Panduan Temuduga


temudugaMusim temuduga ni ramai juga rakan-rakan yang tertanya-tanya tentang panduan temuduga. Bagaimana nak hadapi, apa soalan yang akan dihadapi dan sebagainya. Tertanya-tanya hingga menambahkan stress. Dah lama tak bincang hal ini. Saya pernah hadir taklimat tentang ini oleh seorang pegawai atasan berkaitan temuduga kerajaan, KPLI, KPLSPM dan SPP. Tak menjadi rahsia pun cuma ramai tak tahu. Antara perkara yang menjadi penilaian ialah:

1. Cara penyampaian dan komunikasi (20 markah). Mesti jelas dan baik. Semasa menjawab tu. Hati2 faktor2 psikologi yang negatif jangan buat. Seperti goyang2 kaki (ketar2) dan tergaru2 ini menunjukkan anda tidak yakin. Sambil cakap jangan ‘up kerusi’. Ketika sesi berlangsung  jangan belek2 pen, fail atau buku. Sewaktu bercakap pandang penemuduga.

2. Sahsiah dan penampilan. Pakaian perlu kemas dan nampak disiplin dan sivik. Kalau lelaki seluar, kasut dan stokin hitam. Baju kemeja tangan panjang  putih. Bertali leher plain. Kalau boleh pakai ‘blazer’ hitam. Perempuan jangan pakai seksi dan terlalu berfesyen. Kasut tumit tinggi jangan pakai. Kalau ada ‘blazer’ pakai ajer. Pakaian biar macam orang dah kerja kerajaan. Tanya2 la.  Waktu temuduga beg jangan letak atas riba letak di sebelah kerusi. Sijil2 perlu susun ikut sususan yang di minta, letak dalam fail jangan biar berterabur. Kalau tak tau susunan tanya orang yang tahu.

Masuk bagi salam. Beri salam dan berjabat tangan dengan yang sama jantina. Duduk dengan tenang. Senyum dan ceria selalu. Jawab semua soalan dengan yakin walaupun tak tahu dan salah. Sebab keyakinan yang dinilai.  (Bahagian ni 20 markah).

3 Pengetahuan dalam bidang yang dipohon atau Ihktisas (30 Markah). Mesti tunjukkan yang terbaik. Jangan tersalah bidang ketika memohon. Biasanya kalau bidang tak sesuai memang payah nak lepas bahagian ni.

4. Dan pengetahuan am. (30 Markah)

Itulah dia 100% markah. Banyak lagi perkara yang perlu diberi penekanan dah tak ingat . Itu asasnya aje saya dapat kongsi kali ni. Harap ada la sesiapa nak tambah sila beri komen.

Jika nak banyak lagi info dengan isu-isu terkini dan trend terkini temuduga sila dapatkan PAKEJ PANDUAN TEMUDUGA, MEdSI dan MTeST.

About these ads

6 Responses

  1. thanks for da useful tips..i can use it to face an interview next week.

  2. Sekiranya tarikh temuduga jatuh pada hari Khamis, adakah salah jika pakai baju batik? ada yang kata tak boleh, ada yang kata seeloknya pakai kemeja dan blazer.

    • Baju batik untuk pegawai. Calon belum jadi pegawai. Pakai Blazer.

  3. nak lagi..antara soalan mengenai pengetahuan am??

    • Ok. Dapatkan lagi maklumat tentang temuduga dan soalan dalam pakej INSAK atau MTeST di http://www.e-panduan.com

  4. [...] Pertama mereka banyak membuat latih2b… (dapatkan latih2b yang auto semak, buku dan ebook di pasaran memerlukan lebih masa untuk menyemak jawapan), kedua mereka mendapat maklumat dan tip rahsia temuduga… So ikuti perkongsian mereka secara ekslusif dengan mendapatkan Pakej Panduan Temuduga dan Latih2b MTeST. Jika nak baca sedikit secara percuma boleh la klik kat sini. [...]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 26 other followers

%d bloggers like this: