Hadis Sayidina Othman bin Affan r.a:
Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya. Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 331
Filed under: AGAMA Tagged: | Cara Berwuduk, Cara mengambil wuduk, hadis tentang wuduk, wuduk




askum….
apakah sah apabila slepas deri mandi. hanya dengan memakai tuala mandi… kita mengambil wuduk…
apakah ianya sah,,
salam
janji aurat ditutup
askum….
apakah sah apabila slepas deri mandi. hanya dengan memakai tuala mandi… kita mengambil wuduk…
apakah ianya sah,,
salam
Syarat sah wuduk perlu memenuhi syarat-syarat sah wuduk. Keadaan pakaian semasa wuduk tak termasuk syarat cuma ia masuk bab adab dan mengikut sunnah. Kalau berbogel sekali pun dalam bilik air kita ambil wuduk hukumnya sah tetapi perbuatan berbogel itu makruh. Malah dalam keadaan darurat solat dalam keadaan berbogel sekalipun sah. Contoh banduan-banduan Islam yang dipenjarakan secara berbogel oleh pihak musuh/kafir tetap wajib menunaikan solat. Wallahu ‘alam.
jika di sertakakan dgn doa brwuduk lebih baik. t.kasih
ya jika di sertai doa lebih baik tapi semak dulu status doa tu dari mana….