERUK , ROTI CANAI , DURIAN dsb…
nanti kena gout… bagaimana pun.. insya-Allah anda boleh pulih.. ikuti artikel ini..
Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia . Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.
Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.
Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi . Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang ( kidney failure ).
Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.
Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.
Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, aia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis langsung tidak munasabah.
Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkan selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout.. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.
Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak.

9 Responses

  1. nak tnye..ape petua yg rsenya boley kurangkan sakit gaot ni?contoh cam ape2 akar kayu ke daun2 ke..ayah saya sakit gaot….

  2. info yg sgt baik…

  3. terima kasih untuk info ini

  4. terima kasih untuk info ini..

  5. salam dah tu tu aje yang ade,jadi camna kene setuju untuk masa ini.

  6. http://spectacularbiodelima.blogspot.com/
    jus biodelima mampu merawat penyakit gout..
    ianya terbukti apabila ia melawan penyakit gout dengan jayanya.
    seorang daripada customer saya di mana sering menghidapi penyakit gout, kini Alhamdulillah pulih dan gout tidak datang menyerang lagi.
    RAMUANNYA BERASASKAN AIR ZAM-ZAM+MADU+BUAH DELIMA (BUAH DARI SYURGA seperti yang tercatit di dalam Al-Quran sebanyak 3 kali)
    hubungi 017-3710477 (lia) utk keterangan lanjut.tq

  7. Saya terseliuh dalam bilik air..mula2 bengkak kaki belah kanan..kemudiah bengkak kaki belah kiri..dah 2minggu amat lah sakit nya sehingga tisu kena pada jari kaki pun sakit..macam2 ubat gosok di sapu.ubat makan…tak sembuh jugak ..makan tak berpantang..sebab tak tahu apa sakit nya..bila baca petua yang disiar ni rasa nya potensi gout tu ada sebab saya suka makan daging..setelah baca petua gout yang diberikan ni ..50% sakit dah sembuh..belum amal lagi petua ni..mujarab jugak..semua kuasa Allah.

    • Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian ini. Mudah2an dapat memberi keyakinan kepada orang lain.

  8. Baguslah bagi petua gout.

Leave a reply to Haba Cancel reply